Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Friday, May 27, 2016
Friday, September 7, 2012
Indahnya Hidup Ini
Sebuah kereta kebal dibuat untuk berada di tengah medan perang dan bukan hanya bergerak bangga melintasi perbarisan dan pameran
Jemari itu gunanya untuk tasbih dan amal bukannya diletakkan perhiasan yang mengganggu mata yang lena
Demikian juga manusia diciptakan untuk berjuang dan terus hidup, bukannya menunggu nafas ini terhenti
Ia tidak lari dari merentasi rintangan dan onak duri kerana kesakitan itu akan membuatkan manusia sedar jiwa mereka masih hidup
Teruskan melangkah dan selamat menikmati perjalanan hingga sampai ke tujuan.
Apabila kita tersalah atau tersadung, itu adalah ijazah yang diperoleh sebagai tanda berjaya mengharungi satu ujian
Jangan takut kesalahan, tetapi jangan ulangi kesalahan yang sama. Ada kebaikan dalam kesalahan dan jangan sesalinya kecuali hati manusia itu telah mati
Langit yang gelap itu tidak semestinya mendung, dan mendung itu tidak semestinya hujan.
Dan ingatlah hujan itu tidak semestinya menghalang dan sukar sebaliknya rezeki dari Ilahi yang gagal dibaca oleh hati manusia yang tertidur
Dan andai engkau ditimpa hujan itu ketahuilah ia hanya air yang membasahi dan bukannya api yang membakar
Dan andai engkau ditimpa hujan itu ketahuilah ia hanya air yang membasahi dan bukannya api yang membakar
Teruskan melangkah dan berpaling ke belakang untuk memastikan anda terus melangkah
Genggam KEYAKINAN dalam HATI, jangan pernah dilepaskan genggaman itu
Ketahuilah indahnya hidup ini bukanlah dengan banyaknya kesenangan
Tetapi ingatlah hidup ini akan indah jika kita banyak melafazkan Syukur
Labels:
Tazkirah
Wednesday, August 15, 2012
Barat VS Islam
Dewasa ini, minda anak muda dan tua banyak terpengaruh oleh Barat yang menyesatkan. Penulis tidak menafikan Barat juga mempunyai Islam dan Islam ini diamalkan dengan sempurna dan menyeluruh.
Namun, budaya non-muslim barat masih ditiru dan dijadikan panduan dalam kebanyakan perkara. Pakaian, makanan, pergaulan dan hubungan kekasih ala Barat telah memasuki minda remaja Islam di Malaysia.
Tahukah mereka dan anda, bahawa negara Barat berada lebih rendah kedudukannya dari negara kita dari sudut-sudut ini? Adakah kita sedar, negara-negara ini mempunyai krisis jati diri dan moral yang sangat teruk?
Jika kita tahu, adakah kita masih akan mengikut negara-negara ini? Dalam ilmu logik, jika kita mahu jadi baik, kita mesti ikut orang yang baik. Atau jika kita mahu menuju ke Kedah contohnya, kita perlu mengikut papan tanda ke negeri itu.
Mana mungkin kita hendak jadi baik namun kita mengikut jejak orang yang jahat atau buruk. Negara Barat yang lebih rendah moralnya tidak boleh dijadikan contoh kerana mereka lebih rendah. Masalah sosial di sana amat menakutkan namun kita masih mengikut mereka, adakah kita tidak melihat ini adalah situasi yang bertentangan dengan akal?
Justeru, panduan terbaik ada di depan mata. Orang yang baik ada di sekeliling kita. Sifat-sifat baik masih ada dan kita hanya mampu lihat dan ikut contoh yang mereka berikan. Budaya dan adab yang baik masih ada terutama di masjid, madrasah dan lain-lain, carilah diri anda di sana agar anda temui petunjuk yang membuka jalan ke Syurga.
[]:-)=
Labels:
Tazkirah
Saturday, August 11, 2012
Universiti Ramadhan
Ramadhan
bukan sahaja tentang menambahkan amal ibadah tetapi juga memperbaiki
kesilapan sebelum ini. Kejayaan Ramadhan hanya dapat dilihat dengan
perubahan ke arah kebaikan yang berjaya dilakukan hasil didikan pada
bulan barakah ini.
[Al-Baqarah] ayat 183.
“ َيَا
أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ
عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas umat-umat sebelum kamu, agar kamu bertakwa."
Universiti Ramadhan
Dalam Universiti ini, kita boleh membuat satu kajian tentang Ramadhan sebagaimana dalam ayat yang disebutkan di atas. Ia merangkumi tujuan, tema, method atau kaedah dan dapatan. Satu Tesis tentang Ramadhan mampu dihasilkan jika benar-benar dibuat sedemikian. Atas dasar inilah Ramadhan dikatakan adalah universiti yang akan melahirkan pelajar cemerlang dari sudut iman dan amalnya bagi mereka yang mengikuti kaedah yang benar dan ikhlas.
Tajuk : Puasa
Metodologi : 'Sebagaimana umat terdahulu'.
Dapatan : Taqwa
Selamat beramal...[]:-)=
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat-umat sebelum kamu, agar kamu bertakwa."
Universiti Ramadhan
Tajuk : Puasa
Metodologi : 'Sebagaimana umat terdahulu'.
Dapatan : Taqwa
Selamat beramal...[]:-)=
Labels:
Tazkirah
Thursday, February 9, 2012
Kerana air yang menitis

Pagi ini suasana suram kerana ketiadaan air di rumah. Hanya titisan-titisan air kecil sahaja yang keluar dari mulut paip dapur. Sukar untuk memasak dan membasuh pinggan. Hari Jumaat pula kaum ibu agak tergesa-gesa kerana menyediakan hidangan untuk suami dan anak-anak sebelum atau selepas Solat Jumaat.
Air masih menitik perlahan di pili. Ibu menyuruhku menadah menggunakan botol 1.5 liter. Aku menurut perintah. Dalam hati terdetik adakah mungkin beberapa botol kosong ini dapat dipenuhi hanya dengan titisan air yang bakal terhenti bila-bila masa.
Saat berganti saat dan titisan demi titisan, botol 1.5 ml yang pertama penuh. Ajaibnya hanya dengan titisan air sahaja botol itu mampu diisi penuh.
Botol kedua pula diganti dan hampir sejam berlalu botol ini juga diisi penuh. Botol yang ketiga pula diletakkan dan setelah hampir penuh, titisan ini berhenti.
Benarlah kata orang, air yang menitis boleh menghakis batu yang kuat kerana titisan yang lembut itu jika berulang-kali ia mampu mengalahkan kekuatan batu.
Air yang menitis juga, walaupun amat sedikit, tetapi jika menitis dengan berterusan mampu memenuhkan botol atau baldi. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain. Sehari sepotong ayat, lama-lama jadi buku.
Selamat belajar daripada alam.
[]:-)=
Labels:
Tazkirah
Thursday, January 26, 2012
Shahrul & Aisyah
Shah Rukh Khan
Aman Shah
Shahrul
Aisyah
Kebanyakan pemilik nama ini akan dipanggil 'Shah' sahaja oleh orang sekeliling. Namun tahukah anda apakah makna Shah?
Nama panggilan di kalangan masyarakat Islam masa kini kadangkala disalah tafsir sebagai nama singkatan atau yang paling mudah disebut. Namun, terjadi juga nama singkatan itu adalah salah dan membawa maksud yang menyimpang.
Maaf dinyatakan di sini, Shah bermaksud kambing dalam bahasa Arab. Sama seperti panggilan 'Man' atau 'mas' yang juga membawa maksud kurang baik. Mungkin jika dikira maknanya dalam bahasa lain ia memberi makna yang baik, namun aspek bahasa arab perlu diambil kita memandangkan bahasa ini adalah bahasa ibadah.
Justeru, hati-hati dalam memanggil nama rakan. Khuatir sekiranya kita memanggil rakan kita dengan panggilan yang kurang baik.
Labels:
Tazkirah
Wednesday, January 18, 2012
Niat : Target dan Sasaran
Niat adalah teras dalam sesuatu perbuatan atau perkara yang kita lakukan. Dengan niat yang murni insyaAllah apa yang kita lakukan akan diterima sebagai ibadat di sisi Allah. Namun, jika kita tidak berniat atau tersalah niat, dikhuatiri pekerjaan yang dilakukan tidak mendatangkan pahala.
Niat dalam solat umpama teras. Jika tiada niat, solat kita tidak akan diterima meskipun kita solat dengan khusyuk dan membaca surah yang panjang. Begitu juga dengan ibadah puasa. Jika kita tidak berniat, puasa sepanjang hari itu hanya akan mendapat lapar dan dahaga.
Begitulah diumpamakan niat dalam menuntut ilmu. Ilmu adalah cahaya, dan cahaya akan bersinar. Namun, jika menuntut ilmu ini tidak berbekal dengan niat yang benar, nescaya cahaya ini akan malap dan terpadam.
Ia diumpamakan seperti seorang pemanah. Jika pemanah ini mahu memanah, perkara pertama yang perlu ada dalam mindanya sebelum mempunyai alat memanah adalah target. Tanpa target, pemanah ini akan terhenti untuk menarik busur kerana tiada arah tuju. Target inilah diumpamakan seperti niat.
Justeru, niat yang benar adalah penting dalam menentukan haluan sesuatu pekerjaan. Haluan yang bermatlamat inilah yang mampu diteruskan bagi menjayakan pekerjaan yang dirancang, hanya dengan niat yang benar.
Sekian, selamat beramal. []:-)=
Labels:
Tazkirah
Tuesday, December 13, 2011
Kenderaan ke Syurga
Kita mengejar kebahagiaan di Sana tetapi kita tidak mengikut jalan itu, dunia ini hanya kenderaan ke destinasi yang Hakiki tetapi kenderaan ini kita hiasi dengan begitu mewah sehingga melalaikan kita..
Labels:
Tazkirah
Bersungguh dalam berusaha

Mulakan usaha hari ini dengan mengingati satu perkara asas yang penting :
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang apabila dia melakukan sesuatu, dilakukannya dengan bersungguh-sungguh.
p/s : Selamat berjaya kepada rakan2 utk temuduga J-Qaf
Labels:
Tazkirah
Friday, August 19, 2011
Rakyat Selamat Di Hadapan Allah
Beberapa siri ceramah yang diadakan di Masjid Tengku Ahmad Jerantut menarik perhatian penulis. Antaranya salah satu kata-kata selingan dari Tuan Penceramah yang mengharapkan pemimpin masa ini mempunyai satu azam yang luar biasa tingginya.
Pernah berapa kali pemimpin kita mengucapkan ucapan ini :
"Aku harap agar rakyatku selamat di hadapan Allah nanti."
Hampir tiada kita mendengar ucapan ini. Yang diutarakan setiap hari adalah bagaimana kita memperoleh kesenangan hidup di dunia dengan beita-berita yang mengasyikkan.
Televisyen pula memaparkan berita-berita yang ingin didengari oleh pemimpin dan rakyat bukannya berita yang perlu mereka dengar.
Nilai mata wang yang boleh dilupus bila-bila masa sahaja, atau berita tentang Palestin yang ditawan dengan cara yang sama seakan-akan Jerantut atau bandar-bandar di Malaysia masa kini tidak pernah keluar di kaca TV.
Yang dipaparkan hanyalah ekonomi kita yang pulih dan berkembang dan barang terus naik. 2 perkara yang berlawanan namun rakyat terus percaya.
Justeru, pemimpin tidak kita masyarakat atau negara dab tempatan perlu berazam agar rakyat dan pimpinan mereka selamat di hadapan Allah kelak.

Hikmah DI Lampu Isyarat
Penulis semalam berjalan di sekitar bandar Jerantut untuk mencari baju raya. Beberapa kali terhenti di lampu isyarat mengingatkan penulis tentang siri ceramah semasa di UPM yang melibatkan lampu isyarat.
Pernah sekali seorang ustaz memberi gambaran tentang kelebihan Surah Al-Ikhlas sekiranya dibaca tiga kali menyamai kelebihan seolah-olah membaca seluruh al-Quran. Justeru contoh yang diberikan beliau adalah jika dalam perjalanan dan terhenti di lampu isyarat, daripada membuang masa menunggu eloklah membaca surah ini.
3 bacaan surah ini amat ringkas dan sempat sewaktu menunggu lampu bertukar hijau untuk meneruskan perjalanan. Jadi, dalam satu perjalanan sahaja kita sebenarnya sempat beberapa kali beroleh pahala seakan-akan khatam bacaan Al-Quran beberapa kali.
Justeru, amalkan surah ini atau membaca sebarang surah atau zikir semasa di lampu isyarat agar masa yang terbuang itu diganti dengan nilai yang sangat tinggi di Akhirat kelak.
Selamat beramal di Lampu Isyarat. :-) =

Tuesday, August 16, 2011
سكوت المروءة
Dalam Islam ada satu istilah seperti tajuk di atas (Sukutul Muruah) iaitu perkara yang menjatuhkan maruah atau menggugurkan maruah. Antaranya beberapa perbuatan yang dilakukan pada masa ini yang dianggap biasa pada kebanyakan orang Islam namun ia menjatuhkan maruah kita.
Antaranya adalah mencium isteri di khalayak ramai, sama ada sudah lama tidak bertemu atau selepas majlis perkahwinan untuk membatalkan air sembahyang. Cukup sekadar berpimpin tangan sahaja untuk mematuhi adab-adab di hadapan orang ramai. Hatta di depan anak sendiri juga tidak dibenarkan.
Dan bagi perkahwinan, cukup sekadar suami hulur tangan dan isteri menyambut dan mencium tangan suami. Jangan mengikut artis-artis Malaysia kerana mereka juga meniru dari budaya barat.
Amalkan membaca dan menghayati Al-Quran dan Hadith maka hidup kita akan mengikuti dua mukjizat ini. Jika sering membaca majalah hiburan atau televisyen yang lalai, maka hidup kita akan jadi lalai.
Biarlah kita menjadi idola kepada masyarakat yang lalai ini. InsyaAllah hidayah ada menanti dan mereka tergerak untuk mengikut kita.
Selamat mengubahnya...
Labels:
Tazkirah
Malam Keampunan dan Kecurian
2 malam berturut-turut kejadian pecah kereta di Masjid Jerantut pada malam pertengahan Ramadhan yang dijanjikan Keampunan (Ausatuhu maghfirah)
Tidak dapat dipastikan siapa yang mencuri sama ada Islam mahupun agama lain namun ia amat membimbangkan terutama bagi mereka yang di atas pagar (Nak pergi masjid ke tak)
Namun, sekiranya pencuri itu adalah Muslim, amatlah rugi dengan keberkatan Ramadhan dan segala kelebihan di dalamnya tidak mampu mengubah diri daripada melakukan kejahatan apatah lagi sesama manusia yang mahu mengerjakan ibadah di rumah Allah.
Mungkin juga masjid ini sudah memerlukan kamera litar tertutup untuk menjadi mata-mata. Manusia kini sudah lari dari agamanya seperti mana kalam Rasulullah S.A.W. bila mana seseorang itu beriman dia tidak akan mencuri.
Sama-samalah berdoa agar kita mempunyai niat iklas hadir ke masjid bertujuan beribadah. Jika tidur dalam masjid itu juga dengan niat iktikaf sudah pahala. Namun, jika kita membuat kemungkaran di Rumah Allah ini atau di persekitarannya, ingatlah kita sedang diperhatikan.
Selamat Beribadah.
Labels:
Tazkirah
Thursday, August 11, 2011
Jamuan Ramadhan
Ramai yang gemar membuat jamuan dan rumah terbuka semasa syawal. Hari Raya ke-10 masih ada rumah terbuka yang entah bila memberi kita ruang untuk berpuasa enam yang nilainya sama seperti berpuasa selama setahun.
Namun sedarkah kita bahawa rumah terbuka dan jamuan sebaiknya dilakukan semasa Ramadhan. Ganjaran pahala sedekah dan memberi makanan yang enak kepada tetamu dan tetamu turut membawa rahmat ke dalam rumah itu dipandang sepi.
Masyarakat hanya tertumpu kepada terawih dan berbuka dengan banyak tanpa mengambil kira semua amalan adalah berganda 70. Jadi, sedekah, memberi makan, menjemput tetamu, dan lain-lain juga akan berganda.
Justeru, pilih hari yang lapang dan jemputlah rakan dan jiran untuk berbuka di rumah anda. Jika tidak mampu, belikan mereka juadah berbuka atau berkongsi juadah agar kita mendapat pahala yang banyak berbanding jika dilakukan di bulan Syawal.
p/s : 70 lebih baik dari 1. jd, jangan beri ALASAN. Hanya orang yang kedekut sahaja yang tidak memberi dan mengharapkan pemberian. Jika ingin memiliki, maka kita perlu memberi.
(Gambar sekadar hiasan)
[]:-) =

Wednesday, August 10, 2011
Rakan Masjid
Apabila masjid dipenuhi dan jemaah semakin ramai, barulah ternyata kelemahan Umat masa kini. Data ini seakan-akan terbalik dengan apa yang sering disebutkan iaitu masjid dipenuhi tanda umat kuat.
Penulis sebenarnya bermaksud, apabila masjid didatangi dengan orang yang kurang ilmu agamanya termasuk diri ini, maka banyak kesilapan yang berlaku.
Saf yang tidak rapat, anak-anak kecil yang bising di belakang dan jemaah solat di hadapan, masih berbual walaupun imam mengangkat takbir, saf kosong yang tidak di isi dan beberapa perkara lain yang boleh diperbaiki.
Nyata, kita masih perlukan bimbingan ustaz dan para alim ulamak untuk membimbing kita keluar dari masalah ini. Hari demi hari dan Ramadhan tiba di pertengahan, masjid yang dulunya penuh pada hari pertama juga telah tiba di pertengahan. (Jemaah tinggal separuh)
Maka, dengan sedikit ilmu tentang solat yang kita miliki perlu ditambahkan dengan menghadiri kelas-kelas agama, kuliah maghrib dan mendalaminya pada bila-bila masa. Ia nampak seperti perkara-perkara remeh dalam solat jemaah tetapi jemaah inilah yang menunjukkan kekuatan sebenar ummah bukan sekadar masjid yang penuh tetapi penuh kesilapan.
p/s : Ramadhan bukan sekadar menambah amal dan memenuhi masjid tetapi tentang memperbaiki kesilapan []:-) =

Tuesday, August 9, 2011
Miskin & Kaya
Apabila diuji dengan kemiskinan maka bersabarlah
Apabila diuji dengan kekayaan maka bersyukurlah
Kerana ujian, kekayaan dan kemiskinan itu datangnya dari Allah
Maka Syukur dan Sabar akan menjadi milik kita.
Apabila diuji dengan kekayaan maka bersyukurlah
Kerana ujian, kekayaan dan kemiskinan itu datangnya dari Allah
Maka Syukur dan Sabar akan menjadi milik kita.
Labels:
Tazkirah
Friday, August 5, 2011
Test Pengetahuan Hadarah Islam

Kebanyakan umat masa kini memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi tentang dunia hiburan serta industri yang berkaitan. Bahkan kita mengenal artis-artis lebih rapat daripada pejuang-pejuang Islam itu sendiri.
Bermula dari tempat lahir Siti Nurhaliza, nama kampung Mawi, nama-nama pemenang akademi fantasia, segalanya memerlukan kita sebagai pengikut dan penyokong. Dan yang untung adalah penganjur dan syarikat-syarikat non muslim yang menjadi penaja.
Namun, sejauh mana pengetahuan kita tentang Islam itu sendiri. Sekiranya kita lebih kenal artis berbanding tokoh Islam ini bererti dunia dan akhirat sudah tidak seimbang. Beberapa soalan di bawah harus dijawab sekadar menguji.
1. Tempat asal Imam Syafie (Tidak perlu nyatakan daerah atau negeri. Sekadar negara). Jika tidak, bererti Mawi lebih hebat dari Imam ini dalam hidup kita.
2. Produk keluaran Imam Syafie atau Imam Maliki. (Jika produk Siti Nurhaliza tahu dan soalan ini sebaliknya, maka kita akan dapat dunia dan ilmu akhirat akan terus jauh dari kita.)
3. Ulama' Malaysia yang paling berjaya dengan kitabnya digunakan di merata surau dan masjid. (Jika pengetua AF dihafal, dan Ulama' ini dilupakan, maka umat Islam di Malaysia mencapai standart kehidupan yang GILA HIBURAN semata-mata.
Selamat mencari dan menjawab. :-)
Labels:
Tazkirah
Halal & Baik

Rata-rata umat Islam sudah memahami konsep makanan dan barangan halal yang dibuat dengan tidak ada keraguan pada barang-barang dan pembuatnya. Namun, sejauh manakah umat Islam sensitif terhadap 'Baik'?
sabun xxx yang dibuat oleh non muslim di Malaysia, bercop Halal, namun adakah menepati ciri yang kedua iaitu baik? Adakah ia lebih baik daripada produk keluaran syarikat Islam itu sendiri?
Tidak wajib kepada kita untuk menyemak bagaimana mereka membuat sesuatu produk, namun wajib untuk kita mengetahui apakah ciri-ciri produk yang baik dan halal. Dan sekiranya was-was atau syubhah, maka eloklah ditinggalkan sahaja kerana ia umpama berada sebelah kaki ke Neraka sekiranya kita menggunakannya.
Zaman langit terbuka mendedahkan satu lagi kepincangan dalam jabatan agama. Mereka memberikan cop halal tanpa pemeriksaan teliti. Dari kopitiam, sehinggalah ke pusat penyembelihan, mereka hanya komited pada hari pemeriksaan sahaja. Buktinya beberapa bahan terlarang ditemui di dalam produk tersebut.
Zaman teknologi juga membolehkan pengusaha-pengusaha ini membuat logo halal yang tersendiri. Ia menggelapkan mata umat yang sememangnya hanya mahu membeli yang termurah dan termudah tanpa mengambil kita faktor Halal dan Baik.
Maka, pilihlah produk yang halal dan baik. halal pada pembuatan dan bahan-bahan serta baik pada pengguna dan umat. Belilah daripada muslim kerana lebih terjamin. Secara automatik, muslim juga membayar zakat dari kentungan perniagaan mereka.
Selamat Berubah :-)
Labels:
Tazkirah
Kesabaranku

Beberapa perkara yang penulis temui di internet, televisyen serta pemerhatian umum benar-benar menguji kesabaran. Sebahagian umat Islam kadang-kadang lupa bahawa kita sebenarnya diperhatian. Kelalaian ini berpunca dari banyak sebab.
Kita terleka dengan kemewahan dunia yang teramat sedikit. Hatta puasa dan Ramadhan sekalipun kita tidak mampu melepaskan dunia yang sedikit ini.
Bajet beratus-ratus masih lagi tidak mampu menampung bubur lambuk percuma masjid. Adakah harga bubur lambuk sudah makin melonjak? Ayam 6 ketul namun sos hanya 1? Peniaga nampaknya benar-benar cekik darah. Anehnya, mereka mendapat sambutan seakan-akan pengguna reda dengan perkara ini.
Projek pembangunan atas nama kita dan dijual dengan harga tinggi dan kini dimiliki oleh 'bukan kita'. 20 tahun akan datang di mana kita nak tinggal? Siapa yang menjahanamkan kita? 'Kita' sendiri.
Yang benar : Semuanya kerana ingin mengecap kemewahan dunia yang seketika. Dunia oh dunia...Engkau adalah nikmat. Engkau jugalah dugaan...
Labels:
Tazkirah
Monday, August 1, 2011
Perkongsian Muslim Cemerlang

Perkongsian Muslim Cemerlang : Sesiapa yang tidak sempat berterawih kerana bekerja atau kepenatan atau terlebih makan, jangan risau dan jangan lupa bahawa ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang malam secara sendirian. :-)
Labels:
Tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)