Malam ini aku adalah pejuang, sejak mereka (Israel)
memulakan serangan yang dahsyat.
Tiada bantuan sedangkan seluruh alam mengetahui perkhabaran
ini
Ini bukanlah lagu tangisan atau rintihan dan ratapan dalam
puisi.
Bahkan adalah kerinduan pada tentera Allah yang hadir
bersama pertolongan (Nya)
Tidak sesekali aku tinggalkan bumi di mana tempat bermula perjalananku
(hidupku).
Di sinilah cinta yang tidak tercapai oleh manusia, lebih
tinggi dari langit dan bulan.
Aku harus memenangi pertempuran ini, sebelum pertempuran ini
memadamkan masaku (menemukan ajalku)
Malah engkau tersenyum dan tertawa ketika berita ini
kedengaran tentang apa yang berlaku di mata manusia.
Engkau masih mendiamkan diri di rumah yang selesa dan engkau
menciptakan musuh dalam dirimu sendiri secara rahsia.
Aku kasihan akan engkau kerana tidak ada kerisauan tentang
saudara engkau di waktu malam dan pagi.
Jika engkau berada di belakang tirai (peperangan ini) engkau
akan lihat kami berlumuran darah dan air mata seperti hujan.
Wahai sahabatku inilah perjuangan kita, ingatlah bahawa kita
adalah muslimin dengan kekuatan dan kesabaran.
Mungkin kita dari dua dunia yang berbeza namun ketahuilah
bahawa agama kita adalah agama Yang Maha Perkasa.