Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Sunday, September 18, 2011

Filem Melayu Malaysia sampah?!!?


Tajuk ini mungkin sudah biasa didengari oleh kebanyakan kita. Ada juga yang menganggap tajuk ini kurang ajar kerana merendah-rendahkan mentaliti masyarakat Melayu di Malaysia. Namun, apakah kita tidak berfikir terlebih dahulu sama ada ia benar atau tidak?

Rata-rata filem tidak memberi kesan kepada masyarakat. Penerbit dan pengarah ternyata berjaya menggelakkan penonton di wayang dan di rumah melalui layar perak dan kaca tv tetapi selepas itu apa? Mereka gelakkan penonton atau pengarah atau penulis skrip atau diri mereka sendiri?

Kisah-kisah seperti lelaki mahu putuskan tunang dan menyambung semula pertunangan sebanyak 3 kali kerana salah nama kekasihnya, cerita hantu yang diakhiri dengan hantu itu berjaya dihalau, serta lawak pagi raya yang mengisahkan bagaimana perjalanan balik kampung seseorang berleluasa pada masa kini.

Apakah pengajaran yang dapat dilihat dalam filem ini? Jangan berkata tentang filem ini akan menginsafkan remaja tentang bahaya menjadi mat rempit sekiranya filem itu sendiri menayangkan hampir 50% cerita tentang aksi rempit.

Teramat merbahaya pada masa kini apabila sesetengah pelakon dan pengarah mempergunakan ayat-ayat zikir serta agama untuk menjadi bahan lawak. Adakah ustaz yang menghalau hantu dalam beberapa cerita itu adalah orang muda yang bebas bergaul dengan wanita bukan mahram? Adakah istighfar untuk dipermainkan dan digelakkan? Lelaki menjadi wanita hukumnya haram bukan sahaja dipertontonkan malah ditertawakan. Lebih memburukkan keadaan, mereka yang melakonkannya itu berkata ini tidak salah.

Malapetaka sangat dahsyat apabila seseorang itu melakukan kesalahan dan berkata dia tidak bersalah. Para alim ulamak yang memegang jawatan dan masyarakat perlu memperbetulkan hal ini. Jangan hanya tertumpu kepada masalah qunut, doa selepas solat ada atau tidak, namun tumpukan kepada akidah dan fikirkan umah masa kini agar tidak tersesat dalam gelak tawa peminat.

Penulis selesai menonton filem sang murabbi serta sang pencerah. Alangkah baiknya jika Malaysia mampu membuat filem sebegini. Sudah tentu pulangan akan merugikan. Namun pengajarannya lebih mahal dari menggabungkan kesemua filem yang ada pada masa kini.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates