Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Sunday, July 10, 2011

Di taman ini




Di taman ini
Ku lihat embun pada bunga yang layu
Lalu warnanya menjadi pudar
Ke mana menghilang bunga yang lain
Seperti bunga matahari
Aku rindu untuk menatapnya sehingga fajar
Aku sedang menunggu hari itu. . .


Di taman ini
Bukankah itu bunyi tangisan
Kerana bulan telah kehilangan senyuman
Ubati duka dengan tersenyum sendirian
Dalam cahaya lampu
Dedaun pilu memukul pandangan
Dan angin mula menerjah


Di taman ini
Semata-mata menanti cahaya bulan
Agar memberi kebahagiaan pada setiap mimpi
Mencuri sinarannya sebagai harapan

Sebagai mengubat segala derita
Biarlah kenangan itu hidup semula



Aku sedari
Kita tidak boleh mengalahkan takdir
Walaupun seorang pejuang

Atau pengembara jalanan
Dan terimanya dengan rela
kerana tidak lama lagi tiba masa untuk aku pergi



Sabarlah wahai tamanku

Kita perlu menunggu matahari terbit
Berjaga-jaga memikirkan kehidupan yang baru
Dengan pengorbanan dan harapan
Kerana apabila fajar datang menjelma
Malam ini akan menjadi ingatan
Dan hari baru akan bermula sekali lagi



Maafkan aku

Kerana menghilangkan seri taman ini

Dan jangan kau hindar dariku
Semata-mata kerana ingatan ini

Bukalah matamu seluas dunia
Kau akan memahami apa kebahagiaan

Lihatlah kepada sinaran merah itu
Hari baru telah bermula




Thursday, July 7, 2011

Red Karpet





Jalan berliku menanti di hadapan para pejuang. Ia menuntut semangat, disiplin, usaha dan yang paling penting istiqamah. Ia penuh misteri dan rintangan. Ia tidak mudah. Namun ia juga bukanlah sesuatu yang mustahil untuk para pejuang tiba di hujungnya.

Sekiranya mudah, nescaya ramai yang mampu melakukannya. Ramai jugalah yang telah bergelar pejuang Islam. Namun, sehingga ke hari ini pejuang ini sedikit bilangannya. Kerana ia sukar untuk diharungi.

Sekiranya dibentangkan 'red karpet' ia memang bukan berjuanglah namanya. Sekiranya jalan itu lurus dan mudah tanpa rintangan, itu mampu dilakukan oleh semua orang.

Jalan yang sukar itu adalah jihad. menegakkan Islam dan menyebarkannya. Berkata benar walaupun di hadapan mata pedang yang tajam. Jalan yang lapang itu pula adalah jalan yang selamat. Bekerja dan hidup seperti biasa dan berterusan sampai mati.



Tazkirah pagi Jumaat : Palestin



3 malam yang lalu, penulis mendengar ceramah Isra' Mi'raj di Masjid Tengku Ahmad Jerantut. Tuan Penceramah banyak lari dari tajuk kerana tajuk ini sememangnya sudah menjadi kebiasaan pada kita. Tumpuannya adalah pada kejadian-kejadian semasa perjalanan nabi.

Salah satu topik penting itu ada tanah bumi semasa Mi'raj, iaitu Palestin. Bumi ini yang menjadi kayu ukur sekuat mana umat Islam pada masa ini. Kuatnya Islam di Palestin bererti kuatnya Islam di seluruh dunia.

Alangkah malangnya kita yang bersenang-lenang di sini ketika saudara kita berperang di sana. Pemimpin-pemimpin lantang berkata, "Alhamdulillah kita di sini aman damai." Jangan kita lupa, mereka akan menuntut hak mereka iaitu mempertahankan Islam dan saudara seagama di hadapan Allah kelak.

Palestin tetap bertempur. Dengan gerakan bawah tanah dan tentera bersedia, maka sokonglah mereka. Infaqlah harta kita ke jalan jihad. Biarpun kita tak mampu berjihad namun harta kita akan menjadi sumbangan yang bernilai dan saham yang paling untung di Akhirat kelak.


الدنيا السفر

Wednesday, July 6, 2011

Berpakaian kerana apa


Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dalam berpakaian. Kerana melalui pakaian kita boleh mendapat pahala dan dosa. Allah tidak melihat kepada pakaian apa yang kita pakai tetapi pakaian itu untuk apa.

Sekiranya kita mengambil berat kepada prinsip berpakaian apa, maka terjadilah fesyen-fesyen terbaru yang menjolok mata. Ini kerana mereka berpakaian untuk menunjuk-nunjuk, berpakaian kerana keagungan dan mencari populariti di kalangan manusia, dan seumpamanya.

Namun, jika kita bertekad dan berpegang kepada prinsip 'Berpakaian untuk apa', maka kita akan tahu berpakaian kerana Allah. Ia akan disusuli keinginan untuk berpakaian sempurna dalam usaha mengabdikan diri kepada Allah dan melakukan segala yang disukaiNya.

p/s: Kepada muslimat : Berpakaianlah seperti isteri-isteri nabi yang melabuhkan pakaiannya.

Muslimin : Didiklah wanita-wanita di sekeliling kita untuk mengikutinya.


Monday, July 4, 2011

Dunia Malam


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

Dunia bagaikan malam yang indah

Menghiburkan walaupun seketika

Merehatkan jasad yang berkerja

Mendamaikan hati yang terluka

Mengasyikkan hingga mata terlena


Dunia bagaikan malam yang gelita

Tiada cahaya dari suria

Sepi tanpa sebarang suara

Namun petunjuk dari bintang

Ditemani sinar rembulan terang

Agar tidak sesat di jalanan.


Dunia bagaikan malam yang berlalu

Masihkah esok masih ada

Masihkah mentari menyinar

Pada pagi yang bakal menjelma

Pada ruang untuk manusia

Memohon taubat dan rahmat dariNya


Dunia tetap umpama malam

Walaupun tuhan turun ke langit dunia

Walaupun pintu taubat terbuka

Walaupun doa diterima

Namun manusia memilih untuk terus terlena




Pengembara & Destinasi


Empunya catatan ini bernama Muhamad Fairuz, seorang pengembara dari Jerantut, Pahang, menjelajah kehidupannya dan mencatatkan apa yang didapatinya semasa pengembaraannya agar dapat dikongsi bersama. Dengan perkongsian yang sedikit ini, diharapkan ia mampu menjadi wadah dalam menyampai ilmu dan maklumat dalam bentuk sastera dan ilmiah.

Segala cadangan dan perbincangan boleh dilakukan di sini dalam memperbaiki diri, memperbaiki catatan agar tidak terkeluar dari landasan pengembaraan.

Kita adalah pengembara dan kita akan tiba jua ke destinasi kita. Sediakan bekalan yang cukup kerana destinasi itu cuma ada DUA tempat. Harapan atau kepanasan.

Segala kesilapan pengembara ini harap dapat dimaafkan. Apa yang baik jadikan sebagai panduan dan ingatan dan segala yang buruk doakanlah pengembara ini agar mendapat Hidayah dari Ilahi. Wassalam..


Sunday, July 3, 2011

Siri Belajar Daripada Alam


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA

Siri Belajar Daripada Alam :


Belajarlah dengan Ular. Tatkala ditanya, "Bagaimana engkau hidup dan makan sedangkan dalam mulutmu dipenuhi racun berbisa?"


Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya Allah yang memberi rezeki dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu."



Kuning..

Tangkap mereka kerana berwarna kuning..!!!




Dan lagi...



Dan lagi...




Dan lagi...






Dan lagi...







p/s : Jgn marah..;)




7 Sunnah Nabi seharian


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.


Pertama: tahajjud, karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena mesjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerna kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
__________________


Saturday, July 2, 2011

Tempoyak dan pisang


Gambar sekadar hiasan.

Zaman moden masa kini semua mengejar harta dunia untuk kesenangan diri. Ini tidak terkecuali untuk mereka yang sudah berusia tua. Berbagai-bagai cara yang digunakan untuk meraih keuntungan dalam perniagaan yang halal. Sehingga ke satu tahap mereka terlalu mengejar dunia yang sementara ini seringkali terlupa tentang status halal ini.

Pagi ini mengajar saya satu lagi erti halal dan golongan tua. Jangan di sangka golongan ini bila berniaga cuma mengharap untuk menyara diri. Mereka juga tetap manusia biasa yang lalai dan bongkak dengan perniagaan mereka.

Cara terbaharu yang dikesan atau sudah lama namun tidak sampai ke pengetahuan saya adalah apabila membeli tempoyak. Sukar untuk dikesan adalah tempoyak ini asli atau sudah bercampur dengan bahan-bahan lain kerana bau adalah sama.

Namun selepas memasak lauk menggunakan tempoyak, barulah kita perasan bahawa rasa tempoyak itu tidak seperti selalu. Lantas jiran mengatakan, mungkin ia sudah dicampurkan dengan pisang.

Pisang? Tapi mengapa? Mereka mahukan duit lebih? Mereka tidak memikirkan penipuan dalam berniaga itu akan ditanya dan dituntut di hari Perhitungan kelak.

Jawapannya : Manusia tidak mengira usia memang tamak. Tidak kira tua, muda, kecil, besar, miskin, kaya, sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi kaya walaupun dengan cara HARAM.

Benarlah kata Nabi : Jika manusia ini diberikan 2 gunung emas sebesar bukit Uhud, nescaya mereka akan meminta gunung emas yang ketiga.


Siri Belajar Daripada Sejarah


Belajarlah daripada Hikayat Singapura dilanggar todak, tidak perlu berbentengkan betis-betis manusia, jadilah Hang Nadim, bijak mencari idea berbentengkan batang pisang.


Pemimpin Hamba Rakyat


Kasihan rakyat sudah lama merintih...

Si bapa menyuruh anak-anaknya tutup lampu pada waktu malam dan tidur dalam kegelapan bagi menjimatkan elektrik namun terkejut apabila dikenakan bil eletrik RM 50 dan menyumpah seranahkan TNB... tapi pemimpin-pemimpin boleh habiskan eletrik RM5000 sehari tidak dikenakan apa-apa, kalau ikut mereka sampai ke lubang tandas pun mereka mahu aircond. Siapa sebenarnya hamba rakyat? Pemimpin atau rakyat itu sendiri?


kita berjumat bil air sebulan dengan tutup paip semasa keluar rumah, malam dan tidar membazir, dan bila dikenakan RM 40 sebulan kita dah marahkan jabatan air... tetapi pemimpin senang-senang menghabiskan RM 1000 sehari... Entah apa yang dibuat dengan air sebanyak itu. Mandi kolam agaknya dan tukar air selepas mandi. Siapa sebenarnya hamba rakyat? Pemimpin atau rakyat itu sendiri?

Bukan niat mahu menderhaka, tetapi di mana sang raja? Duduk diam sahaja? Semua penderitaan ini akan tertera dalam buku amalan pemimpin kelak pada hati yang tiada siapa boleh memberi pertolongan kecuali Nabi. Setiap penderitaan jelata yang sampai ke pengaduan Allah akan menyekat pemimpin itu daripada masuk ke Syurga Allah.

Terserah sekiranya ada yang mengatakan ini politik, terpulang pada tafsiran masing-masing. Derita ini tetap tercatat dalam buku yang tak pernah padam kecuali dengan kemaafan kepada manusia.

Sekian.. dari luahan rakyat berjiwa pemimpin..


Siri Belajar Daripada Alam


Belajarlah daripada bangunan. Ia tidak terdiri daripada satu batu. Tetapi memerlukan beribu-ribu batu-bata, dan ia tidak akan kuat dan gak melainkan dengan bantuan pasir, simen, batu kerikil dan sebagainya. Mempunyai tiang sebagai asas dan sokongan, dan dilindungi dengan atap, barulah ia siap dibina.

Alangkah damainya dunia jika organisasi manusia begini. Mereka yang di atas sedar dan ingat pada yang di bawah. Si miskin terus meniti hidup dengan si kaya tanpa dipisahkan dengan taraf kumpulan sosial.

Satu-satunya beza kita adalah TAQWA

Friday, July 1, 2011

Nuffnang : Selamat tinggal.


Ramai yang menasihati saya bahawa dengan blog boleh mendatangkan pulangan lumayan. Salah satu caranya adalah dengan mempromosikan web Nuffnang sebagai iklan sampingan. Maka setiap kali ada belian, secara tidak langsung pemilik blog akan mendapat bayaran sampingan.

Namun, sejauh manakah iklan ini membantu pemilik blog dan pembaca? Dengan iklan wanita-wanita non muslim yang berpakaian seksi mampukah ia dimuatkan dalam blog untuk tujuan komersial? Mampukah kita sekadar membaca tulisan atau artikel di tengah blog ini tanpa memandang ke arahnya?

Jawapannya sudah pasti tidak!! Rezeki itu datang dari Allah. Kita perlu berusaha mendapatkannya dengan jalan yang diredhainya. Tidak perlu meng'upload' iklan itu sedangkan kita berusaha ke arah kebaikan. sekiranya ada yang membeli dan kita mendapat komisen, sudah tentu ia tidak bertepatan dengan kehendak agama yang kita jadikan pakaian sehari-harian ini.

Maka, dengan mengharap redha Ilahi, saya menamatkan Nuffnang. Moga ada rezeki yang akan muncul 'Min Haithu La Yahtasib' . Sekian..

Perhimpunan HaRaM..


Jumaat, 1 Julai. : Satu perhimpunan haram telah diadakan pada tiap-tiap minggu bermula 5 minggu lepas. Semua rakyat boleh menyaksikan perhimpunan haram ini kerana mendapat liputan secara langsung dari stesen televisyen berbayar Astro.

Perhimpunan haram itu juga didalangi oleh orang kuat dan berjaya mendapatkan bantuan kewangan dari penaja-penaja tertentu. Perhimpunan haram itu juga mempunyai permit yang sah dan diluluskan oleh kementerian yang berkaitan.

Menurut peserta perhimpunan haram tersebut, ini adalah salah satu menggambarkan bahawa demokrasi di Malaysia berjalan lancar. Rakyat bebas berbuat apa yang mereka gemari selagi mana tidak mencetuskan kekacauan.

Menurut menteri berkenaan pula, perhimpunan ini tiada salahnya kerana menggambarkan hubungan mesra antara suami dan isteri yang boleh menjadi ikutan kepada masyarakat.

Walaupun mempunyai lesen dari kementerian, tidak menyusahkan rakyat, dan mengganggu ketenteraman, namun ia tetap HARAM. Mendedahkan AURAT serta menari-nari di khalayak ramai apatah lagi bersebelahan SUAMI yang TIDAK berkata-apa-apa adalah haram di sisi agama. SEMUA mazhab menegaskan aurat itu wajib ditutup. Kerana itulah ia adalah perhimpunan HARAM.

P/s : Gambar sekadar hiasan.

Kebijaksanaan


Kebijaksanaan ....



Adalah kemampuan untuk mengajak minda berfikir tentang kebesaran Allah.

Keupayaan membukakan hati-hati manusia agar patuh dan tunduk kepadaNya.

Keinginan menjadikan agama sebagai pakaian harian dari bangun tidur sehingga tidur semula.

Membuatkan kita memilih jalan yang benar walaupun berliku-liku.

Mengutamakan masa depan yang memerlukan bekalan.

Membuat bekalan secukupnya untuk masa depan itu.

Berani untuk melakukan perubahan dan berani berhijrah demi segunung impian di Sana.


Template by:
Free Blog Templates