Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Friday, August 12, 2011

Skrip Penjajahan (Bahagian 2)



* * * * * * *

Bom! Bangunan Trapezium bergegar lagi. Kali ini sasarannya bukanlah tentera pejuang Gamma yang berada di dalamnya sebaliknya stor penyimpan makanan. Pihak Gamma bergegas memadamkan kebakaran namun nyata segalanya sudah terlewat. Api telah menjilat hampir keseluruhan objek yang ada di dalam stor itu. Ternyata pihak musuh sengaja mengebom tempat simpanan makanan tentera dan Presiden Gamma bagi melemahkan semangat mereka.


“Tuan Komander, kita tiada pilihan lagi. Stok makanan yang tinggal hanya cukup untuk beberapa hari saja lagi. Jika ini berterusan kita akan mati kelaparan,” kata seorang pegawai yang melaporkan kejadian pengeboman itu kepada Komander Orrey.


“Jahanam Pihak KALA, dalam masa semalaman sahaja kita diserang dua kali. Malah bekalan makanan kita pula terbakar. Suruh pejuang-pejuang kita bersiap sedia dan nantikan arahan aku yang seterusnya. Aku ingin berjumpa dengan Tuan Presiden sekarang!” arah Komander Orrey kepada anak buahnya.


Setelah Komander Orrey berada di hadapan bilik Tuan Presiden Zeto, keluar soorang doktor peribadi dari bilik Tuan Presiden. “Komander, Tuan Presiden kita berada dalam keadaan yang tidak selamat. Selain menjadi buruan peluru dan bom musuh, tahap kesihatannya turut menurun,” kata Doktor Haras.


“Apa yang mampu aku lakukan. Harapan terakhir kita ialah dari serangan balas tentera Gamma yang harapnya boleh menghapuskan musuh atau setidak-tidaknya menghalau mereka keluar,” terang Komander.


“Kau pergilah berjumpa dengannya. Kita semakin kekurangan ubat. Jika keadaan terus begini, padahnya bukan menimpa Tuan Presiden sahaja, kita semua pun akan turut terkorban,” balas Doktor Haras.


Komander Orrey memasuki bilik Presiden yang terletak di bawah tanah bangunan Trapezium atas dasar keselamatan. Namun ia bukanlah sebuah bilik mewah yang penuh dengan perhiasan sebagai lambang keagungan seorang ketua negara sebaliknya hanyalah satu tempat yang kosong dan hanya menanti masa untuk menyembah bumi. Presiden Zeto masih terbaring namun dalam keadaan sedar beliau sempat melemparkan senyuman kepada Komander Orrey.


“Tuan, stor bekalan makanan kita sudah dibom. Bekalan yang tinggal hanya cukup untuk seminggu sahaja. Semalam dua bangunan utama pentadbiran juga telah terkena bedilan bom musuh malah seorang kanak-kanak kecil telah ditembak mati tanpa belas kasihan. Kita tiada pilihan lain melainkan menyerang balas. Menang atau kalah itu nombor dua, yang penting kita mesti bertindak sekarang!” tegas Komander Orrey.


“Sabar Komander. Bukankah aku sudah kata tindakan itu sia-sia sahaja. Selepas ramai rakyat kita terkorban, penduduk dunia akan bangkit dan mendesak Pihak KALA agar keluar dari negara kita,” tingkah Presiden Zeto.


“Tapi Tuan, benarkanlah pihak tentera kita memerangi musuh. Sia-sia sahajalah aku belajar ketenteraan dan strategi selama ini jika tidak digunakan ada masa yang amat diperlukan,” desak Komander Orrey.


“kau patut tahu mengapa aku tidak membenarkan kau membuat serangan ke atas tentera musuh. Kekuatan yang mereka ada boleh menghapuskan seluruh tentera pejuang dan rakyat kita bila-bila masa sahaja. Aku selama ini secara diam-diam telah membuat perjumpaan secara rahsia dengan ketua pihak KALA. Mereka hanya mahu menangkap penjenayah antarabangsa. Setelah mereka memastikan ia tiada di bumi ini, mereka akan keluar,” ujar Presiden.


“Jadi, Tuan percaya dengan kata-kata mereka?” balas Komander Orrey. “Sudah pasti aku tidak percaya. Namun rundingan antara kami hanya untuk melengahkan masa sahaja sementara menunggu jabatan perisikan kita meminta bantuan luar. Serangan balas kau secara tidak langsung akan membangkitkan kemarahan mereka dan peperangan yang lebih besar lagi akan tercetus,”terang Presiden.


* * * * * * *

KO35 bergolak lagi. Tentera pihak KALA datang dan menyiksa rakyat yang ada di sana. Harta benda penduduk habis dirampas. Sesiapa yang melawan akan diberi hukuman yang kejam.


Rakyat hanya mampu berpeluk tubuh. Tidak mampu melawan. Sedang tentera pihak KALA berkumpul ramai-ramai dihujung penempatan KO35, datang seorang perempuan tua ke arah tentera tersebut. Tentera pihak KALA terkejut dan mendekati perempuan tua itu.


“hahaha, perempuan tua ini sungguh berani. Dia tak takut akan kematian yang berada di depan matanya,” kata salah seorang dari tentera itu. “Dia sudah gila agaknya,” kata seorang lagi dan disambut dengtan hilai tawa sepasukan tentera pihak KALA yang berada di situ.


Bang! Satu lagi letupan kuat yang kedengaran di kawasan pedalaman KO35. Penduduk terdiam seketika. Ketakutan. Adakah itu serangan jet pejuang tentera pihak KALA atau serangan pihak Gamma? Atau pun pasukan Artileri KALA telah tiba iaitu sepasukan tentera yang menggunakan senjata meriam yang amat kuat yang dikatakan akan tiba di negara ini bila-bila masa sahaja.


Namun tiada searang bunyi serangan mahupun jet pejuang yang kedengaran lagi. Sebahagian penduduk yang agak berani menyusun langkah perlahan-lahan menuju arah letupan tadi walaupun tahu risikonya amat tinggi. Di sana kelihatan cebisan-cebisan mayat yang bergelimpangan. Umumnya penduduk sudah dapat menduga apa yang telah terjadi.


Wanita tua itu telah memasang bom C4 pada badannya dan apabila tentera pihak KALA menghampirinya, dia segera meletupkan bom itu. Dengan kekuatan bom C4 yang sememangnya sering digunakan untuk meletupkan bangunan, maka tentera pihak KALA yang berada berdekatan dengannya pasti terkorban.

* * * * * * *


Bersambung da...




0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates