Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Sunday, January 7, 2018

Belajar Bahasa Arab Melalui Gamifikasi

Assalamualaikum

Kami kumpulan Geng Bahasa Arab
Terdiri daripada:
Muhamad Fairuz Ali (Pensyarah KUIPSAS)
Nur Hasimah Abdullah (Pusat Tuisyen Minda Global, Kuantan)
Fasilitator Bahasa Arab KUIPSAS

Menawarkan program
Belajar Bahasa Arab Melalui Gamifikasi

Antara objektif utama:
Berkomunikasi dalam Bahasa Arab secara interaktif.
Pengalaman bermain permainan Bahasa
Memupuk rasa cinta kepada Bahasa ini.

Tarikh:
Akan ditentukan













Masa & tentatif:
8.30 : Pendaftaran
9.00 : Ceramah Motivasi
9.30 : LDK
10.00 : Permainan Dam Ular Gergasi + Kuiz
11.00 : Rehat/makan
11.30 : Klip Video
12.00 : Roda Impian Arab
1.30 : Penutup & Bersurai 

Harga: Boleh dirunding
Program ini bagi mencari dana Persatuan Pelajar Bahasa Arab

Hubungi:
Muhamad Fairuz Ali 013-3111002

Wednesday, October 4, 2017

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) RODA IMPIAN JAWI



APA ITU RODA IMPIAN JAWI



ü
üPERMAINAN RODA IMPIAN SEPERTI DI KACA TV, TETAPI  DALAM TULISAN JAWI.


üMERANGKUMI PELBAGAI KATA KUNCI SEPERTI KELUARGA, BANDAR, OBJEK, 

ANGGOTA BADAN, , HOBI,  TEMPAT DAN LAIN-LAIN.




üMENGGALAKKAN PELAJAR MENGEJA & MENEKA PERKATAAN DALAM TULISAN JAWI.

üDIHANTAR TERUS KE EMAIL ANDA.

üTERMASUK (RODA PUSINGAN & 9 SET





        SOALAN BESERTA GRAFIK/ANIMASI.


Monday, September 25, 2017

Apa Itu i-Learn Ace?

APA ITU I LEARN ACE SASBADI?


1. Ini bukan buku. Ini Portal Pembelajaran. Untuk Tahun 4 hingga Tingkatan 5
2. Boleh jawab soalan online atau offline. Maksudnya boleh belajar di mana2 pada bila2 masa
3. Dibuat oleh penerbit buku terkenal SASBADI
4. Boleh baca nota, buat soalan, lukis peta minda, rujuk kamus, release tension dgn gamification menghias rumah dan byk lagi
5. RM350 untuk langganan 12 bulan
6. Ada akaun pelajar(beli) dan ibu bapa (percuma)
7. Ada akaun khas iaitu akaun cikgu yg boleh pantau anak kalau kita nak ( cikgu kena beli)
8. Boleh guna handphone atau Tab atau iPAD atau komputer.
9. Dan banyak lagi fungsi hebat dan terkini sesuai dgn Skil Pembelajaran Alaf 21.


Keterangan lanjut :
Hubungi: 
013-3111002 
Muhamad Fairuz











Tuesday, February 14, 2017

Dam Ular Gergasi (Jawi & Bahasa Arab)

Alhamdulillah...

Baru-baru ini saya berjaya merekacipta dam ular gergasi sebesar 16 kaki. Design yang memakan masa selama berminggu-minggu ini berjaya dipraktikkan kepada student sendiri dalam aktiviti kuiz. Berjaya jawab soalan maka student atau peserta akan baling dadu (Dadu pun gergasi), serta melangkah sebanyak mana yang ditunjukkan dadu itu.

Berikut dipaparkan gambar sepanjang program:


Pelajar lelaki sedang mendahului 

Peserta mula melemparkan dadu.
Boleh cari bantal dadu (harga dalam Rm100) atau buat sendiri dari kotak.





Inilah gambarannya dam ular gergasi & dalam font jawi serta bahasa Arab. nombor bilangan kotak tak sampai 100 kerana saiz telah mencecah lebar 12 kaki.

Kepada sesiapa yg berminat boleh menghubungi saya (Whattsupp) 0 - 1 - 3 - 3 - 1 - 1 - 1 - 0 - 0 - 2 atau balas/komen di sini. Saiz 16 kaki x 12. Harga Rm500 Kos Cetak & Design serta termasuk pos.



...




Friday, May 27, 2016

Rindu Menanti Ramadhan


Tuesday, May 24, 2016

Rujukan dalam penulisan



Rujukan adalah amat penting dalam penulisan sesebuah artikel khususnya yang bersifat akademik. Rujukan ini biasanya akan ditulis pada bahagian akhir artikel agar pembaca dapat menyemak dan mengesahkan kebenaran artikel berkenaan. 

Adalah penting untuk diingatkan di sini bahawa rujukan juga sebenarnya berkait rapat dengan bidang kepakaran seseorang. Jika seseorang tokoh itu mahir dalam bidang tertentu, kita digalakkan untuk tidak merujuk kepada beliau dalam hal yang tidak berkaitan dengan kepakarannya walaupun beliau benar-benar berkata demikian.

Hal ini bagi memelihara kesahihan maklumat dan menguatkan lagi data agar penulisan kita menjadi lebih berilmiah. Tokoh itu juga tentu mahukan penulis tidak mengambil setiap kata-kata beliau tetapi spesifikkan dalam hal yang dipeloporinya sahaja.

Sebagai contoh, dalam perkara berkaitan agama atau syariah, penulis ada mengambil rujukan dari Prof Dr Muhaya atau Dato. Dr Mohd Fadzilah. Kedua-dua tokoh amat bernilai ini memang melibatkan diri dalam slot motivasi atau syahsiah peribadi manusia. Namun, dalam hal yang berkaitan agama dan syariah, adalah lebih 'manis' jika kita merujuk kepada pakar-pakar agama seperti Dr. Ust Zaharudin, Dr Ust Mohd Sukki Othman dan lain-lain lagi yang 'takhassus' dalam bidang agama.

Penulis tidak mengatakan Prof Dr Muhaya atau Dato. Dr Mohd Fadzilah tidak pakar dalam agama, cuma pendekatan yang ingin dicadangkan di sini, ada lagi tokoh lain yang lebih khusus dan lama dalam bidang tertentu.

Begitu juga dengan penyair yang mendendangkan puisi seperti bunga yang indah berseri, mekar harum kuntumnya ..... sehingga ke akhirnya. Bidang ini adalah sastera yang mana jika penulis sesebuah artikel ingin menghuraikan sifat dan bentuk bunga, penulis itu perlu mengambil pandangan dan rujukan dari ahli botani dan bukannya penyair walaupun huraiannya adalah sama.  

Justeru, sebagai peringatan bersama rujukan dan tokoh yang dirujuk perlu seiring dengan bidang masing-masing agar menambah garam dan gula dalam hidangan penulisan kita.

Selamat mencuba []:-)=


Tuesday, May 17, 2016

KUIPSAS : Kemasukan Pelajar Baharu



Tirai 13 Jun 2016 kembali ditunggu...

Kehadiran pelajar baharu ke kolej universiti ini amat dinanti-nantikan. Apatah lagi ini adalah kali pertama pendaftaran pelajar baharu semenjak Kolej ini dinaiktaraf menjadi kolej universiti.

Semoga bilangan bakal para daie bertambah dan terus maju untuk menjadi perantis dalam menyebarkan kalimat Allah di bumi Pahang khususnya ini.







Jabatan Bahasa Arab KUIPSAS



Sertai kami di Jabatan Bahasa Arab

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Km8 Jalan Gambang 25150 Kuantan Pahang

keterangan lanjut : www.kuipsas.edu.my




Friday, May 8, 2015

Artikel dan Tesis

lama sunggu menyepi dan membiarkan laman sesawang ini bersawang dan tidak dikemaskinikan. Sibuk menyiapkan tesis dan insyaAllah tesis berkaitan Diwan as-Syafie ini akan diubah menjadi buku "Madah Pujangga Imam as-Syafie".

Sesiapa juga boleh menulis. Bahkan salah satu artikel saya di iluvislam bertajuk 'Mamalik: Dari Hamba menjadi Raja" adalah berasal dari asigment semasa subjek Tamadun Islam Zaman Abbasiyah.

Bezanya adalah seperti berikut:

Artikel :
Tajuk menarik dan ringkas
Penulisan untuk mudah difahami

Tesis/asgment:
Tajuk skema/ ikut pensyarah
penulisan skema sbb nak markah.

