Monday, October 24, 2011
Sunday, October 23, 2011
Rabiatul Adawiyah

رابعة العدوية
زاهدة، عابدة، خاشعة
اَلْعَابِدَةُ تَنَامُ عَلَى الْحَرِيرِ الْجَنَّة * كَأَنَّهُ فِرْدَوس فِي الْجَمَالِ وَالْبَهَاءِ
هِيَ خَيرُ اْلإِمَامَة وَخَيرُ الْهَادِيَة * وَجَدَتْ كِلاَهُمَا فِي الْلَيْلِ بُكَاءِ
وَتَخْتَرِ الشَّقَاءِ فِي سِجنِ الدُّنْيَا * وَفِي اْلآخِرَةِ إِسْمُكِ نُورُ الْمُضَاءِ
مُلِئْتِ يَوْمَكَ بِالدُّعَاءِ وَالرَّخَاءِ * وَالرِّضَا مِنَ الْخَالِقِ اْلأَرْضِ وَالسَّمَاءِ
وَزَيَّنْتِ بَيتَكِ بِالْحُبِّ وَالْهَنَاءِ * وَأَخَذْتِ اْللَيْل وَالنَّهَار سَوَاء
حِينَمَا يُخْبِرُكِ عَن حُبِّ الدُّنْيَا * قَولُهُ يُغَيِّرُ عَيْنَكِ فِي الْحَمْرَاءِ
حُبُّ عِنْدَ رَبِّكِ هُوَ اْلأَفْضَل * وَكَيفَ تَرَكْتِهِ لِلنَّاسِ غَيرَ الْوَفَاءِ
دَعَوْتِ كُلَّ السَّاعَةِ عَنِ السَّاعَةِ * إِنَّكِ شَدِيدة الْعَطَشِ إِلَى الْلِقَاءِ
Rabiatul Adawiyah
Seorang hamba tidur di atas sutera Syurga, seakan-akan Firdaus yang penuh kecantikan dan keagungan.
Dialah sebaik-baik pimpinan dan anugerah, dan dia mendapatkan kedua-duanya dalam tangisan di malam hari
Engkau pilih derita di penjara dunia agar di akhirat namamu seperti cahaya yang bersinar.
Engkau penuhkan harimu dengan doa dan harapan, dan (pohon) keredhaan daripada Pencipta bumi dan langit.
Dan engkau menghiasi rumahmu dengan cinta dan bahagia dan menjadikan siang dan malammu adalah (dipenuhi dengan amalan) sama.
Bilamana engkau diberitahu tentang cinta dunia, kata-kata itu membuatkan matamu menyala.
Cinta kepada Tuhanmu adalah yang terbaik, bagaimana kamu akan meninggalkannya semata-mata demi manusia yang tidak setia
Dan engkau berdoa di setiap masa tentang kematian, sesungguhnya engkau terlalu rindu kepada pertemuan itu (Bertemu dengan Kekasihmu)
Wahai Rabiatul Adawiyah ketaatanmu sangat agung, kepada Allah Kekasihmu yang tiada taranya.
Fairuz 23/10/2011
Tuesday, October 11, 2011
Bahagia dalam derita / اَلْهَنَاءُ فِي الْعَنَاءِ

وَلَمَّا جَاءَ إِلَيكَ الشَّقَاءَ وَالعَنَاء * تَذَكُّرْ بِأَنَّكَ تَطْلُبُ الْقُوَّةَ وَالصَّبَر
وَيَعْطِيكَ مَا تَحْتَاجُ وَلاَ مَا تُرِيدُ * لأَنَّ كِلاَهُمَا فِي الْعُسْرِ وَلاَ اليُسْرِ
تَشَاءُ الْغَد فِي الْغَنِيِّ وَالْجَزَاءِ * إِسْمُكَ فِي أَلْسِنَةِ الْفُقَرَاءِ بِالْفَخْرِ
بَلْ يَبْقِي شَقَاءَكَ طِوَالَ الْيَومِ * لِكَي تَشْعُرُ أَنْ تَطْلُبُ النَّاصِر
وَلاَ تَرَى أَشْجَارَ كَثِيرَة * وَمِنْ دُونِهَِا أَرْضُ الْواسِعَة وَالْقَفْرِ
وَلاَ الْقَائِد فِي السَّفِينَةِ إِلاَّ وَاحِدًا * وَلاَ تَغْضَبَ عَمَّا يَهْتَمُّ بِهِ الْقَدَرُ
أَتُفَكِّرِ الْمَالَ يَأْتِيكَ الْهَنَاء * سَيُطَارِدُ فِي نَومِكَ حَتَّى الْفَجْرِ
وَيَأْتِيكَ الْفَقْرِ بِالْحِكْمَةِ وَالذَّكَاءِ * لِسَافَرَ فِيهِ وَكُتِبَ إِسْمُكَ مَعَ اْلأَبْرَارِ
لاَ تَحْصُلَ عَلىَ مَا تَطْلُبُ * بَلْ يَمْلِئُهُ الْحَاجَةُ فِي اْلأَرْضِ وَالْبَحْرِ
Bahagia dalam derita
Apabila datang kepada engkau kesusahan dan derita, ingatlah bahawa engkau pernah meminta kekuatan dan kesabaran.
Dan Dia memberikan engkau apa yang engkau perlukan dan bukannya apa yang engkau mahukan, kerana keduanya (Kekuatan dan Kesabaran) ada di dalam kesusahan bukannya kesenangan.
Engkau impikan esok yang penuh dengan kekayaan dan kebaikan, (agar) namamu meniti di bibir orang miskin dengan penuh bangga.
Tetapi kesengsaraan kekal sepanjang hari, supaya engkau berasa perlu kepada Penolongmu
Dan janganlah engkau memandang pokok yang banyak, sehingga tidak perasan ianya (Terdiri dari) tanah yang luas dan hutan
Tidak ada kelasi dalam satu kapal kecuali seorang sahaja, dan janganlah engkau marah tentang apa yang diukur melalui kemampuan.
Adakah engkau menyangka harta itu membawa bahagia? (Bahkan) ia akan mengejar di dalam tidur engkau sehingga terbit fajar.
Dan Dia memberikan kemiskinan kepada engkau bersama hikmah dan kepintaran, untuk mengembara di dalamnya dan nama engkau bersama dengan orang yang soleh.
Engkau tidak akan mendapat apa yang engkau inginkan, tetapi Dia memberikan apa yang engkau perlukan di darat dan di laut.
Monday, October 10, 2011
Hidupkan Bahasa Syurga

Salah satu cara belajar bahasa arab yang terbaik adalah dengan bertutur dengan bahasa ini. Bahasa adalah perantaraan. Bahasa juga adalah komunikasi. Tidak ada yang menghidupkan sesuatu bahasa itu kecuali ia digunakan selalu.
Namun, pelajar di Malaysia masih lagi terikat dengan suasana melayu. Tidak banyak yang boleh diubah atau menyumbang kepada pembangunan kemahiran komunikasi bahasa Arab ini di negara ini.
Walau bagaimanapun, kita juga sering mendengar seseorang itu walaupun tidak belajar di negara Arab namun, boleh bertutur Arab dengan fasih dan mahir. Ia memerlukan usaha dan tumpuan yang tinggi dan berterusan. Latihan demi latihan, komunikasi demi komunikasi harus dilakukan setiap hari agar bahasa ini hidup dalam jiwa mereka.
Selamat berusaha bersama :)
Blog yang bersawang...

Agak lama juga penulis tidak mengisi blog ini dengan artikel atau sebarang penulisan kreatif. Kekangan masa dan tekanan pengajian yang terlalu banyak kerja untuk menggantikan sistem penilaian melalui peperiksaan menjadi punca utama.
Semester ini adalah semester yang paling sibuk. 5 subjek maksimum dihabiskan agar semester hadapan penulis boleh terus menulis tesis sambil mencari pekerjaan sampingan.
Semoga perancangan ini berhasil dengan usaha dan doa kerana tidak ada perkara yang berlaku tanpa izin dariNya dan sesetengah perkara itu terletak pada kita sendiri kerana Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.
Friday, September 30, 2011
لا تيأس
لا تيأس
هناك الشدائد الكثيرة في طريقة النجاح. المشكلة مثل بعيد من الأسرة والأصدقاء أو لا يحصل على العمل المعين يمكن يأخذاني على الهم والحزن.
فلذلك، نرى على نعمة الله التي موجودة فيها. فوجدنا النعمة في المجاولة والنعمة في الجهد لحصول على ما نريد. المهم هنا هذان شيئان.
عندنا الجهد والاجتهاد لنيل الارادة. النتيجة ليس منا ولكن من ربنا. إذا كان نجتهد الجهاد الحقيقي ولكن النتيجة غير النجاح، ولا تيأس لأن هذه النتيجة منه فقك. ما عندنا القدرة لتأكيد على هذا الأمر ولكن قدرتنا في الجهد والاجتهاد فقط.
لا تيأس... لا تيأس ... حتى أن تكون متمكن في اللغة ..
بارك الله في جهودهم
Thursday, September 29, 2011
Siri Belajar Daripada Alam (Syair Imam Syafie)

Belajarlah daripada Singa : Singa hanya akan dapat menerkam mangsa setelah dia keluar daripada sarangnya.
P/s : Seseorang itu akan menjadi hebat hanya setelah dia berjaya keluar dari daerah dirinya. Sama ada berhijrah ke tempat lain atau berhijrah dalam makna majaz atau hijrah perbuatan. Tidak ada rezeki yang datang bergolek dengan mudah. Telah menjadi hukum alam untuk keluar mencari rezeki itu. Usaha dan Tawakal menjadi Sunnatullah.
Sunday, September 18, 2011
Nikmat Berusaha ...

Dunia ini luas terbentang. Rezeki di mana-mana. Kita hanya perlu berusaha untuk mencarinya. Hasilnya hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Memberi. Jika kita sudah berusaha namun tidak berhasil, maka ketahuilah Allah akan memberi pada lain waktu atau mahu memberi yang lebih baik.
Ungkapan yang paling sesuai adalah 'Sabran ala Sabran'. Bersabar di atas bersabar. Dengan kata yang lain, bersabar dalam bersabar. Jika sabar kita mempunyai had bererti sabar kita ini terhad sedangkan rahmat Allah Maha Luas. Kesabaran kita dalam berusaha adalah satu nikmat yang Allah beri kepada kita dalam keadaan kita tidak menyedarinya.
Sesungguhnya, jika tidak ada sebarang hasil dari usaha kita selama ini, ketahuilah ada nikmat yang diperoleh. Iaitu nikmat berusaha dan nikmat mencuba. Semoga dengan usaha kita pada hari ini membuka pintu-pintu rezeki kita yang lain. InsyaAllah....[]:-) =
Filem Melayu Malaysia sampah?!!?

Tajuk ini mungkin sudah biasa didengari oleh kebanyakan kita. Ada juga yang menganggap tajuk ini kurang ajar kerana merendah-rendahkan mentaliti masyarakat Melayu di Malaysia. Namun, apakah kita tidak berfikir terlebih dahulu sama ada ia benar atau tidak?
Rata-rata filem tidak memberi kesan kepada masyarakat. Penerbit dan pengarah ternyata berjaya menggelakkan penonton di wayang dan di rumah melalui layar perak dan kaca tv tetapi selepas itu apa? Mereka gelakkan penonton atau pengarah atau penulis skrip atau diri mereka sendiri?
Kisah-kisah seperti lelaki mahu putuskan tunang dan menyambung semula pertunangan sebanyak 3 kali kerana salah nama kekasihnya, cerita hantu yang diakhiri dengan hantu itu berjaya dihalau, serta lawak pagi raya yang mengisahkan bagaimana perjalanan balik kampung seseorang berleluasa pada masa kini.
Apakah pengajaran yang dapat dilihat dalam filem ini? Jangan berkata tentang filem ini akan menginsafkan remaja tentang bahaya menjadi mat rempit sekiranya filem itu sendiri menayangkan hampir 50% cerita tentang aksi rempit.
Teramat merbahaya pada masa kini apabila sesetengah pelakon dan pengarah mempergunakan ayat-ayat zikir serta agama untuk menjadi bahan lawak. Adakah ustaz yang menghalau hantu dalam beberapa cerita itu adalah orang muda yang bebas bergaul dengan wanita bukan mahram? Adakah istighfar untuk dipermainkan dan digelakkan? Lelaki menjadi wanita hukumnya haram bukan sahaja dipertontonkan malah ditertawakan. Lebih memburukkan keadaan, mereka yang melakonkannya itu berkata ini tidak salah.
Malapetaka sangat dahsyat apabila seseorang itu melakukan kesalahan dan berkata dia tidak bersalah. Para alim ulamak yang memegang jawatan dan masyarakat perlu memperbetulkan hal ini. Jangan hanya tertumpu kepada masalah qunut, doa selepas solat ada atau tidak, namun tumpukan kepada akidah dan fikirkan umah masa kini agar tidak tersesat dalam gelak tawa peminat.
Penulis selesai menonton filem sang murabbi serta sang pencerah. Alangkah baiknya jika Malaysia mampu membuat filem sebegini. Sudah tentu pulangan akan merugikan. Namun pengajarannya lebih mahal dari menggabungkan kesemua filem yang ada pada masa kini.


