Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Thursday, September 1, 2011

Peranan Pendapatan Sampingan



Ramai berpendapat Makan Gaji sudah memadai untuk hidup dan berjaya di dunia ini. Namun, hakikatnya kita masih memerlukan pendapatan sampingan untuk berjuang melawan harga barang yang semakin meningkat di negara maju ini.

Barang semakin naik dan terus naik. Harga minyak sedunia turun pun barang akan tetap naik. Gaji naik sekali pun barang akan terus naik. Tidak kira apa yang berlaku, barang akan terus naik. Kerajaan yang berkata akan memantau dan mengawal harga barang hanya sekadar janji seorang munafik yang masih disokong.

Ternyata kita memerlukan pendapatan sampingan bertujuan mengelakkan kita tersingkir dari negara sendiri. Umat Munafik Melayu menggunakan nama Melayu untuk mendapatkan sumber kewangan untuk membina dan membuka tempat-tempat baru namun kemudiannya dijual dengan harga yang 4 atau 5 kali ganda tinggi.

Dengan harga ini, sudah tentu Melayu yang miskin tidak mampu membeli dan kawasan yang baru itu dijual kepada bangsa kaya. Dengan ini, Melayu akan terus merempat bukannya disebabkan penjajah atau orang asing atau bangsa lain tetapi bangsa sendiri.

Kini sudah tiba masa kita menerokai pendapatan sampingan yang lain supaya kita mampu bersaing dengan bangsa yang lain yang lebih maju dan bangsa munafik tadi.

Kita boleh menjadi penulis, peniaga kecil-kecilan, jurutaip, penterjemah, akauntan syarikat sendiri pada sebelah malam dan sebagainya. Nampak aneh tetapi ia sudah diamalkan di Jepun. Awal pagi, pemilik kedai runcit akan menyapu dan membersihkan kedainya. Kemudian, pemilik kedai itu yang akan menjaga kedai. Seterusnya meletakkan barang yang sudah habis stok. Petang dia akan mengira stok dan malam dia akan mengemaskini akaun kedai.

Selamat mencari pendapatan sampingan.

Gambar : Plan Bonus dan Barangan HPA []:-) =



0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates