Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Monday, July 11, 2011

Gagal & Berjaya (Mimpi & Realiti)




Aku sering bermimpi,


Tentang satu tempat yang jauh


Seakan-akan ia mengalu-alukan kedatanganku


Dan menunggu aku untuk


Orang ramai mula bersorak


Apabila melihat kehadiranku sebagai wira


Satu suara yang terus berkata


‘Mengapa engkau masih di situ’




Aku sering bermimpi


Dan mimpi itu tidak menjadi realiti


Aku bertanya tentang masa depan


Adakah tempat itu destinasiku?


Adakah mereka akan bersamaku?


Untuk membantu menghadapi apa jua rintangan




Aku melihat tempat itu


Ada liku-liku dan banyak persimpangan


Setiap langkah itu akan memberikan aku kekuatan


Apabila aku melangkah setapak


Aku tidak lagi boleh berundur


Jalan itu adalah jalan yang tidak diketahui


Aku rasakan mimpi ini sangat panjang




Sampai bila aku harus bermimpi


Dan dalam mimpi itu aku masih menanti


Adakah seribu tahun akan mengubah segalanya


Atau mungkin seumur hidup aku merana


Aku pernah gagal dan kecewa


Dalam gelita aku meratapi cahaya


Dan kini aku terpaku di sini


Dalam mimpi yang tidak mahu pergi




Aku menoleh ke belakang dan tidak ada sesiapa


Mereka semua berada di depanku


Dan aku melangkah ke landasan itu


Aku tahu aku perlu mencuba


Tidak kira rebah dan jatuh aku pasti berjaya


Siapa yang tidak pernah gagal dan kecewa?

Siapa yang tidak pernah meratapi cahaya?


Yang penting adalah bangun dan terus berusaha.




Terjaga aku dari mimpi itu


Dan aku akan menjadikannya realiti.



Sunday, July 10, 2011

Di taman ini




Di taman ini
Ku lihat embun pada bunga yang layu
Lalu warnanya menjadi pudar
Ke mana menghilang bunga yang lain
Seperti bunga matahari
Aku rindu untuk menatapnya sehingga fajar
Aku sedang menunggu hari itu. . .


Di taman ini
Bukankah itu bunyi tangisan
Kerana bulan telah kehilangan senyuman
Ubati duka dengan tersenyum sendirian
Dalam cahaya lampu
Dedaun pilu memukul pandangan
Dan angin mula menerjah


Di taman ini
Semata-mata menanti cahaya bulan
Agar memberi kebahagiaan pada setiap mimpi
Mencuri sinarannya sebagai harapan

Sebagai mengubat segala derita
Biarlah kenangan itu hidup semula



Aku sedari
Kita tidak boleh mengalahkan takdir
Walaupun seorang pejuang

Atau pengembara jalanan
Dan terimanya dengan rela
kerana tidak lama lagi tiba masa untuk aku pergi



Sabarlah wahai tamanku

Kita perlu menunggu matahari terbit
Berjaga-jaga memikirkan kehidupan yang baru
Dengan pengorbanan dan harapan
Kerana apabila fajar datang menjelma
Malam ini akan menjadi ingatan
Dan hari baru akan bermula sekali lagi



Maafkan aku

Kerana menghilangkan seri taman ini

Dan jangan kau hindar dariku
Semata-mata kerana ingatan ini

Bukalah matamu seluas dunia
Kau akan memahami apa kebahagiaan

Lihatlah kepada sinaran merah itu
Hari baru telah bermula




Thursday, July 7, 2011

Red Karpet





Jalan berliku menanti di hadapan para pejuang. Ia menuntut semangat, disiplin, usaha dan yang paling penting istiqamah. Ia penuh misteri dan rintangan. Ia tidak mudah. Namun ia juga bukanlah sesuatu yang mustahil untuk para pejuang tiba di hujungnya.

Sekiranya mudah, nescaya ramai yang mampu melakukannya. Ramai jugalah yang telah bergelar pejuang Islam. Namun, sehingga ke hari ini pejuang ini sedikit bilangannya. Kerana ia sukar untuk diharungi.

Sekiranya dibentangkan 'red karpet' ia memang bukan berjuanglah namanya. Sekiranya jalan itu lurus dan mudah tanpa rintangan, itu mampu dilakukan oleh semua orang.

Jalan yang sukar itu adalah jihad. menegakkan Islam dan menyebarkannya. Berkata benar walaupun di hadapan mata pedang yang tajam. Jalan yang lapang itu pula adalah jalan yang selamat. Bekerja dan hidup seperti biasa dan berterusan sampai mati.



Tazkirah pagi Jumaat : Palestin



3 malam yang lalu, penulis mendengar ceramah Isra' Mi'raj di Masjid Tengku Ahmad Jerantut. Tuan Penceramah banyak lari dari tajuk kerana tajuk ini sememangnya sudah menjadi kebiasaan pada kita. Tumpuannya adalah pada kejadian-kejadian semasa perjalanan nabi.

Salah satu topik penting itu ada tanah bumi semasa Mi'raj, iaitu Palestin. Bumi ini yang menjadi kayu ukur sekuat mana umat Islam pada masa ini. Kuatnya Islam di Palestin bererti kuatnya Islam di seluruh dunia.

Alangkah malangnya kita yang bersenang-lenang di sini ketika saudara kita berperang di sana. Pemimpin-pemimpin lantang berkata, "Alhamdulillah kita di sini aman damai." Jangan kita lupa, mereka akan menuntut hak mereka iaitu mempertahankan Islam dan saudara seagama di hadapan Allah kelak.

Palestin tetap bertempur. Dengan gerakan bawah tanah dan tentera bersedia, maka sokonglah mereka. Infaqlah harta kita ke jalan jihad. Biarpun kita tak mampu berjihad namun harta kita akan menjadi sumbangan yang bernilai dan saham yang paling untung di Akhirat kelak.


الدنيا السفر

Wednesday, July 6, 2011

Berpakaian kerana apa


Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dalam berpakaian. Kerana melalui pakaian kita boleh mendapat pahala dan dosa. Allah tidak melihat kepada pakaian apa yang kita pakai tetapi pakaian itu untuk apa.

Sekiranya kita mengambil berat kepada prinsip berpakaian apa, maka terjadilah fesyen-fesyen terbaru yang menjolok mata. Ini kerana mereka berpakaian untuk menunjuk-nunjuk, berpakaian kerana keagungan dan mencari populariti di kalangan manusia, dan seumpamanya.

Namun, jika kita bertekad dan berpegang kepada prinsip 'Berpakaian untuk apa', maka kita akan tahu berpakaian kerana Allah. Ia akan disusuli keinginan untuk berpakaian sempurna dalam usaha mengabdikan diri kepada Allah dan melakukan segala yang disukaiNya.

p/s: Kepada muslimat : Berpakaianlah seperti isteri-isteri nabi yang melabuhkan pakaiannya.

Muslimin : Didiklah wanita-wanita di sekeliling kita untuk mengikutinya.


Monday, July 4, 2011

Dunia Malam


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

Dunia bagaikan malam yang indah

Menghiburkan walaupun seketika

Merehatkan jasad yang berkerja

Mendamaikan hati yang terluka

Mengasyikkan hingga mata terlena


Dunia bagaikan malam yang gelita

Tiada cahaya dari suria

Sepi tanpa sebarang suara

Namun petunjuk dari bintang

Ditemani sinar rembulan terang

Agar tidak sesat di jalanan.


Dunia bagaikan malam yang berlalu

Masihkah esok masih ada

Masihkah mentari menyinar

Pada pagi yang bakal menjelma

Pada ruang untuk manusia

Memohon taubat dan rahmat dariNya


Dunia tetap umpama malam

Walaupun tuhan turun ke langit dunia

Walaupun pintu taubat terbuka

Walaupun doa diterima

Namun manusia memilih untuk terus terlena




Pengembara & Destinasi


Empunya catatan ini bernama Muhamad Fairuz, seorang pengembara dari Jerantut, Pahang, menjelajah kehidupannya dan mencatatkan apa yang didapatinya semasa pengembaraannya agar dapat dikongsi bersama. Dengan perkongsian yang sedikit ini, diharapkan ia mampu menjadi wadah dalam menyampai ilmu dan maklumat dalam bentuk sastera dan ilmiah.

Segala cadangan dan perbincangan boleh dilakukan di sini dalam memperbaiki diri, memperbaiki catatan agar tidak terkeluar dari landasan pengembaraan.

Kita adalah pengembara dan kita akan tiba jua ke destinasi kita. Sediakan bekalan yang cukup kerana destinasi itu cuma ada DUA tempat. Harapan atau kepanasan.

Segala kesilapan pengembara ini harap dapat dimaafkan. Apa yang baik jadikan sebagai panduan dan ingatan dan segala yang buruk doakanlah pengembara ini agar mendapat Hidayah dari Ilahi. Wassalam..


Template by:
Free Blog Templates