Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan Aidil fitri? Lagu tajuk ini kerap berkumandang pada masa perayaan ini oleh artis-artis yang tanpa segan silu menari di khalayak ramai dengan alasan menyambut perayaan. Ada juga yang menyanyi di perkarangan masjid tanpa menutup aurat dengan sempurna. Lebih malang lagi apabila masyarakat menerima ini dengan alasan 1 Malaysia.
Dalam arab ia ditulis Eid Al-Fitri atau jika disambungkan menjadi Eidul Fitri. (عيد الفطري) Eid berasal dari kata 'ada (عاد) yang membawa maksud kembali. Kata kerja ini biasa digunakan dalam ayat karangan yang mudah namun kita tidak menyedarinya kerana mungkin berasa ia tidak penting.
Al-Fitri pula jika kita mendengar sebutannya sudah pasti membawa maksud yang yang hampir sama dengan Fitri iaitu Fitrah atau asal kita.
Jadi, Eidul Fitri adalah membawa erti kembali kepada fitrah. Ia adalah maksud yang asal. Tetapi pada hari ini ia membawa maksud yang bertentangan. Wanita memperaga pakaian dengan bersolek untuk semua yang hadir malah melanggar batas-batas auratnya. Bukan sahaja membawa hukum makhruh tetapi jatuh kepada HARAM.
Pembaziran yang berlaku di sana-sini. Mercun hampir mencecah puluhan ringgit dibakar dan dihabiskan dalam satu malam. Beginikah caranya ibu bapa mengajar anak mereka menyambut perayaan? Ada kalanya ia dibakar sebelum raya dan malangnya semasa jemaah masjid sedang berterawih.
Banyak lagi perkara yang bertentangan dengan fitrah namun masih dilakukan. Ia jelas berlawanan dengan maksud Eidul Fitri yang diucapkan hampir di seluruh FACEBOOK yang di bahagian info pada ruangan agama anutannya tertera nama islam.
Mungkin hanya gah pada nama sahaja kerana Islam tidak pernah menyuruh untuk membazir. Dan Islam juga tidak pernah menyuruh untuk penganutnya melanggar apa yang ditetapkan Allah. Kerana kepada Allah kita kembali.
0 comments:
Post a Comment