Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Monday, April 1, 2013

Pendidikan Seks dalam Islam



Tertarik dengan salah satu artikel dalam majalah Solusi (lupa keluaran berapa keranan membaca secara rawak), tentang etika dan kewajipan seorang anak. Penulis ingin berkongsi pembacaan dan dapatan kerana ia mempunyai kolerasi antara isu semasa iaitu pendidikan seks.

Secara hakikatnya, pendidikan seks sudah lama ditarbiyah dalam Islam. Manusia yang mampu membaca petunjuk secara telus dan ikhlas pasti akan mentafsir pendidikan ini dari segala aspek. Pendidikan seks ini telah pun diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. kepada keluarga dan para sahabat untuk dicontohi oleh seluruh umah.

Antara pengajaran dan tarbiyah ini adalah seperti berikut:

1. Meminta izin:

Ke mana sahaja langkah kaki seorang anak itu perlu dikhabarkan kepada keluarga dan mendapat restu dari mereka. Jika ini berlaku, rakan yang membawa anak itu keluar pasti berasa bertanggungjawab untuk menjaganya. Bahkan si keluarga tahu ke mana anaknya pergi dan dengan siapa.

2. Asingkan tempat tidur:

Setiap rumah harus mempunyai 3 bilik, iaitu untuk ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan. Dengan cara ini, ruang pemakaian dan tidur adalah terpisah dan dapat menjaga pelaku yang tidak baik dalam rumah. Perlu ditekankan bahawa setiap gejala negatif adalah bermula dari rumah. Rumah perlu seindah Syurga dan pelakunya berkelakuan seperti ahli Syurga untuk mendapat rahmat Allah dan ketenangan dalam hati.

3. Aurat:

Penjagaan aurat amat penting dalam pendidikan seks kerana salah satu ketepatan seks ini adalah hanya dilakukan oleh mereka yang halal iaitu suami isteri. Justeru, aurat ini adalah harus kepada mahramnya sahaja dan tidak boleh didedahkan kepada yang bukan Mahram kerana boleh menimbulkan pemikiran seks ke atas mereka yang memandang dan Syaitan akan mengambil kesempatan untuk menggodanya.

Bersambung....



0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates