Bulan ini bulan cinta
Permulaannya adalah rahmat
Bagi jiwa-jiwa yang bersinar cinta
itu
Malam yang membawa rindu untuk
berbicara
Dengan pemilik cinta itu
Dan siang yang menjelma dengan
seribu satu ranjau
Yang sering menduga iman
Bulan ini bulan cinta
Hanya waktu yang mampu memisahkan
kita
Kemudian bertemu kembali setelah
sampai satu masa
Aku tidak tahu apakah aku akan tiba
pada waktu itu
Kerana nafasku bukanlah aturanku
Dan mungkin ini adalah bulan cinta
terakhirku
Pada bulan cinta ini
Kita satukan bina jalan
kedamaian
Kita alirkan air mata untuk
membasuh dosa
Agar api yang menyala itu terpadam
Dan menyuburkan taman-taman syurga
Sebagai destinasi bagi pemilik
cinta ini
Pada bulan cinta ini
Janganlah bertuhankan cinta dunia
Agungkan manusia yang tidak pernah kenal
erti setia
Bawalah cinta itu untuk satu
pengabdian
Kerana setelah bulan ini berlalu
Rahmat dan ketenangannya juga dibawa
bersama
Yang tinggal hanya cinta yang setulus
jiwa
Dan tetaplah dengan cinta ini
Cinta yang telah bersemi sepanjang
bulan
Dengan amal dan harapan
Walaupun bulan ini tiada lagi
bersamaku
Tapi hati ini telah dibawa pergi
Doa pun bersemi agar bertemu
kembali
Dan cinta pun bermula
0 comments:
Post a Comment