Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Friday, July 22, 2011

Semanis Oren


(Ini bukan iklan HPA) :)

Gelas di atas meja itu diteguk. Oren yang tadinya penuh segelas kini diteguk sedikit demi sedikit. Kelajuannya ditambah. Makin lama makin laju. Akhirnya segelas oren itu habis diteguk.

"Dahaga betul kau, Faiz." Hafiz, rakannya menegur.

"Sampai habis segelas. Tak tunggu kami langsung." Wafi merungut. Ada nada gurau di hujung kata-katanya.

"Ah, Alhamdulillah. Sedap betul oren ni. Cukup manis dan sejuk. Memang kena dengan tekak aku." Faiz berbicara setelah mengelap mulutnya yang masih bersisa. Wafi dan Hafiz hanya memandang dengan hujung anak mata.

Tidak lama kemudian mereka pun pulang. Sekian....


Apa yang diceritakan adalah sebahagian daripada realiti kehidupan masyarakat dunia amnya. Hidup ini adalah satu kitaran yang memerlukan kita peka dan tindak balas yang sewajarnya.

Terus kepada isi, tindakan spontan ini adalah lumrah dan tanpa kita sedari ia memberi satu petunjuk yang amat mendalam. Apabila Faiz meminum oren yang manis dan sedap itu, dia meminumnya sampai habis satu gelas.

Bahkan selepas itu Faiz menceritakan oren itu kepada kawannya, Hafiz dan Wafi. Kita juga akan begitu sekiranya meminum sesuatu yang sedap atau memakan makanan yang enak. Tindak balas kita adalah menceritakan kesedapan atau keenakan itu kepada yang lain.

Namun, di sebalik penceritaan itu ada yang tidak kena dengan kita. Islam yang sempurna bahkan kemanisan Iman di dalamnya serta amalan-amalan yang menenangkan diri tidak mampu menjadikan kita menceritakan keindahan Islam itu kepada rakan-rakan kita.

MUSTAHIL sesuatu tidak kena dengan Islam kerana kita tahu ia adalah agama wahyu dari Ilahi dan sempurna. Ada sesuatu dalam diri kita yang menghalang kita dari mencapai kemanisan iman ini.

Dalamilah Islam sedalam-dalamnya. Carilah kemanisan iman ini dan ceritakanlah kepada rakan-rakan kita yang lain sebagaimana Faiz menceritakan kepada rakannya setelah minum oren yang manis itu.

Semoga kita, keluarga kita. dan masyarakat ini mendapat kemanisan iman dan selamat dunia akhirat. Selamat beramal....:)



0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates