Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Wednesday, August 10, 2011

Rakan Masjid


Apabila masjid dipenuhi dan jemaah semakin ramai, barulah ternyata kelemahan Umat masa kini. Data ini seakan-akan terbalik dengan apa yang sering disebutkan iaitu masjid dipenuhi tanda umat kuat.

Penulis sebenarnya bermaksud, apabila masjid didatangi dengan orang yang kurang ilmu agamanya termasuk diri ini, maka banyak kesilapan yang berlaku.


Saf yang tidak rapat, anak-anak kecil yang bising di belakang dan jemaah solat di hadapan, masih berbual walaupun imam mengangkat takbir, saf kosong yang tidak di isi dan beberapa perkara lain yang boleh diperbaiki.

Nyata, kita masih perlukan bimbingan ustaz dan para alim ulamak untuk membimbing kita keluar dari masalah ini. Hari demi hari dan Ramadhan tiba di pertengahan, masjid yang dulunya penuh pada hari pertama juga telah tiba di pertengahan. (Jemaah tinggal separuh)

Maka, dengan sedikit ilmu tentang solat yang kita miliki perlu ditambahkan dengan menghadiri kelas-kelas agama, kuliah maghrib dan mendalaminya pada bila-bila masa. Ia nampak seperti perkara-perkara remeh dalam solat jemaah tetapi jemaah inilah yang menunjukkan kekuatan sebenar ummah bukan sekadar masjid yang penuh tetapi penuh kesilapan.

p/s : Ramadhan bukan sekadar menambah amal dan memenuhi masjid tetapi tentang memperbaiki kesilapan []:-) =




0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates