Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Wednesday, November 23, 2011

Al-Hijab (Versi Melayu)





Sahabatku yang berhati jernih .

Moga kejernihan hatimu mencerminkan kesucian akhlakmu

Aku melihat diriku dari dalam cermin itu

Kita adalah sama.

Bersembunyi di sebalik jernihnya wajah.

Ketahuilah sahabatku bahawa bersembunyi itu tanda ketakutan.

Yang menjauhkan kita dari jalan yang sebenar



Bagaimana kita menghadapi merdeka tanpa keberanian

Seperti kayu-kayu yang terus membeku tanpa api.

Bakarlah dirimu dengan merahnya cinta

Nyalakanlah keberanianmu dengan sinar

Selimuti dirimu dengan hijab yang mempersonakan



Jalan ini adalah jalan yang tidak dilalui

Kita dapat membayangkan permulaannya namun hujungnya belum pasti

Jangan hiraukan mulut yang berkata 'TIDAK!'

Hendaklah hatimu yang jernih itu mengerti

Sampai waktu kau perlu menjadi muslimah sejati

Sebelum tibanya hari perhitungan yang hanya mempunyai dua jalan



Biar mereka berfikir akan keberanianmu

Bila bulan mengambang mereka memanggilmu

Namun tetaplah kau sentiasa dengan hijab itu

Hijab ini adalah anugerah dan lambang keberanian

Ibarat burung yang terbang mencari pasangan yang hilang

Ibarat permata terbiar tanpa dijaga

Ibarat keris yang tidak bersarung


Tuesday, November 8, 2011

Sabarlah Wahai Hati (Arabic Version)


إصبر يا قلبي



أَتَانِي اللَيلَ وَمَا بِي النُّورِ

جَاءَنِي مَعَ النُّجُومِ فِي الدُّجَى

أَينَ الْهَنَاء وَيَنْقَلِبُ لَيَالِي الشِّفَاء

ويَفْرَحُ قَلْبِي بِإِنْبَاءِ الْبُشْرَى

كَم الشَدِيدَة وَالشَّقَاء حَوَالِي

وَيُعَلِّمَانِ قَلْبِي خِبْرَة مِن مَا مَضَى

إِعْلَمْ يَا قَلْبِي إِنَّ الصَّبَرُ أَجْمَلْ

فِي نِهَايَتِهِ نَرَى كُلَّ نِعْمَةِ السَّرَى

وَلَيْسَ الصَّبَر لِمَن عِنْدَهُ الْحَد

فَمَا وَجَدْتَ عِنَد الْغَضَب هُدَى

وَكُنْ صَابِرًا وَرَبُّكَ مَعَكَ

كَمَا قَالَ تَعَالَى فِي آيَاتِهِ الْحُسْنَى

إِصْبِر يَا قَلْبِي إِنَّ الْحَيَاةِ كِفَاح

فَتْرُكِ الْلَهْوَ فَعَلَيْكَ مَا تَمَنَّى

فَصَبْرًا عَلَى الصَّبَر دُونَ النِهَايَةِ

إِذَا فَقَدْتُهُ قَلْبِي كَأَشْجَارِ الْمَوتَى



Tatkala malam menjelma dan tidak ada cahaya yang menemani aku, yang datang bersama bintang-bintang dalam gelita


Di manakah kebahagiaan dan ia menukarkan malam-malamku menjadi penawar, dan mengembirakan aku dengan khabar-khabar gembira.


Berapa banyak kesengsaraan dan penderitaan yang berada di sekelilingku, ia mendidik hatiku dengan pengajaran daripada perkara yang telah berlalu


Ketahuilah wahai hatiku sesungguhnya sabar itu adalah yang paling indah, (kerana) di penghujungnya kita akan lihat segala nikmat yang tersembunyi


Dan bukanlah dinamakan sabar jika ada batasan di dalamnya, dan engkau tidak akan mendapati di sebalik kemarahan itu adanya petunjuk


Dan jadilah orang yang sabar kerana Tuhan kamu akan bersamamu, seperti mana yang dikatakan oleh Allah dalam ayat-ayatNya yang indah


Sabarlah wahai hatiku sesungguhnya hidup ini satu perjuangan, maka tinggalkanlah nafsumu kamu akan dapat apa yang kamu hajatkan


Maka, bersabarlah di dalam bersabar tanpa penghujungnya, jika aku kehilangannya, hatiku ini seperti pokok-pokok yang telah mati.



Fairuz : 8/11/11 : Jerantut : 8 pm




Template by:
Free Blog Templates