Apa pilihan yang manusia ada
Ketika jalan tiba di bukit,
Sama ada turun dengan laju atau
naik dengan kesusahan
Masuk ke dalam gua yang gelita atau
tunggu gua itu membuka jalan
Menang dalam kesusahan atau tunggu
kemenangan datang dalam angan
Terlepas dari mulut singa masuk
pula ke mulut buaya
Pepatah ini mengatakan hidup adalah
ujian
Dan apabila selesai satu ujian
datang pula ujian yang lain
Manusia tidak akan boleh menang
melainkan dengan sabar dan berani
Sabar dengan iman dan kesemuanya
akan menjadi senang
Berani dengan rasa takut tetapi
masih bersenjatakan doa yang tajam
Risau ada wajah yang dikenali ketika menghampiri penamat
Adakah itu seteru atau musuh dalam
buku
Wajah itu tersenyum dengan senyuman
yang menggoda
Namun ingatlah bahawa hati manusia
ini berbeza
Sama ada ia merah yang membakar atau putih dan bersinar
Sama ada ia merah yang membakar atau putih dan bersinar
Mara dengan doa dan harapan
Harungi jalan ini kerana di
hadapannya ada musim bunga
Tiba ke destinasi dan nikmati keindahannya
Kerana setelah perjalanan yang penuh sengsara, keindahan menanti.
Tiba ke destinasi dan nikmati keindahannya
Kerana setelah perjalanan yang penuh sengsara, keindahan menanti.
Sesungguhnya bersama-sama dengan
kesusahan itu adalah kesenangan
0 comments:
Post a Comment