Jika anda ada asgment dalam laptop, tukarkan beberapa ayat yang mudah, dan hantar ke penerbit untuk mencuba. Kalau gagal terbit, kita tetap dapat nikmat iaitu nikmat berusaha smile emoticon


Saturday, February 28, 2015

Tips menulis : Rangka Idea



Dalam merangka sebuah penulisan, kita sebenarnya perlu menjawab beberapa soalan. Antaranya adalah seperti Apa?, Apa buktinya?, Apa perdebatannya? apa kesimpulannya?

Sebagai contoh:

Apa?

Ahmad seorang yang pendiam.
(Kemukakan satu fakta)

Apa buktinya?

dalam sehari, hanya beberapa patah ayat sahaja yang keluar dari mulutnya. rakan-rakannya juga mengatakan Ahmad seorang pendiam.
(Kemukakan dalil)

Apa pendebatannya?

Namun, semasa berada di pentas, Ahmad seringkali memberikan ucapan serta menjadi pengacara majlis. sewaktu di kelas juga, dia sering bertanya kepada guru walaupun tiga patah perkataan sahaja berbanding rakannya yang diam depan guru tetapi rancak berbual apabila selesai kuliah.

Apa kesimpulannya?

Ini bermakna Ahmad boleh dikategorikan sebagai seorang yang pendiam, namun dalam beberapa keadaan, dia boleh bertindak sebagai perencah dalam menghidupkan suasana kelas atau majlis.

Selesai menjawab semua soalan, dan terciptalah satu karangan yang bernas. (kot)

 smile emoticon




Thursday, February 5, 2015

Simkad Baharu Plan XOX : Daftar percuma. terhad kepada 100 orang sahaja yang terawal!

Nikmati Simkad Baharu Plan XOX : Daftar percuma. terhad kepada 100 orang sahaja yang terawal! 

Hubungi : 013-3111002 








Saturday, January 24, 2015

Tulis apa yang memberi manfaat


Salah satu etika penulisan adalah dengan menulis apa yang memberi manfaat kepada pembaca dan bukannya menulis apa yang kita tahu. Kedua-dua perkara ini nampak sama namun ia mempunyai perbezaan yang ketara.

Contoh penulisan yang diambil dari akhbar dan penulisan lain:

Memberi manfaat kepada pembaca :

1. Penyanyi perempuan (Nama dirahsiakan) akan melangsungkan perkahwinan dengan artis lelaki.

2. Kapal terbang MH370 kemungkinan berada di Diego Garcia berdasarkan bukti ia pernah melintasi ruang angkasa Thailand dan Sri Lanka.


Contoh penulisan dengan apa yang kita tahu:

1. Bekas tunang A akan berkahwin dengan artis B.

2. Kapal terbang MH370 kemungkinan berada di Diego Garcia berdasarkan bukti ia pernah melintasi ruang angkasa Thailand dan Sri Lanka serta mimpi dari salah seorang ustaz yang balik dari Umrah.

>>>> >>>>> >>>>

Contoh 1(atas) adalah tentang artis yang berkahwin dan semua tahu ia adalah bekas tunang artis A. Namun adakah perlu kita menyebut dia adakah bekas tunang? Sudah tentu tidak kerana akan menyakiti hati bakal suaminya iaitu artis B.

Begitu juga dengan contoh 2, sebab kemungkinan dinyatakan, namun adakah perlu kita nyatakan pendapat dari mimpi? mengapa kita menceritakan mimpi kepada orang lain yang kita tahu ia adalah mainan tidur?

Justeru, tulislah apa yang memberi manfaat dan bukan sekadar kita tahu. 

smile emoticon

Monday, December 22, 2014

Artikel Terbaru dalam Majalah Ta'lif


Alhamdulillah



Penulisan terbaru yang diterbitkan.. Dimuatkan dalam Majalah Ta'lif sempena Konvokesyen KIPSAS tahun ini. Artikel nampak sederhana dan biasa. Anda yang lain pun boleh menulis artikel sebegini. Anda hanya perlu bermula sekarang. Biar masa, pengalaman, rezeki dan takdir Tuhan yang menentukan hala tuju perjalanan anda 









Template by:
Free Blog Templates