Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Saturday, August 6, 2011

رمضان



أَيُّ شَهْر تَشَاءُ


اَلَّذِي يُشِيرُ النَّاسَ إِلَى الرَخَاءِ


يَأْخُذُهُمْ إِلَى السَّمَاءِ


يُغَيِّرُ صَيْفَهُم إِلَى الشِّتَاءِ



يَأْتِي عَلَى النَّاسِ بَعْدَ الشَّقَاءِ


يَسُرُّ اْلأُمَّةَ بِكُلِّ السَّرَّاءِ


أَصْبَحَ الْفُقَرَاءُ اْلأَغْنِيَاءِ


أَيُّ شَهْرُ الَّذِي تَشَاءُ



شَهْرُ رَمَضَانَ أُنْزِلَ فِيهِ أَجْزَاء

HPA : Bersungguh


Sesungguhnya Allah sangat menyukai seseorang yang dalam apa jua kerja dia dilakukannya, dibuat dengan bersungguh-sungguh. InyaAllah jika kita bersungguh-sungguh nescaya Allah akan memberi bantuan dan menjayakan pekerjaan kita itu.

Sekiranya tidak, yakinlah bahawa Allah akan memberi balasan dan kerja itu dikira sebagai ibadah di sisi Allah.


Selamat berjuang .. :)




Friday, August 5, 2011

Test Pengetahuan Hadarah Islam


Kebanyakan umat masa kini memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi tentang dunia hiburan serta industri yang berkaitan. Bahkan kita mengenal artis-artis lebih rapat daripada pejuang-pejuang Islam itu sendiri.

Bermula dari tempat lahir Siti Nurhaliza, nama kampung Mawi, nama-nama pemenang akademi fantasia, segalanya memerlukan kita sebagai pengikut dan penyokong. Dan yang untung adalah penganjur dan syarikat-syarikat non muslim yang menjadi penaja.

Namun, sejauh mana pengetahuan kita tentang Islam itu sendiri. Sekiranya kita lebih kenal artis berbanding tokoh Islam ini bererti dunia dan akhirat sudah tidak seimbang. Beberapa soalan di bawah harus dijawab sekadar menguji.

1. Tempat asal Imam Syafie (Tidak perlu nyatakan daerah atau negeri. Sekadar negara). Jika tidak, bererti Mawi lebih hebat dari Imam ini dalam hidup kita.

2. Produk keluaran Imam Syafie atau Imam Maliki. (Jika produk Siti Nurhaliza tahu dan soalan ini sebaliknya, maka kita akan dapat dunia dan ilmu akhirat akan terus jauh dari kita.)

3. Ulama' Malaysia yang paling berjaya dengan kitabnya digunakan di merata surau dan masjid. (Jika pengetua AF dihafal, dan Ulama' ini dilupakan, maka umat Islam di Malaysia mencapai standart kehidupan yang GILA HIBURAN semata-mata.


Selamat mencari dan menjawab. :-)





Halal & Baik




Rata-rata umat Islam sudah memahami konsep makanan dan barangan halal yang dibuat dengan tidak ada keraguan pada barang-barang dan pembuatnya. Namun, sejauh manakah umat Islam sensitif terhadap 'Baik'?

sabun xxx yang dibuat oleh non muslim di Malaysia, bercop Halal, namun adakah menepati ciri yang kedua iaitu baik? Adakah ia lebih baik daripada produk keluaran syarikat Islam itu sendiri?

Tidak wajib kepada kita untuk menyemak bagaimana mereka membuat sesuatu produk, namun wajib untuk kita mengetahui apakah ciri-ciri produk yang baik dan halal. Dan sekiranya was-was atau syubhah, maka eloklah ditinggalkan sahaja kerana ia umpama berada sebelah kaki ke Neraka sekiranya kita menggunakannya.

Zaman langit terbuka mendedahkan satu lagi kepincangan dalam jabatan agama. Mereka memberikan cop halal tanpa pemeriksaan teliti. Dari kopitiam, sehinggalah ke pusat penyembelihan, mereka hanya komited pada hari pemeriksaan sahaja. Buktinya beberapa bahan terlarang ditemui di dalam produk tersebut.

Zaman teknologi juga membolehkan pengusaha-pengusaha ini membuat logo halal yang tersendiri. Ia menggelapkan mata umat yang sememangnya hanya mahu membeli yang termurah dan termudah tanpa mengambil kita faktor Halal dan Baik.

Maka, pilihlah produk yang halal dan baik. halal pada pembuatan dan bahan-bahan serta baik pada pengguna dan umat. Belilah daripada muslim kerana lebih terjamin. Secara automatik, muslim juga membayar zakat dari kentungan perniagaan mereka.

Selamat Berubah :-)




Kesabaranku


Beberapa perkara yang penulis temui di internet, televisyen serta pemerhatian umum benar-benar menguji kesabaran. Sebahagian umat Islam kadang-kadang lupa bahawa kita sebenarnya diperhatian. Kelalaian ini berpunca dari banyak sebab.

Kita terleka dengan kemewahan dunia yang teramat sedikit. Hatta puasa dan Ramadhan sekalipun kita tidak mampu melepaskan dunia yang sedikit ini.

Bajet beratus-ratus masih lagi tidak mampu menampung bubur lambuk percuma masjid. Adakah harga bubur lambuk sudah makin melonjak? Ayam 6 ketul namun sos hanya 1? Peniaga nampaknya benar-benar cekik darah. Anehnya, mereka mendapat sambutan seakan-akan pengguna reda dengan perkara ini.

Projek pembangunan atas nama kita dan dijual dengan harga tinggi dan kini dimiliki oleh 'bukan kita'. 20 tahun akan datang di mana kita nak tinggal? Siapa yang menjahanamkan kita? 'Kita' sendiri.

Yang benar : Semuanya kerana ingin mengecap kemewahan dunia yang seketika. Dunia oh dunia...Engkau adalah nikmat. Engkau jugalah dugaan...





Wednesday, August 3, 2011

Motivasi Diri


Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan

Ungkapan yang paling sesuai kepada diri ini setelah melihat segala usaha yang dicurahkan segala ini terhenti di pertengahan jalan. Banyak perkara yang perlu diambil kira seperti kebolehan diri dan faktor asing yang bukan berada di bawah kekuasaan diri ini.

Adakala kita berusaha namun hasilnya kurang memuaskan. Lebih memilukan hati, hasilnya langsung tiada, umpama apa yang kita lakukan selama ini hanya sampah dan tidak berguna.

Namun, cekalkan hati dan fokus minda untuk menilai sejauh mana kekuatan diri dan berjuang dengan kekuatan itu. Adakalanya, orang yang berjaya bukanlah mereka yang kuat dan berdaya saing yang tinggi tetapi menyedari kelebihan dirinya walaupun sedikit tetapi istiqamah dengan kekuatan itu.

Begitu juga orang yang gagal. Mereka tidak semestinya melakukan kesalahan yang besar. Adakala mereka melakukan kesalahan yang kecil sahaja namun diulangi dan diulangi serta diulangi sehingga kesalahan kecil itu berulang dan menjadi besar.

Selamat brsaing dan berjuang kepada diri yang menulis dan membaca:-)



Monday, August 1, 2011

Perkongsian Muslim Cemerlang


Perkongsian Muslim Cemerlang : Sesiapa yang tidak sempat berterawih kerana bekerja atau kepenatan atau terlebih makan, jangan risau dan jangan lupa bahawa ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang malam secara sendirian. :-)


Template by:
Free Blog Templates