Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Friday, July 29, 2011

Ramadhan : Berani Berubah


Ramadhan menjelma lagi dengan segala nikmat di dalamnya. Bulan yang diberi gelaran bulan untuk Umat Islam ini saban tahun berlalu dan datang kembali. Pada hakikat ini, di atas kertas sepatutnya kita sudah menjadi umat Gemilang kerana berjaya mengharungi Ramadhan lebih dari sepuluh lagi bagi yang berusia remaja.

Namun, mengapa umat ini masih sama seperti sebelum Ramadhan? Tidak ada kemajuan, adakala maju dan selepas itu mundur semula. Seolah-olah Ramadhan tak pernah wujud. Mungkin umat ini hanya menunggu Syawal yang tiba bukannya Ramadhan.

Justeru dengan Ramadhan yang bakal tiba, keluarkanlah segala keberanian yang ada dalam diri kita, kebaikan yang ada pada roh kita secara semulajadi, untuk melakukan perubahan demi perubahan ke arah kebaikan. Jangan terpedaya dengan persekitaran yang lalai dan alpa sebaliknya gunakan peluang dengan sebaik mungkin.


BERANI untuk BERUBAH mungkin didorong atas beberapa ciri berikut :-)

1. Hanya manusia yang hatinya hidup sahaja yang mampu berubah ke arah kebaikan.

2. Halangan yang terbesar yang ada dalam diri kita adalah merasakan kita sudah sempurna.

3. Buat statistik kehidupan seharian, berapa jam di depan TV, berapa jam bangun malam, berapa jam berbual dll.

4. Jika berhajat untuk rumah terbuka, sedekah, senyum, ibadah, sekaranglah masanya kerana pahala amalan berlipat ganda. Tamat Ramadhan, pahala akan kembali dihisab seperti biasa.

5. Di Arab ramai cuti 10 terakhir Ramadhan untuk beribadah berganda, ada juga yang cuti sebulan. Di sini? Cuti untuk berniaga dan beraya?

6. Dapatan kajian atau amali ini akan dilihat dan dinilai selepas Ramadhan, sekiranya kita mampu kekal dengan perubahan yang positif ini, maka Ramadhan kali ini adalah Mabrur..


p/s : Ramadhan : Peluang keemasan. Mungkin juga peluang terakhir.


0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates