Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Sunday, July 3, 2011

Siri Belajar Daripada Alam


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA

Siri Belajar Daripada Alam :


Belajarlah dengan Ular. Tatkala ditanya, "Bagaimana engkau hidup dan makan sedangkan dalam mulutmu dipenuhi racun berbisa?"


Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya Allah yang memberi rezeki dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu."



Kuning..

Tangkap mereka kerana berwarna kuning..!!!




Dan lagi...



Dan lagi...




Dan lagi...






Dan lagi...







p/s : Jgn marah..;)




7 Sunnah Nabi seharian


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.


Pertama: tahajjud, karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena mesjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerna kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
__________________


Saturday, July 2, 2011

Tempoyak dan pisang


Gambar sekadar hiasan.

Zaman moden masa kini semua mengejar harta dunia untuk kesenangan diri. Ini tidak terkecuali untuk mereka yang sudah berusia tua. Berbagai-bagai cara yang digunakan untuk meraih keuntungan dalam perniagaan yang halal. Sehingga ke satu tahap mereka terlalu mengejar dunia yang sementara ini seringkali terlupa tentang status halal ini.

Pagi ini mengajar saya satu lagi erti halal dan golongan tua. Jangan di sangka golongan ini bila berniaga cuma mengharap untuk menyara diri. Mereka juga tetap manusia biasa yang lalai dan bongkak dengan perniagaan mereka.

Cara terbaharu yang dikesan atau sudah lama namun tidak sampai ke pengetahuan saya adalah apabila membeli tempoyak. Sukar untuk dikesan adalah tempoyak ini asli atau sudah bercampur dengan bahan-bahan lain kerana bau adalah sama.

Namun selepas memasak lauk menggunakan tempoyak, barulah kita perasan bahawa rasa tempoyak itu tidak seperti selalu. Lantas jiran mengatakan, mungkin ia sudah dicampurkan dengan pisang.

Pisang? Tapi mengapa? Mereka mahukan duit lebih? Mereka tidak memikirkan penipuan dalam berniaga itu akan ditanya dan dituntut di hari Perhitungan kelak.

Jawapannya : Manusia tidak mengira usia memang tamak. Tidak kira tua, muda, kecil, besar, miskin, kaya, sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi kaya walaupun dengan cara HARAM.

Benarlah kata Nabi : Jika manusia ini diberikan 2 gunung emas sebesar bukit Uhud, nescaya mereka akan meminta gunung emas yang ketiga.


Siri Belajar Daripada Sejarah


Belajarlah daripada Hikayat Singapura dilanggar todak, tidak perlu berbentengkan betis-betis manusia, jadilah Hang Nadim, bijak mencari idea berbentengkan batang pisang.


Pemimpin Hamba Rakyat


Kasihan rakyat sudah lama merintih...

Si bapa menyuruh anak-anaknya tutup lampu pada waktu malam dan tidur dalam kegelapan bagi menjimatkan elektrik namun terkejut apabila dikenakan bil eletrik RM 50 dan menyumpah seranahkan TNB... tapi pemimpin-pemimpin boleh habiskan eletrik RM5000 sehari tidak dikenakan apa-apa, kalau ikut mereka sampai ke lubang tandas pun mereka mahu aircond. Siapa sebenarnya hamba rakyat? Pemimpin atau rakyat itu sendiri?


kita berjumat bil air sebulan dengan tutup paip semasa keluar rumah, malam dan tidar membazir, dan bila dikenakan RM 40 sebulan kita dah marahkan jabatan air... tetapi pemimpin senang-senang menghabiskan RM 1000 sehari... Entah apa yang dibuat dengan air sebanyak itu. Mandi kolam agaknya dan tukar air selepas mandi. Siapa sebenarnya hamba rakyat? Pemimpin atau rakyat itu sendiri?

Bukan niat mahu menderhaka, tetapi di mana sang raja? Duduk diam sahaja? Semua penderitaan ini akan tertera dalam buku amalan pemimpin kelak pada hati yang tiada siapa boleh memberi pertolongan kecuali Nabi. Setiap penderitaan jelata yang sampai ke pengaduan Allah akan menyekat pemimpin itu daripada masuk ke Syurga Allah.

Terserah sekiranya ada yang mengatakan ini politik, terpulang pada tafsiran masing-masing. Derita ini tetap tercatat dalam buku yang tak pernah padam kecuali dengan kemaafan kepada manusia.

Sekian.. dari luahan rakyat berjiwa pemimpin..


Siri Belajar Daripada Alam


Belajarlah daripada bangunan. Ia tidak terdiri daripada satu batu. Tetapi memerlukan beribu-ribu batu-bata, dan ia tidak akan kuat dan gak melainkan dengan bantuan pasir, simen, batu kerikil dan sebagainya. Mempunyai tiang sebagai asas dan sokongan, dan dilindungi dengan atap, barulah ia siap dibina.

Alangkah damainya dunia jika organisasi manusia begini. Mereka yang di atas sedar dan ingat pada yang di bawah. Si miskin terus meniti hidup dengan si kaya tanpa dipisahkan dengan taraf kumpulan sosial.

Satu-satunya beza kita adalah TAQWA

Friday, July 1, 2011

Nuffnang : Selamat tinggal.


Ramai yang menasihati saya bahawa dengan blog boleh mendatangkan pulangan lumayan. Salah satu caranya adalah dengan mempromosikan web Nuffnang sebagai iklan sampingan. Maka setiap kali ada belian, secara tidak langsung pemilik blog akan mendapat bayaran sampingan.

Namun, sejauh manakah iklan ini membantu pemilik blog dan pembaca? Dengan iklan wanita-wanita non muslim yang berpakaian seksi mampukah ia dimuatkan dalam blog untuk tujuan komersial? Mampukah kita sekadar membaca tulisan atau artikel di tengah blog ini tanpa memandang ke arahnya?

Jawapannya sudah pasti tidak!! Rezeki itu datang dari Allah. Kita perlu berusaha mendapatkannya dengan jalan yang diredhainya. Tidak perlu meng'upload' iklan itu sedangkan kita berusaha ke arah kebaikan. sekiranya ada yang membeli dan kita mendapat komisen, sudah tentu ia tidak bertepatan dengan kehendak agama yang kita jadikan pakaian sehari-harian ini.

Maka, dengan mengharap redha Ilahi, saya menamatkan Nuffnang. Moga ada rezeki yang akan muncul 'Min Haithu La Yahtasib' . Sekian..

Perhimpunan HaRaM..


Jumaat, 1 Julai. : Satu perhimpunan haram telah diadakan pada tiap-tiap minggu bermula 5 minggu lepas. Semua rakyat boleh menyaksikan perhimpunan haram ini kerana mendapat liputan secara langsung dari stesen televisyen berbayar Astro.

Perhimpunan haram itu juga didalangi oleh orang kuat dan berjaya mendapatkan bantuan kewangan dari penaja-penaja tertentu. Perhimpunan haram itu juga mempunyai permit yang sah dan diluluskan oleh kementerian yang berkaitan.

Menurut peserta perhimpunan haram tersebut, ini adalah salah satu menggambarkan bahawa demokrasi di Malaysia berjalan lancar. Rakyat bebas berbuat apa yang mereka gemari selagi mana tidak mencetuskan kekacauan.

Menurut menteri berkenaan pula, perhimpunan ini tiada salahnya kerana menggambarkan hubungan mesra antara suami dan isteri yang boleh menjadi ikutan kepada masyarakat.

Walaupun mempunyai lesen dari kementerian, tidak menyusahkan rakyat, dan mengganggu ketenteraman, namun ia tetap HARAM. Mendedahkan AURAT serta menari-nari di khalayak ramai apatah lagi bersebelahan SUAMI yang TIDAK berkata-apa-apa adalah haram di sisi agama. SEMUA mazhab menegaskan aurat itu wajib ditutup. Kerana itulah ia adalah perhimpunan HARAM.

P/s : Gambar sekadar hiasan.

Kebijaksanaan


Kebijaksanaan ....



Adalah kemampuan untuk mengajak minda berfikir tentang kebesaran Allah.

Keupayaan membukakan hati-hati manusia agar patuh dan tunduk kepadaNya.

Keinginan menjadikan agama sebagai pakaian harian dari bangun tidur sehingga tidur semula.

Membuatkan kita memilih jalan yang benar walaupun berliku-liku.

Mengutamakan masa depan yang memerlukan bekalan.

Membuat bekalan secukupnya untuk masa depan itu.

Berani untuk melakukan perubahan dan berani berhijrah demi segunung impian di Sana.


Thursday, June 30, 2011

Menteri Lagi




Seorang menteri sedang memberi ceramah. Setelah merasakan ceramah itu bohong dan dusta semata-mata, seorang demi seorang meninggalkan dewan itu. Akhirnya hanya seorang sahaja pendengar yang masih setia mendengar ceramah itu sehingga ke penghujung. Menteri berkenaan berkata:

Menteri : Terima kasih kerana mendengar ceramah saya sehingga ke penghujung.

Pendengar : Tak mengapa. saya kan driver tuan.




Suri rumah : Jawatan paling mulia.


Suri rumah adalah jawatan yang paling mulia. Isteri-isteri nabi semuanya adalah suri rumah. Menjaga rumah dan menguruskannya adalah jalan terbaik dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak.

Tidak salah sekiranya wanita keluar bekerja, tetapi janganlah sampai mengabaikan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak mereka. Sang suami mungkin mempunyai masa yang terhad. sekiranya kedua-dua mereka tiada semasa proses tumbesaran anak-anak mereka, dikhuatiri anak-anak itu menjadikan rakan-rakan sebaya mereka sebagai ikutan.

Rakan-rakannya itu juga lebih kurang mereka kerana kurang perhatian dan didikan dari ibu bapa mereka. Kesemua anak kecil ini akhirnya bertukar kiblat kepada perkara yang mereka sukai walaupun perkara itu adalah salah. Maka akan terhasil satu generasi yang tidak mengenal agamanya sendiri dan ibu bapa menghantarnya ke sekolah untuk proses didikan.

Kebanyakan ibu bapa pada masa kini menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah, tetapi ibu bapa yang sama menangis apabila anak mereka ditahan kerana masalah disiplin.

Sentiasa berada di rumah adalah jalan terbaik bagi wanita-wanita untuk suami dan anak-anak mereka. Banyak pekerjaan juga boleh bermula dari rumah, tidak semestinya bekerja di pejabat semata-mata. Rumah itulah Syurga bagi mereka yang mempercayainya dan menjejakinya. Rumah itulah juga sebagai neraka bagi mereka yang tidak mendapat kasih sayang dan perhatian sewajarnya.


Menteri, komunis, imam, & Ahli penyelamat


Seorang menteri mengatakan haram memakai baju kuning BERSIH dan sesiapa yang memakainya akan ditangkap sama seperti seorang komunis membunuh musuhnya kerana menyangka musuhnya adalah komunis..

Seorang bekas imam mengatakan haram menyertai perhimpunan BERSIH tetapi di mana dia semasa perhimpunan belia di tempatnya dengan tarian, pergaulan bebas dan hiburan melampau, sama seperti ahli penyelamat berbicara tentang kepentingan oksigen kepada mereka yang sedang lemas..



Wednesday, June 29, 2011

Keistimewaan Solat




Apabila seorang raja masuk ke dalam saf dia akan menjadi hamba.

Sekiranya seseorang itu Ketua polis, apabila masuk ke dalam saf dia menjadi patuh dan tunduk untuk mendapatkan khusyuk.

Kalau kita Pengarah, kita masuk dalam saf, tidak ada pengarah dalam diri kita

Buang segala pangkat yang kita ada, tak kira siapa, orang yang datang awal akan duduk di saf depan tidak ada apa yang boleh memotong saf dia.

Dalam saf semua sama, hamba Allah belaka. jika kita rasa kita berkuasa walaupun telah dalam saf maka dia bukanlah solat yang betul dan tawaduk.

Jenayah daripada Aurat




Manusia menyangka kesalahan itu hanya ada pada pencuri, penyamun, gangster dan seumpamanya. Tetapi kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh orang Islam adalah mendedahkan aurat.

Jika dihitung penagih dadah di semua pusat serenti di Malaysia masih lagi tidak sama dengan mereka yang tidak menutup aurat.

Nabi pernah bersabda: "Aku melihat ramai di kalangan ahli Neraka itu adalah perempuan." Lantas Nabi bertanya kepada Jibril dan Jibril menjawab: Kerana mereka tidak taat kepada Rasul, tidak taat kepada suami dan mendedahkan aurat.

Ada perempuan yang Nabi lihat digantung dengan kepalanya di bawah kaki ke atas. Dan kepalanya dinyalakan api neraka. kata Jibril: perempuan ini di dalam dunia tidak menutup rambutnya dari laki-laki.

Inilah jenayah yang terang-terangan tetapi tiada hukuman dan teguran sewajarnya yang diberikan. Kita asyik dengan nyanyian, lakonan, cerita-cerita bohong dan rekaan dan mencegah dari jenayah besar seperti mencuri, dan hidu gam, namun jenayah aurat ini langsung tidak diendahkan.

Isteri-isteri Rasulullah s.a.w. melabuhkan tudung-tudung mereka sehingga menutup dada-dada mereka. maka itulah sebaik-baik contoh yang harus diikuti bukannya penyanyi dan pelakon yang sekadar bertudung untuk fesyen dan mengikut kehendak pengarah semata-mata.

Maka, tutuplah aurat dengan sempurna agar kita mampu membawa bekalan yang besar untuk ditimbang di Akhirat nanti. WallahuA'lam..




Tuesday, June 28, 2011

Risau membawa stress!!


40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan tidak pernah terjadi pun..


30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas, dan tidak boleh diubah lagi..


12% orang risau tentang kesihatan



10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil..



4% kita risau terhadap perkara yang akan datang yang sememangnya belum terjadi..


4% adalah risau yang mana kita boleh melakukan sesuatu...


*Nota Jutawan, Irfan Khairi, ms 120.


Kembali melihat statistik ini untuk mengetahui anda berada di tahap kerisauan yang bagaimana. Kerisauan yang tinggi hanya mengundang stress yang akan menyusahkan lagi pemikiran dan tindakan anda.. selamat berjaya..

Sunday, June 26, 2011

Tidak ada percintaan kecuali dengan perkahwinan


Tidak ada percintaan kecuali dengan perkahwinan..(Maksud Hadith)

Terdapat ayat al-Quran tentang manusia itu dicipta berpasang-pasangan khususnya dalam surah Yasin, tetapi ayat itu ditujukan kepada atau merujuk kepada perkahwinan. Tidak halal berpasangan sebelum perkahwinan kerana itu mengundang kepada maksiat yang berleluasa dan maksiat terang-terangan namun ramai yang buta terhadapnya.

Remaja Islam dilalaikan dengan hiburan yang melampau, pergaulan yang bebas dan berbagai-bagai lagi perkara sehingga menjauhkan mereka dari amalan yang sepatutnya.

Bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan mahram hukumnya haram kecuali darurat. Maksud darurat, sekiranya tidak sentuh maka salah seorang akan mati (Doktor dengan pesakit, lelaki selamatkan wanita lemas dan seumpamanya)

Namun remaja sudah jauh melangkaui had ini bukan sahaja sengaja bersentuhan bahkan tiap-tiap hari bila-bila sahaja berjumpa. Bahkan lebih memburukkan keadaan, muncul pula golongan-golongan pelajar agama yang turut terjebak dalam perkara ini sehingga golongan biasa itu tadi menganggap perkara ini tidak bercanggah dengan Islam.

Apabila pelajar-pelajar aliran agama turut berdating dengan alasan cara islamik, maka itu sendiri memberitahu masyarakat bahawa ia dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu dan mereka juga yang melanggar syarat-syarat itu. Islam mensyaratkan bertemankan mahram, tidak mendatangkan fitnah dan bertujuan untuk perkara-perkara yang amat penting sahaja, namun pelajar agama ini turut hanyut dan lalai dengan dunia yang sedikit. Akhirnya umat akhir zaman ini tenggelam dek kejahilan dan nafsu angkara mereka sendiri.

Justeru saya menyeru remaja islam termasuk saya sendiri yang sudah di akhir remaja agar mencari agama itu. Agama tidak akan datang kepada mereka yang tidak mencarinya. Umpama kejayaan yang tidak mampu dicapai melainkan dengan usaha berterusan, begitu juga dengan agama yang tidak mampu dicapai kecuali dengan usaha kita menuju ke arahnya. Dengan Islam dan Iman yang kuat di dalam hati mampu membuang kebesaran dunia yang bertapak sejak sekian lama dan digantikan dengan keagungan akhirat.




Cinta Yang Satu


Semakin sukar hidup ini
Semakin hampir aku kepada yang abadi
Biar aku gagahi jalan ini
Kerana kegagahan itu ada padaku

Kalau ada yang lebih berat dari ini
Runtuhlah hati menahan derita
Tetapi dengan janji Tuhan
Tidak sesekali terbeban melainkan apa yang terdaya

Bila cinta yang satu itu tiba
Takkan ku peduli sejuta sengsara
Yang membawa aku dengan dosa dan alpa
kilauan dunia menjadi hakimnya

Dan kepada cinta yang satu
Jangan ditanya siapakah dia
Tetapi tanyalah kepada hati ini
Ke mana hendak ku bawa ia

Kerana cinta yang satu itu
biar aku hilang segalanya
Hanya dengan rasa kehambaan yang istimewa
kepada yang tak pernah curang
Mencintai setiap hambaNya


Saturday, June 25, 2011

Cengkaman Dosa


Sesungguhnya cengkaman dosa itu menjadikan penghalang dan beban yang berat untuk menunaikan ibadah...

Sesungguhnya dosa dan pahala itu seperti minyak dan air. Tidak sesekali boleh disatukan dalam hati-hati manusia. Sekiranya dosa dalam hati maka kebaikan tidak mampu memasukinya melainkan dengan ibadah yang ikhlas dan istiqamah. lama-kelamaan dosa itu akan terhapus dan digantikan dengan amalam-amalan mulia..

Begitu juga dengan pahala dan kebaikan dalam hati sekiranya disertai dengan dosa, maka akan terpadamlah kebaikan yang disemai, kerana kebaikan dan kejahatan itu tetap tidak boleh berada dalam hati yang satu.

Imam Syafie walaupun mempunyai akhlak dan ilmu yang agung namun dalam syairnya masih menyatakan Beliau tidak layak untuk ke Syurga Allah, namun tidak sanggup menghadapi Neraka Allah..




Jadi, bagaimana manusia pada hari ini boleh merasa selesa dengan kehidupan yang ada bersama mereka? Adakah kita yakin akan selamat pada hari di mana tiada seiapa boleh membantu kita melainkan dengan Rahmat Allah serta Syafaat Rasulullah s.a.w.

Friday, June 24, 2011

الحجاب : نعم أو لا




نيك : يا أمي!!

أم : نعم..

نيك : سمعت المحاضرة عن ستر العورة في الكلية..

أم : نعم.

نيك: وهذا واحب على كل مسلم.

أم : نعم.

.نيك : وأريد أن ألبس الحجاب

أم : لا

نيك : ولكنه أمر من الله..

أم : أقول لا.

نيك : وواجب علينا أن نؤدي أمره.

أم : نعم.

نيك : وأنا أريد الحجاب مثل مسلمة أخرى.

أم : لا

نيك : أريد أن أكون مثلَك ولا مشكلة في ذلك..

أم : لا

نيك : لماذا لا تفحمين؟ هذا للمروءة.
ولا بد لكل المسلمة أن تحافظ مروئتها بالحجاب. فهكذا أنا.

أم : لا

نيك : وأنا لا أدري الإذن منك. هذا واجبتي. سألبس الحجاب غدا.

أم : لا!!

نيك : حجاب!!

أم : لا!!

نيك : حجاب!!

أم : أقول لا! لا! لا

نيك : لماذا لا؟

أم : لأنك رجل !!!!!ـ


Thursday, June 23, 2011

Zikir hati...


Bilamana melihat orang jatuh kemalangan, hati berkata Allah yang menurunkan musibah..


Bilamana melihat orang berjual beli, hati berkata Allah yang memberi rezeki..


Bilamana dalam perjalanan,hati berkata Allah sebaik-baik pelindung..



Bilamana melihat orang mati, hati berkata Allah yang berkuasa mematikan..


Bilamana hati merasa gembira lantas berkata segala puji bagi Allah..



Bilamana pagi dan petang hati berkata Allah yang berkuasa ke atas alam..

Lelaki dan Perempuan...



Ada kala lelaki dan perempuan sama tarafnya di sisi syara' Sebagai contoh dalam soal ibadah, zikir, solat, puasa iman, dan sebagainya. puasa orang perempuan sama seperti puasa orang laki-laki. zikir orang perempuan sama tarafnya dengan laki-laki. solat orang perempuan itu juga sama nilai dengan solat laki-laki. Yang membezakan 2 golongan ini hanyalah Taqwa...

Ada kala lelaki diutama dan dilebihkan dalam golongan perempuan. Dalam bab harta pusaka, lelaki 2 bahagian perempuan hanya satu bahagian, dalam bab saksi lelaki seorang menyamai 2 orang perempuan...

Dan ada kala Perempuan lebih diutamakan daripada lelaki seperti dalam bab nikah, ada mas kahwin yang perlu dibayar lelaki...

Di sinilah kita tahu Allah Maha Adil. lelaki dan perempuan kedua-duanya Makhluq yang istimewa dengan peranan dan tugas tersendiri...

Template by:
Free Blog Templates