Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Saturday, July 30, 2011

Zaman Langit Terbuka


Zaman ini semakin maju, moden dan berteknologi tinggi. Sesuatu berita, perkhabaran, fitnah dan sebagainya boleh tersebar hanya dengan beberapa kali menekan papan kekunci atau tetikus. Segala yang dimahukan ada di hujung jari.

Arus kemodenan ini juga ada nilai positif dan negatif. Positifnya sumber maklumat, ilmu, hadith, kenalan boleh dihubungi dan dicapai sekelip mata dan di mana-mana secara percuma dan berbayar.

Namun, negatifnya amat menakutkan. Wanita-wanita bebas bermain di langit yang terbuka. Dari muka hingga ke kaki menjadi paparan di skrin serta santapan mata yang memandang. Puncanya tetap sama. Langit yang terbuka ini bebas untuk sesiapa sahaja namun Islam membataskan had bagi wanita atas tujuan menjaganya.

Wanita itu sendiri adalah aurat, dan aurat ini perlu dijaga sebaik mungkin. Namun, kini wanita bebas berada dalam peti TV, skrin komputer, telefn bimbit dan sebagainya.

Kenderaan jika tidak dikawal dengan baik akan terbabas. Bila terbabas maka kita akan kemalangan. Begitu juga dengan langit yang terbuka ini. Jika dikawal dengan baik, balasan dan hasilnya adalah positif. Namun, kita kita salah guna, hati kita akan menjadi hitam dan sukar untuk dibersihkan kembali.

Justeru, Ramadhan yang tiba pada zaman langit terbuka ini gunalah dengan sebaik mungkin. Biarkan hanya seruan dakwah sahaja yang bermain di angkasa maya ini. Lindungilah aurat dengan sebaik mungkin agar mendapat ganjaran dan rahmat di sisi Allah.

:-)



0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates