Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...
Showing posts with label Siri Belajar Daripada Alam. Show all posts
Showing posts with label Siri Belajar Daripada Alam. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Siri Belajar Daripada Alam (Pemanah)


Belajarlah daripada Pemanah. Apabila bidikannya tidak menepati sasaran, dia akan menoleh ke arah diri sendiri untuk mencari kelemahan dan kesilapan yang ada pada dirinya. Tidak sesekali dia akan melihat kesalahan dalam sasarannya. - Perbaiki bidikan dan perbaiki diri kita sendiri.


Thursday, September 29, 2011

Siri Belajar Daripada Alam (Syair Imam Syafie)


Belajarlah daripada Singa : Singa hanya akan dapat menerkam mangsa setelah dia keluar daripada sarangnya.

P/s : Seseorang itu akan menjadi hebat hanya setelah dia berjaya keluar dari daerah dirinya. Sama ada berhijrah ke tempat lain atau berhijrah dalam makna majaz atau hijrah perbuatan. Tidak ada rezeki yang datang bergolek dengan mudah. Telah menjadi hukum alam untuk keluar mencari rezeki itu. Usaha dan Tawakal menjadi Sunnatullah.

Monday, August 22, 2011

Siri Belajar Daripada Alam (Guruh dan Halilintar)


Belajarlah daripada Guruh dan Halilintar. Apabila terjadi dua perkara ini disertai dengan hujan lebat dan awan yang tebal, pilot akan mempercepakan penerbangan dan menekan minyak, bukannya memperlahankan penerbangan.

Moral : Apabila kita menghadapi kesukaran, pilihannya adalah berhenti atau teruskan. Jalan terbaik adalah merempuh rintangan itu dan membawa kita ke satu daerah yang penuh kejayaan. Selamat berusaha kepada diri ini..:-) =


Wednesday, August 17, 2011

Siri Belajar Daripada Alam (Getah)


Belajarlah daripada getah. Menganjal bila ditekan, melantun bila dilempar.


Sebagai negara pengeluar getah utama dunia, pasti kita melihat getah ini dari pelbagai sudut. Salah satunya sifat kenyal. Sebagai orang yang berfikir, alam ini adalah ilmu kepada kita dan begitu juga dengan getah.

Kekenyalan getah diibaratkan seperti masa lalu kita yang dipenuhi dengan kegagalan. Apa yang perlu diambil iktibar adalah kemampuan kita untuk melantun kembali atau bangkit dari kegagalan.

Selamat Bangkit []:-) =


Siri Belajar Daripada Alam (Lautan)

Belajarlah daripada lautan yang bergelora. Semua nakhoda kapal akan menunjukkan kecekapan masing-masing. Berbeza dari lautan yang tenang. Kelasi bawahan juga boleh menjadi nakhoda di air tenang...

P/s : Kesulitan dan cabaran yang kita lalui membentuk diri menjadi lebih kuat. Sebaliknya, kita tiada halangan dan rintangan, kita akan menjalani hidup yang biasa sahaja dan pasif. Tiada usaha dan kemajuan.



Friday, August 12, 2011

Siri Belajar Daripada Alam (Burung)


Belajarlah daripada burung-burung yang berterbangan. Ketuanya tidak memberi arahan untuk terbang. Namun, ketua itu terbang dahulu dan barulah diikuti oleh anak buahnya yang lain di belakangnya sehingga menampakkan bentuk V.

Penulis juga sebentar tadi berkesempatan untuk berterawih seperti biasa. Cuma malam ini penulis memilih tempat strategik iaitu di sebelah budak-budak. Golongan suci ini lebih mudah diajar dan disuruh. Kita buat dan dia akan ikut.

Penting bagi mereka untuk mengetahui sebab mengapa kita membuat setiap ibadah itu. Kita tidak boleh hanya menyuruh mereka mengerjakan solat atau meluruskan saf dan merapatkannya tanpa memberitahu hikmah.

Secara tak langung kita dapat menyampaikan dengan lisan dan tauladan walaupun diri penyampai tidak sempurna mana. Manusia itu akan sempurna bila mereka berjemaah. Pada masa ini mereka akan saling melengkapi.


Selamat Berjemaah []:-) =


Friday, July 29, 2011

Siri Belajar Daripada Pepatah (Arab)




العلم يسعى إليه الناس ولا يسعى إليهم

العلم يؤتى إليه ولا يأتي



Mencari Ilmu

Ilmu itu dicari oleh manusia, bukannya mencari manusia.



Monday, July 25, 2011

Siri Belajar Daripada Pemimpin (USA)


Penulis sempat menonton siri discovery channel di astro 555 tentang presiden USA yang lampau. Mereka lebih sederhana, lebih dekat kepada rakyat dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Ada di antara mereka yang memakai baju putih pada siang hari dengan alasan kerana menjimatkan penghawa dingin. Kemudian, beliau menyeru kepada rakyat agar mencontohinya. Nyata berbeza dari sebahagian pemimpin Islam masa kini yang hanya tahu membazir.

Seorang Presiden lampau USA yang penulis tidak sempat menyalin namanya pernah memakai kot yang hanya berharga RM500 pada hari perlantikannya. Beliau adalah seorang petani yang berjiwa besar namun miskin harta. Di sebalik kemisknan itu terserlah kepimpinan yang tinggi.

Seorang lagi presiden sanggup berarak sempena hari kemerdekaan dalam perarakan. Tidak hanya barisan pekerja dan swasta sahaja yang berarak. Dia dan isterinya turun dari kereta dan melambai rakyat sepanjang perarakan. Tempatnya adalah sepanjang jalan perarakan dan bukannya di bawah payung kuning serta kerusi empuk.

Kepimpinan berteraskan amanah dan kepercayaan rakyat ini berterusan sehinggalah munculnya era Clinton (Peguam Syaitan) dan Bush (Tentera Iblis). Bukan sahaja menyusahkan umat Islam, rakyat mereka sendiri merasa tertindas. Dakwaan demi dakwaan yang palsu menjadikan puluhan bahkan ratusan rakyat hilang tempat tinggal dan sebagainya.

Apa yang baik dari mereka jadikan tauladan, apa yang buruk jadikan sempadan.

P/S : Bakal Menyusul. Keagungan pemimpin Islam



Wednesday, July 20, 2011

Siri Belajar Daripada Pepatah (Jawa)


Jangan merungut bila kegelapan,
carilah lampu dan terangilah ia.



Sunday, July 3, 2011

Siri Belajar Daripada Alam


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA

Siri Belajar Daripada Alam :


Belajarlah dengan Ular. Tatkala ditanya, "Bagaimana engkau hidup dan makan sedangkan dalam mulutmu dipenuhi racun berbisa?"


Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya Allah yang memberi rezeki dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu."



Saturday, July 2, 2011

Siri Belajar Daripada Sejarah


Belajarlah daripada Hikayat Singapura dilanggar todak, tidak perlu berbentengkan betis-betis manusia, jadilah Hang Nadim, bijak mencari idea berbentengkan batang pisang.


Siri Belajar Daripada Alam


Belajarlah daripada bangunan. Ia tidak terdiri daripada satu batu. Tetapi memerlukan beribu-ribu batu-bata, dan ia tidak akan kuat dan gak melainkan dengan bantuan pasir, simen, batu kerikil dan sebagainya. Mempunyai tiang sebagai asas dan sokongan, dan dilindungi dengan atap, barulah ia siap dibina.

Alangkah damainya dunia jika organisasi manusia begini. Mereka yang di atas sedar dan ingat pada yang di bawah. Si miskin terus meniti hidup dengan si kaya tanpa dipisahkan dengan taraf kumpulan sosial.

Satu-satunya beza kita adalah TAQWA

Wednesday, June 15, 2011

Siri Belajar Daripada Alam


Belajarlah dari helang. Tatkala dikatakan “Jangan terbang tinggi, kalau jatuh parah.” Lalu helang menjawab, “kalau kita tidak cuba terbang tinggi, sampai bila pun kita takut untuk mencuba. Lagipun kita tetap mendapat nikmat berusaha…”




Saturday, June 4, 2011

Siri Belajar Daripada Alam


Belajarlah dengan Ular. Tatkala ditanya, "Bagaimana engkau hidup dan makan sedangkan dalam mulutmu dipenuhi racun berbisa?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya Allah yang memberi rezeki dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu."


Template by:
Free Blog Templates