Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Sunday, July 31, 2011

Tangan-tangan ghaib


Semasa kita mengharungi satu perjalanan yang panjang, kita akan dapati ada tangan-tangan ghaib yang menghalang kita. Tangan itu yang menolak kita ke belakang dan tangan itulah jua yang menolak kita lebih hadapan.

Jika bukan kerana tangan ghaib ini, ramai yang telah tiba ke hujung jalan ini iaitu kejayaan. Tetapi kejayaan ini sudah tentu tidak mendatangkan perubahan yang positif pada kita. Sekiranya ianya mudah dicapai, tentu ia sesuatu yang mengecewakan.

Tangan-tangan ghaib inilah yang menjadikan perjalanan kita lebih mencabar. Ia bukan bertujuan menyiksa dan memberatkan jalan, namun mendidik diri kita dengan segala cara. Pengalaman adalah guru terbaik dan itulah yang diajarkan oleh tangan-tangan ghaib ini.

Tangan-tangan ghaib ini juga yang membantu kita mengeluarkan kebolehan dalam diri. Beberapa kebolehan yang kita sendiri tidak tahu akan dikeluarkan secara paksa rela. Kita tidak tahu dan tidak mahu berlari dengan laju sehinggalah ada seekor anjing mengejar kita.

Kita ada keinginan untuk berjaya namun leka dengan dunia dan kemewahan dan hiasannya, sehinggalah kita sedar rakan-rakan kita semua telah berjaya. Kita tidak ada kemahuan untuk menjadi kaya. Namun, pada ketika kita menahan lapar selama 10 hari semata-mata untuk mengisi minyak kereta, kita sedar orang Islam perlu kaya.

Tangan-tangan ghaib ini adalah taufan yang menguji kecekapan para pelayar. Tidak ada kejayaan yang datang bergolek dan tidak ada kejayaan bergolek itu kekal dan membawa kebaikan.

Tangan-tangan ghaib itu adalah cabaran. Halangan dan rintangan menjadikan deria kita lebih peka, lebih berkeinginan dan paling penting lebih berusaha.

:-)


Saturday, July 30, 2011

Zaman Langit Terbuka


Zaman ini semakin maju, moden dan berteknologi tinggi. Sesuatu berita, perkhabaran, fitnah dan sebagainya boleh tersebar hanya dengan beberapa kali menekan papan kekunci atau tetikus. Segala yang dimahukan ada di hujung jari.

Arus kemodenan ini juga ada nilai positif dan negatif. Positifnya sumber maklumat, ilmu, hadith, kenalan boleh dihubungi dan dicapai sekelip mata dan di mana-mana secara percuma dan berbayar.

Namun, negatifnya amat menakutkan. Wanita-wanita bebas bermain di langit yang terbuka. Dari muka hingga ke kaki menjadi paparan di skrin serta santapan mata yang memandang. Puncanya tetap sama. Langit yang terbuka ini bebas untuk sesiapa sahaja namun Islam membataskan had bagi wanita atas tujuan menjaganya.

Wanita itu sendiri adalah aurat, dan aurat ini perlu dijaga sebaik mungkin. Namun, kini wanita bebas berada dalam peti TV, skrin komputer, telefn bimbit dan sebagainya.

Kenderaan jika tidak dikawal dengan baik akan terbabas. Bila terbabas maka kita akan kemalangan. Begitu juga dengan langit yang terbuka ini. Jika dikawal dengan baik, balasan dan hasilnya adalah positif. Namun, kita kita salah guna, hati kita akan menjadi hitam dan sukar untuk dibersihkan kembali.

Justeru, Ramadhan yang tiba pada zaman langit terbuka ini gunalah dengan sebaik mungkin. Biarkan hanya seruan dakwah sahaja yang bermain di angkasa maya ini. Lindungilah aurat dengan sebaik mungkin agar mendapat ganjaran dan rahmat di sisi Allah.

:-)



Friday, July 29, 2011

Siri Belajar Daripada Pepatah (Arab)




العلم يسعى إليه الناس ولا يسعى إليهم

العلم يؤتى إليه ولا يأتي



Mencari Ilmu

Ilmu itu dicari oleh manusia, bukannya mencari manusia.



Ramadhan : Berani Berubah


Ramadhan menjelma lagi dengan segala nikmat di dalamnya. Bulan yang diberi gelaran bulan untuk Umat Islam ini saban tahun berlalu dan datang kembali. Pada hakikat ini, di atas kertas sepatutnya kita sudah menjadi umat Gemilang kerana berjaya mengharungi Ramadhan lebih dari sepuluh lagi bagi yang berusia remaja.

Namun, mengapa umat ini masih sama seperti sebelum Ramadhan? Tidak ada kemajuan, adakala maju dan selepas itu mundur semula. Seolah-olah Ramadhan tak pernah wujud. Mungkin umat ini hanya menunggu Syawal yang tiba bukannya Ramadhan.

Justeru dengan Ramadhan yang bakal tiba, keluarkanlah segala keberanian yang ada dalam diri kita, kebaikan yang ada pada roh kita secara semulajadi, untuk melakukan perubahan demi perubahan ke arah kebaikan. Jangan terpedaya dengan persekitaran yang lalai dan alpa sebaliknya gunakan peluang dengan sebaik mungkin.


BERANI untuk BERUBAH mungkin didorong atas beberapa ciri berikut :-)

1. Hanya manusia yang hatinya hidup sahaja yang mampu berubah ke arah kebaikan.

2. Halangan yang terbesar yang ada dalam diri kita adalah merasakan kita sudah sempurna.

3. Buat statistik kehidupan seharian, berapa jam di depan TV, berapa jam bangun malam, berapa jam berbual dll.

4. Jika berhajat untuk rumah terbuka, sedekah, senyum, ibadah, sekaranglah masanya kerana pahala amalan berlipat ganda. Tamat Ramadhan, pahala akan kembali dihisab seperti biasa.

5. Di Arab ramai cuti 10 terakhir Ramadhan untuk beribadah berganda, ada juga yang cuti sebulan. Di sini? Cuti untuk berniaga dan beraya?

6. Dapatan kajian atau amali ini akan dilihat dan dinilai selepas Ramadhan, sekiranya kita mampu kekal dengan perubahan yang positif ini, maka Ramadhan kali ini adalah Mabrur..


p/s : Ramadhan : Peluang keemasan. Mungkin juga peluang terakhir.


Thursday, July 28, 2011

HPA : Futuristik


Ramai yang bertanya dan berkata kepada penulis, mengapa perlu bersusah payah untuk HPA yang tidak seberapa ini. Bekerja sebagai sampingan dan tambahan untuk hasil yang tidak sampai seratus sebulan.

Maka, saya menjawab, "Inilah perjuangan yang saya pilih. Berbanding perniagaan yang lain, saya lebih jelas tentang HPA dan yakin satu hari saya akan berjaya. Di atas kertas, target tahunan memang tidak pernah dicapai. Tipulah jika saya kata saya tidak kecewa."

"Tetapi manusia mana yang tidak pernah kecewa, gagal dan kecundang. Jika tidak mencuba saya tetap tidak mendapat apa-apa. Apa salahnya jika mencuba. Target tahun lepas sudah berlalu dan tumpukan kepada tahun mendatang."

Sekarang adalah zaman langit terbuka. Perniagaan dan kehidupan selain terteraskan agama perlu sikap FUTURISTIK : Membaca dan menjangkau masa depan. Banyak membantu untuk kembangkan bisnes dan jaringan. Antaranya adalah :-)

1. Masa yang berharga sudah berlalu, kini tiba masa untuk kita menentukan harga masa depan kita.

2. Mereka yang hanya memandang masa lampau pasti terlepas masa depan.

3. Jika anda menandu di jalan yang biasa anda pandu, anda akan tiba di destinasi yang anda selalu tiba.

4. Pada masa kita berhenti risaukan tentang masa depan, masa itulah kita patut mula risaukan diri kita.

5. Biarkan masa lampau itu berlalu. Selagi ia tidak berlalu, masa depan tidak akan menjelma.

p/s : Selamat mencuba..





Wednesday, July 27, 2011

الطابع البريدي


علي : يا أحمد. عندي السوال. ما هو في جيبي؟

أحمد : صعبة جدا! هل هناك الهدية؟

علي : سأعطيك الطابع البريدي

أحمد : أين؟ أنا لا أنظره

علي : في جيبي

أحمد : إذا، الإجابة هي الطابع البريدي

علي : يا سلام




HPA : Berani Ditolak


HPA adalah syarikat MLM yang dipantau oleh sekumpulan panel syariah yang memegang jawatan berasingan di pelbagai sektor. Bercakap tentang MLM, ia tidak lari daripada mencari jaringan yang besar untuk mendapatkan pulangan dan bonus yang tinggi.

Justeru, setiap ahli HPA ini perlu mengembangkan jaringannya kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya secara sampingan. Sekiranya ia dibuat secara sepenuh masa ia akan bertambah mengikut pertambahan jaringan yang ada di bawah kita kelak.

Namun, kita juga tidak lari daripada DITOLAK. Idea HPA dan pengembangan jaringan ini akan terganggu atau GAGAL pada seseorang atau ramai orang kerana faktor pemahaman dan gaya persembahan kita yang tidak memikat hatinya.

Pada masa ini, gunalah beberapa prinsip untuk menjadikan PENOLAKAN ini adalah sesuatu yang positif. Antaranya adalah :-)

1. Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini mempunyai risiko. Jadi tidak rugi jika mencuba.

2. Mencuba dan DITOLAK adalah lebih baik daripada tidak mencuba dan tidak DITOLAK.

3. Tidak ada laut yang tidak bergelora, tidak ada manusia yang sentiasa diterima, dan tidak ada manusia yang sentiasa DITOLAK.

4. Kita menjadi takut kepada sesuatu perkara bukan kerana ia susah, tetapi ia menjadi susah kerana kita takut.

5. Jangan sedih apabila DITOLAK. Idea dan bisnes serta gaya penyampaian anda yang DITOLAK, bukannya anda.


P/s : Pelangi yang indah itu hanya akan hadir dalam hidup kita selepas hujan.


Tuesday, July 26, 2011

Keajaiban Dunia Yang Ke-8


Secara umumnya dunia ini mempunyai banyak misteri yang tidak dapat diterokai. Kita sibuk meneroka angkasaraya, namun di tanah dan bumi ini juga masih belum dijejaki keseluruhannya.

Ada pulau di selatan Argentina yang berwarna kemerahan. Sekali imbas umpama cerita dalam TV yang menayangkan pengembaraan ke dunia asing sedangkan ia masih berada di bumi dan ia wujud.

Terdapat juga binaan-binaan manusia yang menjadi keajaiban pada masyarakat dunia dan diiktiraf. Antaranya adalah :


1) Piramida

2) Taj Mahal

3) Tembok Besar Cina

4) Menara Pisa

5) Kuil Angkor

6) Menara Eiffel

7) Kuil Parthenon


Namun, keajaiban dunia sebenarnya adalah pada yang kelapan iaitu yang paling utama : MATA. Kita mampu melihat dan menikmati kesemuanya. Pancaindera manusia adalah ciptaan agung Yang Maha Kuasa yang menjadikan kita dengan segala rahmatnya.

p/s : Selamat Mengembara


HPA : Berani Gagal


HPA adalah syarikat Islam yang mempunyai cawangan di seluruh negara bahkan telah berkembang sehingga ke Thailand, Indonesia, Brunei dan Kemboja. Dengan produk halal dan baik, ia menjamin masa depan pengguna dan pembelinya dengan pulangan bonus yang lumayan dengan mencari seberapa banyak rakan niaga untuk bersama-sama anda.

Namun terdapat beberapa faktor yang boleh menghalang kejayaan ini. Saya dan anda tidak mungkin menjadi jutawan HPA atau pun sekurang-kurangnya menjadikan ia sebagai pendapatan yang kedua sekitanya mempunyai unsur-unsur berikut :

1. Matlamat dalam menyatakan bonus yang dikehendaki tidak jelas dan spesifik. Jumlah bonus dan downline tidak difahami dengan betul serta tempoh yang samar-samar.

2. Matlamat dalam HPA ini berubah-ubah.

3. Matlamat itu tidak realistik. Seperti mengharapkan kejayaan dan kekayaan dengan cara duduk diam semata-mata.

4. Kita merancang dan hanya menunggu sesuatu yang terjadi. Kita yang harus memulakannya.

5. Tidak komited dalam merealisasikan matlamat dan tidak sanggup berkorban masa dan wang untuk mendapatkannya.

6. Strategi dan plan rancangan yang tidak tepat.

7. Tidak mengikut strategi dan plan yang ditetapkan.

8. Menyerahkan tanggungjawab ini kepada orang lain.

9. Mudah mengaku kalah apabila bertemu dengan rintangan.

10. Tidak mempunyai mentor dan pembimbing.

p/s : Selamat mencoba kepada diriku dan dirimu...:-)


Monday, July 25, 2011

Siri Belajar Daripada Pemimpin (USA)


Penulis sempat menonton siri discovery channel di astro 555 tentang presiden USA yang lampau. Mereka lebih sederhana, lebih dekat kepada rakyat dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Ada di antara mereka yang memakai baju putih pada siang hari dengan alasan kerana menjimatkan penghawa dingin. Kemudian, beliau menyeru kepada rakyat agar mencontohinya. Nyata berbeza dari sebahagian pemimpin Islam masa kini yang hanya tahu membazir.

Seorang Presiden lampau USA yang penulis tidak sempat menyalin namanya pernah memakai kot yang hanya berharga RM500 pada hari perlantikannya. Beliau adalah seorang petani yang berjiwa besar namun miskin harta. Di sebalik kemisknan itu terserlah kepimpinan yang tinggi.

Seorang lagi presiden sanggup berarak sempena hari kemerdekaan dalam perarakan. Tidak hanya barisan pekerja dan swasta sahaja yang berarak. Dia dan isterinya turun dari kereta dan melambai rakyat sepanjang perarakan. Tempatnya adalah sepanjang jalan perarakan dan bukannya di bawah payung kuning serta kerusi empuk.

Kepimpinan berteraskan amanah dan kepercayaan rakyat ini berterusan sehinggalah munculnya era Clinton (Peguam Syaitan) dan Bush (Tentera Iblis). Bukan sahaja menyusahkan umat Islam, rakyat mereka sendiri merasa tertindas. Dakwaan demi dakwaan yang palsu menjadikan puluhan bahkan ratusan rakyat hilang tempat tinggal dan sebagainya.

Apa yang baik dari mereka jadikan tauladan, apa yang buruk jadikan sempadan.

P/S : Bakal Menyusul. Keagungan pemimpin Islam



SoLeHaH


Isteri yang solehah itu untuk akhirat. Dunia hanya hiasan dan teman. Setia berkhidmat kepada sang suami yang martabatnya lebih tinggi dari segala raja dunia. Tiada nilai itu pada cantik wajahnya, hartanya mahupun darjatnya. Pilihlah pada nilai agamanya maka kamu akan tenteram.


Sunday, July 24, 2011

Andai esok bermula tanpaku (Versi Arab)

Friday, July 22, 2011

Berita dari Singapura


Entah mengapa semenjak kebelakangan ini penulis banyak membaca berita dari Singapura. Salah satu faktor yang mendorong penulis membuka web itu ialah berita yang dipaparkan cukup adil dan menyenangkan.

Sebagai contoh, media ini berperanan sebagai menyampaikan berita tidak harus terhad kepada satu pihak semata-mata. Jika di Malaysia, media berpihak kepada kerajaan, namun di sana mereka memaparkan seorang calon pembangkang yang menghantar borang undi dan dimasukkan petikan dari kata-katanya.

Ia disusuli pula dengan ruang sukan, tumpuan pada pertemuan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia. Berita yang masih tidak berat sebelah walaupun Malaysia adalah musuh tradisi. Nampaknya kebebasan media di sana lebih kuat dari Malaysia.

P/s : Kalau nak maju, ikutlah mereka yang sudah berjaya atau maju. Kalau berlari, kita perlu mengejar dan memintas mereka yang berada di depan.



Semanis Oren


(Ini bukan iklan HPA) :)

Gelas di atas meja itu diteguk. Oren yang tadinya penuh segelas kini diteguk sedikit demi sedikit. Kelajuannya ditambah. Makin lama makin laju. Akhirnya segelas oren itu habis diteguk.

"Dahaga betul kau, Faiz." Hafiz, rakannya menegur.

"Sampai habis segelas. Tak tunggu kami langsung." Wafi merungut. Ada nada gurau di hujung kata-katanya.

"Ah, Alhamdulillah. Sedap betul oren ni. Cukup manis dan sejuk. Memang kena dengan tekak aku." Faiz berbicara setelah mengelap mulutnya yang masih bersisa. Wafi dan Hafiz hanya memandang dengan hujung anak mata.

Tidak lama kemudian mereka pun pulang. Sekian....


Apa yang diceritakan adalah sebahagian daripada realiti kehidupan masyarakat dunia amnya. Hidup ini adalah satu kitaran yang memerlukan kita peka dan tindak balas yang sewajarnya.

Terus kepada isi, tindakan spontan ini adalah lumrah dan tanpa kita sedari ia memberi satu petunjuk yang amat mendalam. Apabila Faiz meminum oren yang manis dan sedap itu, dia meminumnya sampai habis satu gelas.

Bahkan selepas itu Faiz menceritakan oren itu kepada kawannya, Hafiz dan Wafi. Kita juga akan begitu sekiranya meminum sesuatu yang sedap atau memakan makanan yang enak. Tindak balas kita adalah menceritakan kesedapan atau keenakan itu kepada yang lain.

Namun, di sebalik penceritaan itu ada yang tidak kena dengan kita. Islam yang sempurna bahkan kemanisan Iman di dalamnya serta amalan-amalan yang menenangkan diri tidak mampu menjadikan kita menceritakan keindahan Islam itu kepada rakan-rakan kita.

MUSTAHIL sesuatu tidak kena dengan Islam kerana kita tahu ia adalah agama wahyu dari Ilahi dan sempurna. Ada sesuatu dalam diri kita yang menghalang kita dari mencapai kemanisan iman ini.

Dalamilah Islam sedalam-dalamnya. Carilah kemanisan iman ini dan ceritakanlah kepada rakan-rakan kita yang lain sebagaimana Faiz menceritakan kepada rakannya setelah minum oren yang manis itu.

Semoga kita, keluarga kita. dan masyarakat ini mendapat kemanisan iman dan selamat dunia akhirat. Selamat beramal....:)



Siri Belajar Daripada Pepatah (Arab)

Sertai & Daftar Keahlian HPA



Assalamualaikum wbt..

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Saya menjemput dengan segala hormatnya untuk menyertai HPA ini.
Sebab Perlu Pilih Produk HPA dan Sebagai Rakan Niaga Anda:

1. Sebuah perniagaan 100% milik BUMIPUTERA ISLAM.

2. Yuran keahlian hanya RM 30.00 SEUMUR HIDUP.

3. Lebih 300 PRODUK HALAL keluaran HPA INDUSTRIES SDN BHD.

4. 11 Ganjaran lumayan untuk PENGEDAR.

5. Bertemakan Islam (Pekerja berwuduk sebelum memulakan kerja)

6. Kilang Sendiri dibawah Skim Bank Pembangunan Malaysia.

7. Kelulusan dari Biro Farmaseutikal Negara (BPFK) Malaysia.

8. Pengesahan dari Pusat Konsultasi Syari'ah sebagai MLM Syari'ah.


Pengedar dan penjual barang-barang keperluan harian seperti sabun, minyak, peralatan solek, makanan, biskut, ayam, daging, beras, sate, kopi radix, ubat-ubatan, kordial, ubat gigi, berus gigi, syampoo, sos, tepung goreng, sabun pembersih, minyak rambut dan pelbagai lagi.


Sebarang pembelian akan mendapat mata dan mata terkumpul akan ditukarkan kepada cek setiap bulan.


Mata pembelian setiap downline juga akan dimiliki oleh upline.
Cawangan hpa @ stokis kini berada di setiap daerah seluruh malaysia


untuk rujukan:

layari : www.hpa.com.my


Untuk Pendaftaran @ Sebarang Pertanyaan/Penerangan :
hubungi :

Muhamad Fairuz (UPM Serdang)
tel : 013-3111002
Email : muhamad_fairuz@yahoo.com


Contoh Cek Bulanan :




Selamat Mencuba :)



Wednesday, July 20, 2011

Siri Belajar Daripada Pepatah (Arab)


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA اَلْجَهْلُ ضَارٌ

Kebodohan Itu Merugikan

(Ayat ini disampaikan kepada mereka yang mengingkari bahaya kejahilan)

HPA : Ganu Kite






Senarai penuh cawangan, alamat dan no tel ada di sini : http://fairuz-la-tansa.blogspot.com/2011/06/hpa-online.html

HPA : Berani Bersaing


Pokok yang berbuah ranum, dari mana datang ia kalau tidak ditanam.

Tanaman sekiranya tidak dijaga dengan rapi sudah tentu tidak akan subur.

Hidup ini ada sebab dan akibat. Tanpa ada sebab sudah tentu tiada akibatnya.

Kita sibuk mencari cinta sedangkan kita tidak belajar untuk mencintai.

Kita sibuk menyuruh mereka dengar, tetapi kita tidak belajar untuk mendengar.

Ayuh perkasakan diri demi bersaing dengan pengusaha, peniaga, saudagar-saudagar, hartawan yang hampir kesemuanya bukan di kalangan umat Islam. Kita perlu kaya tetapi bukan untuk dunia. Kaya kita adalah untuk dinikmati dan dikongsi oleh semua saudara seagama kita. Keluar dan tunjukkanlah bakat anda.

Jangan angkuh dan jangan bongkak. Baca isi hati pembeli dan pelanggan. Tumpukan perhatian agar mata kita dapat menembusi hatinya. Selamat mencoba...:-)

Siri Belajar Daripada Pepatah (Jawa)


Jangan merungut bila kegelapan,
carilah lampu dan terangilah ia.



Tuesday, July 19, 2011

Kisah Cinta Teragung


Pada zaman dahulu kira-kira 1400 tahun yang lalu, ada seorang jutawan di padang pasir. Tanah bumi berkah itu berkembang maju. Perdagangannya menjadi pesat dan mewah. Semakin hari semakin banyak.

Jutawan itu adalah saudagar kain. Berniaga sehingga ke seluruh Tanah Arab. Lama kelamaan pekerjanya juga bertambah ramai berikutan kain-kain dan penyenggaraan yang banyak harus dijalan dan diselesaikannya.

Faktor kejayaannya adalah jutawan itu mengawasi pekerja-pekerjanya dengan baik dan teliti. Zaman ini belum lagi mempunyai teknologi yang tinggi seperti kamera pengawasan atau CCTV. Justeru, jutawan itu mengawasi pekerjanya dengan menghantar pemerhati dan perisik untuk melihat ketekunan atau sebarang penyelewengan yang berlaku.

Lama-kelamaan, laporan demi laporan, pemerhatian demi pemerhatian, berita yang baik diterima oleh risikannya terhadap seorang pekerja jutawan itu. Pekerja itu bekerja dengan rajin, tekun, jujur, bersungguh, sabar, dan segala sifat baik. Jutawan itu mula memerhati dengan sendiri. Jutawan itu mula berminat dan akhirnya jatuh hati.

Wakil dihantar kepada pekerja itu untuk menyatakan hasratnya. Alangkah gembiranya hati, pekerja itu juga menyimpan niat yang sama untuk bersatu. Dan, akhirnya cinta mereka berjaya dan menjadi contoh tauladan kepada masyarakat dunia.

Jutawan itu adalah Sayyidatina Khadijah R.A. dan suaminya Rasulullah S.A.W.


Bersama hayati keindahan Islam :-)

Timba & Perigi



'Perigi mencari timba' Begitulah pepatah yang menggambarkan perempuan mencari lelaki. Keinginan untuk menjadikan lelaki itu sebagai suami mendorong wanita itu meluahkan perasaannya kepada sang lelaki.

Namun dalam Islam istilah ini tidak wujud. Sejarah membuktikan Sayyidatina Khadijah r.a. menghantar wakil untuk menyatakan hasratnya yang tertarik dengan keindahan budi pekerti Rasulullah s.a.w. dan diikuti dengan Sayyidina Abu Bakar yang meminang Nabi untuk Sayyidatina Aisyah r.a.

Jadi tidak salah bagi perempuan sekiranya melihat lelaki yang baik dan berkenan, dia harus mengaturkan wakil atau pertemuan dengan batasan. Sekiranya ada kata-kata di belakang ianya adalah dari mereka yang tidak faham agama dan sirah. Terangkan kepada mereka dan moga-moga mereka juga mengikut jejak kita.

P/s : Selamat mencoba...Jaga tertib agama.


Kata-kata : Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Ramai orang yang kagum dengan kejayaan saya, tetapi ramai orang tak memandang atau sedar kepada bisnes-bisnes saya yang gagal.


Bangkit Dari Kegagalan


Pada zaman dahulu dalam tahun 1930an, ada seorang lelaki tua yang baru sahaja tamat perkhidmatan sebagai tentera. Menyedari duit pencennya tidak cukup untuk menampung hidup dia cuba untuk menjual ayam dari resepi keluarganya.

Dari satu kedai ke satu kedai, bermacam-macam jawapan yang diterimanya.

"Ayam goreng? Kami pun ada."

"Ayam goreng? Ini resepi biasa."

"Alah setakat ayam macam ni, saya pun boleh buat."

Orang tua ini tadi tak puas hati dan terus mencuba. Percubaan demi percubaan sehinggalah membawanya ke kedai yang ke 1009 Barulah resepi itu diterima dan dijual. Sampailah ke hari ini lelaki tua itu berjaya mencipta rangkaian restoran ayam goreng di seluruh DUNIA.

Itulah dia KFC. Bayangkanlah jika dia berhenti pada percubaannya yang ke 100 atau 200 atau 500, apa yang akan terjadi kepadanya? Adakah dia akan berjaya? Sudah pasti tidak. Walaupun kali ke 1000 mencuba jika dia berhenti pada takat itu sudah tentu tidak akan berjaya.

Inilah kuasa mereka-mereka yang pernah gagal dalam percubaan mereka dan mereka mencuba dan mencuba, sampailah mereka berjaya akhirnya.

P/s : Selamat mencuba .. :)


Saturday, July 16, 2011

Kisah penipu yang bengap

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya


Kamariya Rejab menunjukkan kad kahwin anak tunggalnya dan laporan polis terhadap perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Julai - "Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."


Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.


Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.


Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.


"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.


"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.


Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.


Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.


Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.


"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.


Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.



1 - Umur makcik ini 59 tahun, logikkah dia berhajat kahwinkan anak dia dalam usia 9 tahun? Semasa itu kahwin pun belum difikirkan lagi.

2 - Kenapa Anwar? Penganjur adalah BERSIH.

3 - Rugi 45 000 buat kenduri? Di Putrajaya kenduri hanya rm 20 000.
Jemput 3 000 orang, nak semua yang datang. Ingat ini berniagakah?


4 - Lebihan disedekahkan dan kemudian dituntut ganti rugi..?

5 - Dunia...dunia...



Thursday, July 14, 2011

Andai esok bermula tanpaku


Andai esok bermula tanpaku


Ingatlah mentari itu masih menyinar


Merah itu lambang kegagahan


Harungi ranjau berduri dengan satu harapan


Jadikan hari esok permulaan yang baru




Andai esok bermula tanpaku


Lupakan semalam yang penuh kepahitan


Hari ini kau dalam ruang yang berbeza


Dalam peluang yang lebih terbuka


Optimis dan fikirkan yang terbaik


Demi masa depan yang lebih gemilang




Andai esok bermula tanpaku


Tataplah wajah rakan taulan yang ceria


Mereka yang berkongsi gembira dan air mata


Menukar gelita menjadi cerah


Menguntum senyum ketika amarah


Dalam derita mereka hulurkan tangan




Andai esok bermula tanpaku


Berjanjilah kau akan terus tersenyum


Buanglah segala yang mengganggu fikiran


sama bersemangat seperti insan lain


berbicara tentang kebahagiaan dan kenyataan


kepada setiap mereka yang kau temui



Wednesday, July 13, 2011

Sahabat


Engkau mencerminkan warna pelangi


Muncul setelah gerimis berlalu


Bersinar memukau pandangan mata


Menghilangkan segala getaran di dada




Engkau yang berada di dalam jantungku


Bebas bergerak menghidupkan hati


Merawat duka mengubati resah


Bersamaku walau jauh aku berlari




Engkaulah yang digelar sahabat


Aku harap ia tiada akhirnya


Walaupun ia baru bermula


Di sini kita berkongsi khabar gembira


Dan air mata kita bergenang bersama




Engkau mengingatkanku pada Tuhanku


Dengan kegembiraan yang kau bawa kita bersyukur


Dengan perpisahan yang menjelma kita berdoa


Dengan persahabatan ini mencari redhaNya




Engkau mencerminkan diriku


Baik buruk sama mempengaruhi


Bimbingi aku dari daerah langit yang kelam


Bawalah aku bersama mencapai sinar


Membuka impian seluas dunia


Template by:
Free Blog Templates