Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Saturday, April 13, 2013

Parti VS Kerajaan


TV3, NTV7, 8TV & TV9 adalah stesen TV swasta. Terpulang pada pengurusan stesen TV berkenaan sama ada mahu berkempen untuk pihak mana kerana ia hak & milik mereka. Astro pula berbayar & perlu ikut kehendak pelanggan. Namun ada stesen TV milik kerajaan yg digunakan untuk kempen parti. Untuk kesekian kalinya indikator kerajaan ini disalahgunakan untuk kepentingan parti.

Perlu diingatkan bahawa kerajaan bukanlah parti & parti bukanlah kerajaan. Apabila parti diangkat menjadi kerajaan, ia perlu bertanggungjawab kepada semua rakyat termasuk yg tidak mengundi & menyokong mereka. Apabila kerajaan ini kembali menjadi parti, hak kerajaan ini tidak boleh digunakan sama sekali untuk kepentingan parti.
 
 
 
 
 

Tuesday, April 9, 2013

Yang Tertutup Itu Indah


Assalamualaikum

Anda pening memikirkan untuk mengundi parti mana?

Bosan dengan RTM 1 dan TV3 yang berteruskan berada di sebelah pihak?

Bosan dengan rancangan TV yang tidak bertapis dan membawa impak negatif?

Tiada hiburan berkualiti?

Jangan bimbang...

Layari web di bawah untuk mengikuti jejak seorang pemuda dalam mencapai cita dan misinya dalam

"Yang Tertutup Itu Indah"



Kisah motivasi dengan penerapan nilai rohani untuk panduan dan pedoman bersama.


Layari :

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=975&idc=5012

Atau

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=718850&extra=page%3D1




Monday, April 1, 2013

Pendidikan Seks dalam Islam



Tertarik dengan salah satu artikel dalam majalah Solusi (lupa keluaran berapa keranan membaca secara rawak), tentang etika dan kewajipan seorang anak. Penulis ingin berkongsi pembacaan dan dapatan kerana ia mempunyai kolerasi antara isu semasa iaitu pendidikan seks.

Secara hakikatnya, pendidikan seks sudah lama ditarbiyah dalam Islam. Manusia yang mampu membaca petunjuk secara telus dan ikhlas pasti akan mentafsir pendidikan ini dari segala aspek. Pendidikan seks ini telah pun diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. kepada keluarga dan para sahabat untuk dicontohi oleh seluruh umah.

Antara pengajaran dan tarbiyah ini adalah seperti berikut:

1. Meminta izin:

Ke mana sahaja langkah kaki seorang anak itu perlu dikhabarkan kepada keluarga dan mendapat restu dari mereka. Jika ini berlaku, rakan yang membawa anak itu keluar pasti berasa bertanggungjawab untuk menjaganya. Bahkan si keluarga tahu ke mana anaknya pergi dan dengan siapa.

2. Asingkan tempat tidur:

Setiap rumah harus mempunyai 3 bilik, iaitu untuk ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan. Dengan cara ini, ruang pemakaian dan tidur adalah terpisah dan dapat menjaga pelaku yang tidak baik dalam rumah. Perlu ditekankan bahawa setiap gejala negatif adalah bermula dari rumah. Rumah perlu seindah Syurga dan pelakunya berkelakuan seperti ahli Syurga untuk mendapat rahmat Allah dan ketenangan dalam hati.

3. Aurat:

Penjagaan aurat amat penting dalam pendidikan seks kerana salah satu ketepatan seks ini adalah hanya dilakukan oleh mereka yang halal iaitu suami isteri. Justeru, aurat ini adalah harus kepada mahramnya sahaja dan tidak boleh didedahkan kepada yang bukan Mahram kerana boleh menimbulkan pemikiran seks ke atas mereka yang memandang dan Syaitan akan mengambil kesempatan untuk menggodanya.

Bersambung....



Template by:
Free Blog Templates