Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Sunday, July 31, 2011

Tangan-tangan ghaib


Semasa kita mengharungi satu perjalanan yang panjang, kita akan dapati ada tangan-tangan ghaib yang menghalang kita. Tangan itu yang menolak kita ke belakang dan tangan itulah jua yang menolak kita lebih hadapan.

Jika bukan kerana tangan ghaib ini, ramai yang telah tiba ke hujung jalan ini iaitu kejayaan. Tetapi kejayaan ini sudah tentu tidak mendatangkan perubahan yang positif pada kita. Sekiranya ianya mudah dicapai, tentu ia sesuatu yang mengecewakan.

Tangan-tangan ghaib inilah yang menjadikan perjalanan kita lebih mencabar. Ia bukan bertujuan menyiksa dan memberatkan jalan, namun mendidik diri kita dengan segala cara. Pengalaman adalah guru terbaik dan itulah yang diajarkan oleh tangan-tangan ghaib ini.

Tangan-tangan ghaib ini juga yang membantu kita mengeluarkan kebolehan dalam diri. Beberapa kebolehan yang kita sendiri tidak tahu akan dikeluarkan secara paksa rela. Kita tidak tahu dan tidak mahu berlari dengan laju sehinggalah ada seekor anjing mengejar kita.

Kita ada keinginan untuk berjaya namun leka dengan dunia dan kemewahan dan hiasannya, sehinggalah kita sedar rakan-rakan kita semua telah berjaya. Kita tidak ada kemahuan untuk menjadi kaya. Namun, pada ketika kita menahan lapar selama 10 hari semata-mata untuk mengisi minyak kereta, kita sedar orang Islam perlu kaya.

Tangan-tangan ghaib ini adalah taufan yang menguji kecekapan para pelayar. Tidak ada kejayaan yang datang bergolek dan tidak ada kejayaan bergolek itu kekal dan membawa kebaikan.

Tangan-tangan ghaib itu adalah cabaran. Halangan dan rintangan menjadikan deria kita lebih peka, lebih berkeinginan dan paling penting lebih berusaha.

:-)


0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates