Aku sering bermimpi,
Tentang satu tempat yang jauh
Seakan-akan ia mengalu-alukan kedatanganku
Dan menunggu aku untuk
Orang ramai mula bersorak
Apabila melihat kehadiranku sebagai wira
Satu suara yang terus berkata
‘Mengapa engkau masih di situ’
Aku sering bermimpi
Dan mimpi itu tidak menjadi realiti
Aku bertanya tentang masa depan
Adakah tempat itu destinasiku?
Adakah mereka akan bersamaku?
Untuk membantu menghadapi apa jua rintangan
Aku melihat tempat itu
Ada liku-liku dan banyak persimpangan
Setiap langkah itu akan memberikan aku kekuatan
Apabila aku melangkah setapak
Aku tidak lagi boleh berundur
Jalan itu adalah jalan yang tidak diketahui
Aku rasakan mimpi ini sangat panjang
Sampai bila aku harus bermimpi
Dan dalam mimpi itu aku masih menanti
Adakah seribu tahun akan mengubah segalanya
Atau mungkin seumur hidup aku merana
Aku pernah gagal dan kecewa
Dalam gelita aku meratapi cahaya
Dan kini aku terpaku di sini
Dalam mimpi yang tidak mahu pergi
Aku menoleh ke belakang dan tidak ada sesiapa
Mereka semua berada di depanku
Dan aku melangkah ke landasan itu
Aku tahu aku perlu mencuba
Tidak kira rebah dan jatuh aku pasti berjaya
Siapa yang tidak pernah gagal dan kecewa?
Siapa yang tidak pernah meratapi cahaya?
Yang penting adalah bangun dan terus berusaha.
Terjaga aku dari mimpi itu
Dan aku akan menjadikannya realiti.
0 comments:
Post a Comment