Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Tuesday, February 14, 2017

Dam Ular Gergasi (Jawi & Bahasa Arab)

Alhamdulillah...

Baru-baru ini saya berjaya merekacipta dam ular gergasi sebesar 16 kaki. Design yang memakan masa selama berminggu-minggu ini berjaya dipraktikkan kepada student sendiri dalam aktiviti kuiz. Berjaya jawab soalan maka student atau peserta akan baling dadu (Dadu pun gergasi), serta melangkah sebanyak mana yang ditunjukkan dadu itu.

Berikut dipaparkan gambar sepanjang program:


Pelajar lelaki sedang mendahului 

Peserta mula melemparkan dadu.
Boleh cari bantal dadu (harga dalam Rm100) atau buat sendiri dari kotak.





Inilah gambarannya dam ular gergasi & dalam font jawi serta bahasa Arab. nombor bilangan kotak tak sampai 100 kerana saiz telah mencecah lebar 12 kaki.

Kepada sesiapa yg berminat boleh menghubungi saya (Whattsupp) 0 - 1 - 3 - 3 - 1 - 1 - 1 - 0 - 0 - 2 atau balas/komen di sini. Saiz 16 kaki x 12. Harga Rm500 Kos Cetak & Design serta termasuk pos.



...




Friday, May 27, 2016

Rindu Menanti Ramadhan


Tuesday, May 24, 2016

Rujukan dalam penulisan



Rujukan adalah amat penting dalam penulisan sesebuah artikel khususnya yang bersifat akademik. Rujukan ini biasanya akan ditulis pada bahagian akhir artikel agar pembaca dapat menyemak dan mengesahkan kebenaran artikel berkenaan. 

Adalah penting untuk diingatkan di sini bahawa rujukan juga sebenarnya berkait rapat dengan bidang kepakaran seseorang. Jika seseorang tokoh itu mahir dalam bidang tertentu, kita digalakkan untuk tidak merujuk kepada beliau dalam hal yang tidak berkaitan dengan kepakarannya walaupun beliau benar-benar berkata demikian.

Hal ini bagi memelihara kesahihan maklumat dan menguatkan lagi data agar penulisan kita menjadi lebih berilmiah. Tokoh itu juga tentu mahukan penulis tidak mengambil setiap kata-kata beliau tetapi spesifikkan dalam hal yang dipeloporinya sahaja.

Sebagai contoh, dalam perkara berkaitan agama atau syariah, penulis ada mengambil rujukan dari Prof Dr Muhaya atau Dato. Dr Mohd Fadzilah. Kedua-dua tokoh amat bernilai ini memang melibatkan diri dalam slot motivasi atau syahsiah peribadi manusia. Namun, dalam hal yang berkaitan agama dan syariah, adalah lebih 'manis' jika kita merujuk kepada pakar-pakar agama seperti Dr. Ust Zaharudin, Dr Ust Mohd Sukki Othman dan lain-lain lagi yang 'takhassus' dalam bidang agama.

Penulis tidak mengatakan Prof Dr Muhaya atau Dato. Dr Mohd Fadzilah tidak pakar dalam agama, cuma pendekatan yang ingin dicadangkan di sini, ada lagi tokoh lain yang lebih khusus dan lama dalam bidang tertentu.

Begitu juga dengan penyair yang mendendangkan puisi seperti bunga yang indah berseri, mekar harum kuntumnya ..... sehingga ke akhirnya. Bidang ini adalah sastera yang mana jika penulis sesebuah artikel ingin menghuraikan sifat dan bentuk bunga, penulis itu perlu mengambil pandangan dan rujukan dari ahli botani dan bukannya penyair walaupun huraiannya adalah sama.  

Justeru, sebagai peringatan bersama rujukan dan tokoh yang dirujuk perlu seiring dengan bidang masing-masing agar menambah garam dan gula dalam hidangan penulisan kita.

Selamat mencuba []:-)=


Tuesday, May 17, 2016

KUIPSAS : Kemasukan Pelajar Baharu



Tirai 13 Jun 2016 kembali ditunggu...

Kehadiran pelajar baharu ke kolej universiti ini amat dinanti-nantikan. Apatah lagi ini adalah kali pertama pendaftaran pelajar baharu semenjak Kolej ini dinaiktaraf menjadi kolej universiti.

Semoga bilangan bakal para daie bertambah dan terus maju untuk menjadi perantis dalam menyebarkan kalimat Allah di bumi Pahang khususnya ini.







Jabatan Bahasa Arab KUIPSAS



Sertai kami di Jabatan Bahasa Arab

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Km8 Jalan Gambang 25150 Kuantan Pahang

keterangan lanjut : www.kuipsas.edu.my




Friday, May 8, 2015

Artikel dan Tesis

lama sunggu menyepi dan membiarkan laman sesawang ini bersawang dan tidak dikemaskinikan. Sibuk menyiapkan tesis dan insyaAllah tesis berkaitan Diwan as-Syafie ini akan diubah menjadi buku "Madah Pujangga Imam as-Syafie".

Sesiapa juga boleh menulis. Bahkan salah satu artikel saya di iluvislam bertajuk 'Mamalik: Dari Hamba menjadi Raja" adalah berasal dari asigment semasa subjek Tamadun Islam Zaman Abbasiyah.

Bezanya adalah seperti berikut:

Artikel :
Tajuk menarik dan ringkas
Penulisan untuk mudah difahami

Tesis/asgment:
Tajuk skema/ ikut pensyarah
penulisan skema sbb nak markah.

Jika anda ada asgment dalam laptop, tukarkan beberapa ayat yang mudah, dan hantar ke penerbit untuk mencuba. Kalau gagal terbit, kita tetap dapat nikmat iaitu nikmat berusaha smile emoticon


Saturday, February 28, 2015

Tips menulis : Rangka Idea



Dalam merangka sebuah penulisan, kita sebenarnya perlu menjawab beberapa soalan. Antaranya adalah seperti Apa?, Apa buktinya?, Apa perdebatannya? apa kesimpulannya?

Sebagai contoh:

Apa?

Ahmad seorang yang pendiam.
(Kemukakan satu fakta)

Apa buktinya?

dalam sehari, hanya beberapa patah ayat sahaja yang keluar dari mulutnya. rakan-rakannya juga mengatakan Ahmad seorang pendiam.
(Kemukakan dalil)

Apa pendebatannya?

Namun, semasa berada di pentas, Ahmad seringkali memberikan ucapan serta menjadi pengacara majlis. sewaktu di kelas juga, dia sering bertanya kepada guru walaupun tiga patah perkataan sahaja berbanding rakannya yang diam depan guru tetapi rancak berbual apabila selesai kuliah.

Apa kesimpulannya?

Ini bermakna Ahmad boleh dikategorikan sebagai seorang yang pendiam, namun dalam beberapa keadaan, dia boleh bertindak sebagai perencah dalam menghidupkan suasana kelas atau majlis.

Selesai menjawab semua soalan, dan terciptalah satu karangan yang bernas. (kot)

 smile emoticon




Thursday, February 5, 2015

Simkad Baharu Plan XOX : Daftar percuma. terhad kepada 100 orang sahaja yang terawal!

Nikmati Simkad Baharu Plan XOX : Daftar percuma. terhad kepada 100 orang sahaja yang terawal! 

Hubungi : 013-3111002 








Saturday, January 24, 2015

Tulis apa yang memberi manfaat


Salah satu etika penulisan adalah dengan menulis apa yang memberi manfaat kepada pembaca dan bukannya menulis apa yang kita tahu. Kedua-dua perkara ini nampak sama namun ia mempunyai perbezaan yang ketara.

Contoh penulisan yang diambil dari akhbar dan penulisan lain:

Memberi manfaat kepada pembaca :

1. Penyanyi perempuan (Nama dirahsiakan) akan melangsungkan perkahwinan dengan artis lelaki.

2. Kapal terbang MH370 kemungkinan berada di Diego Garcia berdasarkan bukti ia pernah melintasi ruang angkasa Thailand dan Sri Lanka.


Contoh penulisan dengan apa yang kita tahu:

1. Bekas tunang A akan berkahwin dengan artis B.

2. Kapal terbang MH370 kemungkinan berada di Diego Garcia berdasarkan bukti ia pernah melintasi ruang angkasa Thailand dan Sri Lanka serta mimpi dari salah seorang ustaz yang balik dari Umrah.

>>>> >>>>> >>>>

Contoh 1(atas) adalah tentang artis yang berkahwin dan semua tahu ia adalah bekas tunang artis A. Namun adakah perlu kita menyebut dia adakah bekas tunang? Sudah tentu tidak kerana akan menyakiti hati bakal suaminya iaitu artis B.

Begitu juga dengan contoh 2, sebab kemungkinan dinyatakan, namun adakah perlu kita nyatakan pendapat dari mimpi? mengapa kita menceritakan mimpi kepada orang lain yang kita tahu ia adalah mainan tidur?

Justeru, tulislah apa yang memberi manfaat dan bukan sekadar kita tahu. 

smile emoticon

Monday, December 22, 2014

Artikel Terbaru dalam Majalah Ta'lif


Alhamdulillah



Penulisan terbaru yang diterbitkan.. Dimuatkan dalam Majalah Ta'lif sempena Konvokesyen KIPSAS tahun ini. Artikel nampak sederhana dan biasa. Anda yang lain pun boleh menulis artikel sebegini. Anda hanya perlu bermula sekarang. Biar masa, pengalaman, rezeki dan takdir Tuhan yang menentukan hala tuju perjalanan anda 









Sunday, December 14, 2014

gubahan reben sendiri


Seringkali kita membeli reben di kedai untuk menghiasi hadiah, namun tahukah anda ia boleh digubah sendiri? Antara alatan diperlukan adalah : 

reben : satu dah cukup. Kalau 2 warna, ia akan lebih memberi kesan.

gunting

Stapler (boleh guna paku tekan tapi sukar)

Hadiah (kalau tak ada hadiah, nak tampal reben di mana.


1. Gunting reben panjangnya sedepa.


2. Lipat seperti di bawah dan lekatkan dengan stapler.


3. Ulang proses di atas sehingga menjadi gubahan bunga.



4. Tambahkan kaki (panjang berwarna hijau) dan siap untuk dilekatkan. Matikan simpulan dengan stapler.


5. Selamat mencuba :-)



resepi suami untuk isteri


Sudah menjadi kelaziman si suami jarang memasak atau tiada masa untuk memasak buat isteri. Namun sesekali sebenarnya lelaki mampu memasak hidangan yang cukup mudah dan dapat memberi kesan menarik perhatian isteri. Antaranya adalah hidangan seperti di bawah:

1. Dapatkan ikan tilapia di pasar malam + rencah ikan panggang. Jika tiada rencah ikan panggang, boleh juga guna rencah ayam panggang kerana lelaki memang sedikit masanya untuk mencari di kedai yang lain. 

Fungsi ikan tilapia juga kerana ia adalah ikan yang tidak perlu disiang. (ia dibuat secara percuma oleh penjual). Bersihkan dengan air dan sedikit tepung.

Peram dengan rencah ikan bakar. 30 minit lebih baik. 


2. Panaskan pemanggang ajaib. Jika guna kuali biasa, ia akan melekat seperti biasa. agak sukar bagi lelaki apabila akan membasuh kuali ini nanti. Pemanggang ajaib menjimatkan masa membasuh serta memasak. lelaki tidak mempunyai banyak masa. Pastikan ringkas serta mudah dibasuh. 


3. Biarkan dengan api yang kecil agar ia masak dengan penuh. Tutup dan biarkan. 


4. Sesekali buka dan terbalikkan ikan. Cucuk dengan garfu. Jika ia masuk dengan lancar, ikan telah masak. Jika garfu tersangkut-sangkut, ikan masih belum masak. 


5. Hidangkan dengan ringkas kerana hiasan akan membuang masa lelaki yang akan buat kerja pejabat di rumah, merenung masa depan, OT dll. :-) 


Selamat menjamu selera 



5% vs 95%



Maaf lama tak update artikel di group ini. Saya sendiri sibuk menulis secara peribadi. Sedang siapkan 3 manuskrip. Sesiapa yg ingin cuba menulis boleh paparkan di sini dan saya semak sepintas lalu. Kemudian boleh hantar ke penerbit secara terus. 



Menulis adalah jangka masa yang panjang. Google sahaja pendapatan penulis, kesemua mereka amat sedikit atau rugi pada permulaan. Namun, setelah banyak penerbitan, akhirnya mereka berjaya memperoleh pendapatan besar setelah hampir 5-10 tahun dalam bidang ini.

Berapa ramai dalam kalangan kita apabila membuka akhbar/majalah ruangan bicara siswa (contohnya), apabila membaca artikel itu kita mengatakan,

"Ini cuma artikel biasa. Aku pun boleh buat..."

Tetapi selepas itu adakah kita buat? Kebanyakannya tidak. Kerana kita tidak bermula. Jika bermula, kita tidak mampu konsisiten.

Saya tertarik dengan apa yg dikatakan oleh Malim Kundang (Siri TV indon masa saya SPM), katanya apabila dia sedang overtime malam2 di kantor perusahaan, "5 peratus adalah bakat, 95 peratus lagi dari usaha."

Selamat berusaha 



Strategi Masa Cuti



Tips hari ini : 

Masa cuti adalah masa terbaik untuk membantu ibu bapa dengan banyak. Ia juga akan mendatangkan perasaan yakin ibu bapa kepada anaknya yang banyak membantu. Perasaan yakin ini akan bertukar menjadi satu perasaan seorang ayah/ibu yang mana anaknya sudah bersedia untuk berumahtangga .

Cth anak yang malas : Hang nak kawin macam mana baju sendiri pun tak boleh nak basuh macam mana nak uruskan rumahtangga nanti? antara punca org lambat kawin adlh kerana mak ayah tak percaya yg dia boleh kawin. ni akan jd 1 doa. 

Cth anak rajin : Rajin anak kita basuh baju, dah boleh kawen dah ni. 


Jadi, rajin2kanlah diri.

Friday, December 12, 2014

Tips menulis cerpen cinta & dakwah

Tips menulis cerpen cinta & dakwah 

Ayat dialog yang digunakan mestilah membawa manfaat.


Contoh A: Saya rindu awak separuh gila. Tapi sesuka hati awak saja tak pedulikan saya. Sampai saya gilakan awak hari-hari.

Contoh B: Saya rindukan awak namun awak tidak mempedulikannya sehingga membuat saya menjadi tidak menentu.


Contoh B adalah dianggap ayat cinta. Ayat-ayat cinta bukan bermakna ayat jiwang yang memualkan dan bukannya juga bermaksud ayat yang berbunga2, tetapi ia adalah ayat dalam gaya bahasa yang tinggi dan standart.

Selamat menulis. 

Alang-alang menulis, biar dengan ilmu agar dakwah tercapai 


Tuesday, December 9, 2014

Tips penulisan cerpen

Tips penulisan cerpen :



1. Panjang lebih kurg 10 m/s muka surat (Sama seperti 1 asgment)

2. Tulis cerita ringkasan dalam timeline : Cth : 

m/s 1 - 3 : Babak di rumah (ayah dan anak)
m/s 4 - 6 : Di waktu malam (Bergaduh, berbincang dll)
m/s 7 - 9 : Di kubur (cerita tanah kubur :p)
m/s 10 : babak menyesal. kesimpulan.

3. Cerita kreatif : Kisah kawin lari, kawin paksa, cinta remaja, berebut harta dah biasa. Berikan satu cerita lain dari yg lain.

4. Siapkan cerpen, baru semak bahasa melayu tinggi, semak keharmonian, semak gaya bahasa bunga2 dll. 

*Jangan fikir gaya bahasa semasa menulis, ia akan lambatkan proses penulisan. Lama kelamaan jd terbantut atau malas nak siapkan.

5. Tulis saja. Menang kalah itu rezeki.


Selamat Mencuba :)



TIPS MENULIS

TIPS MENULIS : 

Bahasa yang digunakan dalam penulisan harus sama seperti bahasa dalam resume atau surat minta kerja. Hal ini kerana penulisan yang dihantar sama tarafnya dengan minta kerja.


penulisan ini akan dibaca oleh Editor/Majikan dan akan diluluskan sekiranya mereka berpuas hati dengan hasil penulisan/resume kita.




Thursday, April 17, 2014

GST vs HUDUD

Banyak betul orang2 besar buat kenyataan ttg Ustaz Don sama ada menghentam, menegur dan menyokong. Tapi ttg orang songkok tinggi pegang buah kelapa dan teropong tepi pantai langsung tak diambil tindakan. Orang yg kata kalau hudud nanti orang Malaysia tak ada tangan, disenyapkan. Orang yang kata tak boleh terima kalau tak pakai tudung masuk neraka, pun mereka diam begitu saja.




Tertarik dengan pengenalan GST di TV tiap2 jam. Sehingga ramai yg yakin ia boleh menjana pendapatan yg berprestasi tinggi. Alangkah baiknya langkah yg sama diambil bg menerangkan Hudud di negara ini. Dalam masa setahun rakyat akan faham dan menerima setelah mengetahui cara perlaksanaannya.



Thursday, February 20, 2014

Jalan Keindahan


Jalan di hadapan penuh ketakutan
Si musafir itu akan terpaku di jalan ini
Dia takut akan segalanya
Takut akan duka dan gelita sepanjang perjalanan
Tanpa mengetahui takut itu adalah mainan jiwa
Takut itu melahirkan pengembara yang waspada

Lalu kita nyanyikan lagi damai untuk hilangkan resah di jiwa
Kita selamat dalam kabus alpa yang menggila
Kita bangunkan singa dari jiwa yang roboh
Dek gelita yang tidak berpenghujung
Realitinya kita dan dia tiada beza

Perjalanan yang ditunggu kini semakin menjauh
Sama ada kita tersenyum atau berkerut dalam duka
Dua jalan dibuka untuk pilihan minda
Sama ada jalan mudah yang diduga
Atau jalan sukar yang dicela

Jalan itu tidak lagi perlukan pendekar yang gagah
Hanya si pemuda yang dijiwanya penuh tabah
Untuk menghentikan getaran bumi ini
Dengan rasa gentar yang disantuni
Untuk mengeluarkan singa yang sedang sembunyi
Dan helang yang sedang berlegar





Template by:
Free Blog Templates