Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Monday, January 7, 2013

Jalan Keindahan (2)


Jalan ini jalan yang tidak dilalui

Ganti titis peluh untuk hasil seumur hidup

Hilangkan masa muda kita

Untuk elakkan jahil sepanjang masa tua  
Gantikan gitar usang di riba

Untuk alunan zikir dan fikir di jiwa

Mereka berkata jalan ini tidak mungkin dicuba  
Benarlah kerana itu kita mencuba

Cuba untuk tutup mata dan faham dengan minda  
Dengan menyedari jalan kita dan mereka berbeza



Jangan sangka jalan ini berliku

Jangan sangka sekali terjatuh tidak bangkit semula

Kerana tiap hari ada sahaja yang berjaya melepasinya

Dan jangan sangka mereka yang berjaya kerana usaha

Tetapi Tuhan yang memberi rezeki kepada mereka yang berusaha



Ikutlah jalan ini nescaya kamu akan berjaya

Jalan yang tidak dilalui dan banyak pula rintangannya

Bukan aku dan kamu yang tentukan hasilnya

Namun ingatlah setiap usaha itu ada hasilnya


Ada duri pada mawar di sepanjang jalan ini

Kita akan lihat mawar tetapi terlupa pada duri itu

Ada awan yang berarak membayangi dirimu itu

Kita memandang awan yang indah tetapi terlupa pada bayang hitam  
Ada panduan yang ditinggalkan olehnya dan kau juga tinggalkannya

Lalu kau dan mereka apakah bezanya



Kita manusia walau fizikal berbeza

Tetapi kita ada akal untuk berfikir tentang beza itu

Kita ada kitab untuk mencari persamaan

Dan persamaannya adalah kerana kita manusia

Sebaik-baik ciptaannya.




0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates