Tidak salah sekiranya wanita keluar bekerja, tetapi janganlah sampai mengabaikan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak mereka. Sang suami mungkin mempunyai masa yang terhad. sekiranya kedua-dua mereka tiada semasa proses tumbesaran anak-anak mereka, dikhuatiri anak-anak itu menjadikan rakan-rakan sebaya mereka sebagai ikutan.
Rakan-rakannya itu juga lebih kurang mereka kerana kurang perhatian dan didikan dari ibu bapa mereka. Kesemua anak kecil ini akhirnya bertukar kiblat kepada perkara yang mereka sukai walaupun perkara itu adalah salah. Maka akan terhasil satu generasi yang tidak mengenal agamanya sendiri dan ibu bapa menghantarnya ke sekolah untuk proses didikan.
Kebanyakan ibu bapa pada masa kini menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah, tetapi ibu bapa yang sama menangis apabila anak mereka ditahan kerana masalah disiplin.
Sentiasa berada di rumah adalah jalan terbaik bagi wanita-wanita untuk suami dan anak-anak mereka. Banyak pekerjaan juga boleh bermula dari rumah, tidak semestinya bekerja di pejabat semata-mata. Rumah itulah Syurga bagi mereka yang mempercayainya dan menjejakinya. Rumah itulah juga sebagai neraka bagi mereka yang tidak mendapat kasih sayang dan perhatian sewajarnya.
0 comments:
Post a Comment