Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Saturday, July 2, 2011

Tempoyak dan pisang


Gambar sekadar hiasan.

Zaman moden masa kini semua mengejar harta dunia untuk kesenangan diri. Ini tidak terkecuali untuk mereka yang sudah berusia tua. Berbagai-bagai cara yang digunakan untuk meraih keuntungan dalam perniagaan yang halal. Sehingga ke satu tahap mereka terlalu mengejar dunia yang sementara ini seringkali terlupa tentang status halal ini.

Pagi ini mengajar saya satu lagi erti halal dan golongan tua. Jangan di sangka golongan ini bila berniaga cuma mengharap untuk menyara diri. Mereka juga tetap manusia biasa yang lalai dan bongkak dengan perniagaan mereka.

Cara terbaharu yang dikesan atau sudah lama namun tidak sampai ke pengetahuan saya adalah apabila membeli tempoyak. Sukar untuk dikesan adalah tempoyak ini asli atau sudah bercampur dengan bahan-bahan lain kerana bau adalah sama.

Namun selepas memasak lauk menggunakan tempoyak, barulah kita perasan bahawa rasa tempoyak itu tidak seperti selalu. Lantas jiran mengatakan, mungkin ia sudah dicampurkan dengan pisang.

Pisang? Tapi mengapa? Mereka mahukan duit lebih? Mereka tidak memikirkan penipuan dalam berniaga itu akan ditanya dan dituntut di hari Perhitungan kelak.

Jawapannya : Manusia tidak mengira usia memang tamak. Tidak kira tua, muda, kecil, besar, miskin, kaya, sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi kaya walaupun dengan cara HARAM.

Benarlah kata Nabi : Jika manusia ini diberikan 2 gunung emas sebesar bukit Uhud, nescaya mereka akan meminta gunung emas yang ketiga.


1 comments:

KN said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates