skip to main |
skip to sidebar
Penulis membuka google untuk mencari bahan kajian tesis. Namun, sering terganggu dengan 'kejahatan' encik Google yang memberitahu maklumat yang sebegitu kepada penulis. Setiap kata kunci yang ditaip pasti keluar maklumat tentang kerajaan. Ada sesuatu yang tidak kena. Adakah benar? Adakah sekadar kebetulan?Yang pasti, ia sesuatu yang kelakar untuk diperkatakan. Taip sahaja perkataan seperti babi, kapal, ladang, hutang dan beberapa lagi, pasti dikaitkan dengan isu menteri yang melanda negara sama ada yang terbaru mahu pun lama.Penulis hanya mahu mencari unsur simbolisme bagi beberapa perkataan, terbaca hutang negara yang semakin meningkat... Apabila mencari unsur ladang, terbaca menteri yang ..... lembu ... kondominium .... .... ....Encik Google memang jahat. Memuatnaik sesuatu bahan agar pembaca mencari kebenaran. Tidak mengikut satu sumber sahaja. Satu akhbar kata perhimpunan seramai 200 orang dan pada hari yang sama dan akhbar yang dalam 'barisan' yang sama mengatakan kumpulan itu 2000 orang. Pembaca perlu mencari akhbar yang ketiga dalam 'barisan' yang berbeza untuk membuat penilaian seterusnya membuat undian. :)Sekian... Terima kasih Encik Google... Baca, kaji, fikir-fikirkan.. Selamat Beramal..
Pagi ini suasana suram kerana ketiadaan air di rumah. Hanya titisan-titisan air kecil sahaja yang keluar dari mulut paip dapur. Sukar untuk memasak dan membasuh pinggan. Hari Jumaat pula kaum ibu agak tergesa-gesa kerana menyediakan hidangan untuk suami dan anak-anak sebelum atau selepas Solat Jumaat.
Air masih menitik perlahan di pili. Ibu menyuruhku menadah menggunakan botol 1.5 liter. Aku menurut perintah. Dalam hati terdetik adakah mungkin beberapa botol kosong ini dapat dipenuhi hanya dengan titisan air yang bakal terhenti bila-bila masa.
Saat berganti saat dan titisan demi titisan, botol 1.5 ml yang pertama penuh. Ajaibnya hanya dengan titisan air sahaja botol itu mampu diisi penuh.
Botol kedua pula diganti dan hampir sejam berlalu botol ini juga diisi penuh. Botol yang ketiga pula diletakkan dan setelah hampir penuh, titisan ini berhenti.
Benarlah kata orang, air yang menitis boleh menghakis batu yang kuat kerana titisan yang lembut itu jika berulang-kali ia mampu mengalahkan kekuatan batu.
Air yang menitis juga, walaupun amat sedikit, tetapi jika menitis dengan berterusan mampu memenuhkan botol atau baldi. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain. Sehari sepotong ayat, lama-lama jadi buku.
Selamat belajar daripada alam.
[]:-)=
Indahnya insan kerana iman
Indahnya iman bersulam ketaqwaan
Indah dirimu kerana membawa berita
Perkhabaran gembira membawa ke Syurga
Indah bulan kerana sinarnya
Indahnya engkau kerana kau adalah bulan itu
Yang menerangi hati yang gersang
Menghapuskan gelapnya kejahilan
Dengan cahaya di atas cahaya
Kau membuatkan sekelilingmu terang
Dengan cahaya ilmu dan iman
Orang yang buta mampu melihat sinaran itu
Yang pekak mendengar seruan
Yang tidak berupaya mendapat bantuan
Malam yang sunyi bergema dengan pujian
Dan kedinginannya dihangatkan dengan doa dan harapan
Dan apabila malam ini berlalu
Pagi yang masih gelita di sirami cahaya keampunan
Kau bawa dunia ke dalam cahaya itu
Lalu terpancarlah segala keburukan pada dunia ini
Yang kami lihat begitu indah dan melalaikan
Sedangkan bila mata ini terpejam
Segalanya hanya menyempitkan kubur-kubur manusia
Dunia berputar dan hari terus berlalu
Dirimu takkan hilang selagi di hati yang tenang
Semoga hati yang tenang ini
Membawa aku ke arahmu
Memohon syafaatmu
Bersamamu
Di destinasi itu
Template by: