Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Friday, July 1, 2011

Perhimpunan HaRaM..


Jumaat, 1 Julai. : Satu perhimpunan haram telah diadakan pada tiap-tiap minggu bermula 5 minggu lepas. Semua rakyat boleh menyaksikan perhimpunan haram ini kerana mendapat liputan secara langsung dari stesen televisyen berbayar Astro.

Perhimpunan haram itu juga didalangi oleh orang kuat dan berjaya mendapatkan bantuan kewangan dari penaja-penaja tertentu. Perhimpunan haram itu juga mempunyai permit yang sah dan diluluskan oleh kementerian yang berkaitan.

Menurut peserta perhimpunan haram tersebut, ini adalah salah satu menggambarkan bahawa demokrasi di Malaysia berjalan lancar. Rakyat bebas berbuat apa yang mereka gemari selagi mana tidak mencetuskan kekacauan.

Menurut menteri berkenaan pula, perhimpunan ini tiada salahnya kerana menggambarkan hubungan mesra antara suami dan isteri yang boleh menjadi ikutan kepada masyarakat.

Walaupun mempunyai lesen dari kementerian, tidak menyusahkan rakyat, dan mengganggu ketenteraman, namun ia tetap HARAM. Mendedahkan AURAT serta menari-nari di khalayak ramai apatah lagi bersebelahan SUAMI yang TIDAK berkata-apa-apa adalah haram di sisi agama. SEMUA mazhab menegaskan aurat itu wajib ditutup. Kerana itulah ia adalah perhimpunan HARAM.

P/s : Gambar sekadar hiasan.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates