Di taman ini
Ku lihat embun pada bunga yang layu
Lalu warnanya menjadi pudar
Ke mana menghilang bunga yang lain
Seperti bunga matahari
Aku rindu untuk menatapnya sehingga fajar
Aku sedang menunggu hari itu. . .
Di taman ini
Bukankah itu bunyi tangisan
Kerana bulan telah kehilangan senyuman
Ubati duka dengan tersenyum sendirian
Dalam cahaya lampu
Dedaun pilu memukul pandangan
Dan angin mula menerjah
Di taman ini
Semata-mata menanti cahaya bulan
Agar memberi kebahagiaan pada setiap mimpi
Mencuri sinarannya sebagai harapan
Sebagai mengubat segala derita
Biarlah kenangan itu hidup semula
Aku sedari
Kita tidak boleh mengalahkan takdir
Walaupun seorang pejuang
Atau pengembara jalanan
Dan terimanya dengan rela
kerana tidak lama lagi tiba masa untuk aku pergi
Sabarlah wahai tamanku
Kita perlu menunggu matahari terbit
Berjaga-jaga memikirkan kehidupan yang baru
Dengan pengorbanan dan harapan
Kerana apabila fajar datang menjelma
Malam ini akan menjadi ingatan
Dan hari baru akan bermula sekali lagi
Maafkan aku
Kerana menghilangkan seri taman ini
Dan jangan kau hindar dariku
Semata-mata kerana ingatan ini
Bukalah matamu seluas dunia
Kau akan memahami apa kebahagiaan
Lihatlah kepada sinaran merah itu
Hari baru telah bermula
0 comments:
Post a Comment