Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Wednesday, August 17, 2011

Siri Belajar Daripada Alam (Getah)


Belajarlah daripada getah. Menganjal bila ditekan, melantun bila dilempar.


Sebagai negara pengeluar getah utama dunia, pasti kita melihat getah ini dari pelbagai sudut. Salah satunya sifat kenyal. Sebagai orang yang berfikir, alam ini adalah ilmu kepada kita dan begitu juga dengan getah.

Kekenyalan getah diibaratkan seperti masa lalu kita yang dipenuhi dengan kegagalan. Apa yang perlu diambil iktibar adalah kemampuan kita untuk melantun kembali atau bangkit dari kegagalan.

Selamat Bangkit []:-) =


Siri Belajar Daripada Alam (Lautan)

Belajarlah daripada lautan yang bergelora. Semua nakhoda kapal akan menunjukkan kecekapan masing-masing. Berbeza dari lautan yang tenang. Kelasi bawahan juga boleh menjadi nakhoda di air tenang...

P/s : Kesulitan dan cabaran yang kita lalui membentuk diri menjadi lebih kuat. Sebaliknya, kita tiada halangan dan rintangan, kita akan menjalani hidup yang biasa sahaja dan pasif. Tiada usaha dan kemajuan.



Tuesday, August 16, 2011

سكوت المروءة


Dalam Islam ada satu istilah seperti tajuk di atas (Sukutul Muruah) iaitu perkara yang menjatuhkan maruah atau menggugurkan maruah. Antaranya beberapa perbuatan yang dilakukan pada masa ini yang dianggap biasa pada kebanyakan orang Islam namun ia menjatuhkan maruah kita.

Antaranya adalah mencium isteri di khalayak ramai, sama ada sudah lama tidak bertemu atau selepas majlis perkahwinan untuk membatalkan air sembahyang. Cukup sekadar berpimpin tangan sahaja untuk mematuhi adab-adab di hadapan orang ramai. Hatta di depan anak sendiri juga tidak dibenarkan.

Dan bagi perkahwinan, cukup sekadar suami hulur tangan dan isteri menyambut dan mencium tangan suami. Jangan mengikut artis-artis Malaysia kerana mereka juga meniru dari budaya barat.

Amalkan membaca dan menghayati Al-Quran dan Hadith maka hidup kita akan mengikuti dua mukjizat ini. Jika sering membaca majalah hiburan atau televisyen yang lalai, maka hidup kita akan jadi lalai.

Biarlah kita menjadi idola kepada masyarakat yang lalai ini. InsyaAllah hidayah ada menanti dan mereka tergerak untuk mengikut kita.

Selamat mengubahnya...


Malam Keampunan dan Kecurian


2 malam berturut-turut kejadian pecah kereta di Masjid Jerantut pada malam pertengahan Ramadhan yang dijanjikan Keampunan (Ausatuhu maghfirah)

Tidak dapat dipastikan siapa yang mencuri sama ada Islam mahupun agama lain namun ia amat membimbangkan terutama bagi mereka yang di atas pagar (Nak pergi masjid ke tak)

Namun, sekiranya pencuri itu adalah Muslim, amatlah rugi dengan keberkatan Ramadhan dan segala kelebihan di dalamnya tidak mampu mengubah diri daripada melakukan kejahatan apatah lagi sesama manusia yang mahu mengerjakan ibadah di rumah Allah.

Mungkin juga masjid ini sudah memerlukan kamera litar tertutup untuk menjadi mata-mata. Manusia kini sudah lari dari agamanya seperti mana kalam Rasulullah S.A.W. bila mana seseorang itu beriman dia tidak akan mencuri.

Sama-samalah berdoa agar kita mempunyai niat iklas hadir ke masjid bertujuan beribadah. Jika tidur dalam masjid itu juga dengan niat iktikaf sudah pahala. Namun, jika kita membuat kemungkaran di Rumah Allah ini atau di persekitarannya, ingatlah kita sedang diperhatikan.

Selamat Beribadah.


Sunday, August 14, 2011

أُمُّ وَلَدِي


Ibu anakku

Aku berjalan di dalam satu perjalanan yang panjang, dan inilah kisahku yang mempunyai pengajaran.


Esok akan datang kepadaku dan aku masih keseorangan, dan di mana mawarku bersama durinya.


Dia adalah sahabatku yang bijaksana dan solehah, dialah kekasihku di langit yang bergemerlapan.


Dan cahayanya menyinari ke seluruh alam, di bumi ia umpama mawar yang mekar.


Aku tidak pedulikan harta dan kecantikan, ia adalah perkara yang berubah dan tidak tetap.


Ketahuilah wahai hatiku tentang cahaya hidupku, keimanan adalah polisi (Pemilihan) yang terbaik.


Kemiskinan di dunia tidak menjadikan aku hina, ia hanyalah pandangan bagi mata yang lena (Lalai).


Hari apakah yang lebih indah selain hari bersamanya, menjadikan malam-malamku satu kegembiraan.


Dia (Allah) telah menetapkan takdir hidupku sebaik-baik takdir, dan aku harap dapat bersamanya (Kekasihku) di kala susah dan senang.


Dan aku memperbaiki akhlakku agar menepati selembut-lembut wanita sepertinya, dialah ibu kepada anakku seperti bulan empat belas bercahaya…



Fairuz, Jerantut, 15 Ramadhan

[]:-)=


Friday, August 12, 2011

Skrip Penjajahan (Bahagian 2)



* * * * * * *

Bom! Bangunan Trapezium bergegar lagi. Kali ini sasarannya bukanlah tentera pejuang Gamma yang berada di dalamnya sebaliknya stor penyimpan makanan. Pihak Gamma bergegas memadamkan kebakaran namun nyata segalanya sudah terlewat. Api telah menjilat hampir keseluruhan objek yang ada di dalam stor itu. Ternyata pihak musuh sengaja mengebom tempat simpanan makanan tentera dan Presiden Gamma bagi melemahkan semangat mereka.


“Tuan Komander, kita tiada pilihan lagi. Stok makanan yang tinggal hanya cukup untuk beberapa hari saja lagi. Jika ini berterusan kita akan mati kelaparan,” kata seorang pegawai yang melaporkan kejadian pengeboman itu kepada Komander Orrey.


“Jahanam Pihak KALA, dalam masa semalaman sahaja kita diserang dua kali. Malah bekalan makanan kita pula terbakar. Suruh pejuang-pejuang kita bersiap sedia dan nantikan arahan aku yang seterusnya. Aku ingin berjumpa dengan Tuan Presiden sekarang!” arah Komander Orrey kepada anak buahnya.


Setelah Komander Orrey berada di hadapan bilik Tuan Presiden Zeto, keluar soorang doktor peribadi dari bilik Tuan Presiden. “Komander, Tuan Presiden kita berada dalam keadaan yang tidak selamat. Selain menjadi buruan peluru dan bom musuh, tahap kesihatannya turut menurun,” kata Doktor Haras.


“Apa yang mampu aku lakukan. Harapan terakhir kita ialah dari serangan balas tentera Gamma yang harapnya boleh menghapuskan musuh atau setidak-tidaknya menghalau mereka keluar,” terang Komander.


“Kau pergilah berjumpa dengannya. Kita semakin kekurangan ubat. Jika keadaan terus begini, padahnya bukan menimpa Tuan Presiden sahaja, kita semua pun akan turut terkorban,” balas Doktor Haras.


Komander Orrey memasuki bilik Presiden yang terletak di bawah tanah bangunan Trapezium atas dasar keselamatan. Namun ia bukanlah sebuah bilik mewah yang penuh dengan perhiasan sebagai lambang keagungan seorang ketua negara sebaliknya hanyalah satu tempat yang kosong dan hanya menanti masa untuk menyembah bumi. Presiden Zeto masih terbaring namun dalam keadaan sedar beliau sempat melemparkan senyuman kepada Komander Orrey.


“Tuan, stor bekalan makanan kita sudah dibom. Bekalan yang tinggal hanya cukup untuk seminggu sahaja. Semalam dua bangunan utama pentadbiran juga telah terkena bedilan bom musuh malah seorang kanak-kanak kecil telah ditembak mati tanpa belas kasihan. Kita tiada pilihan lain melainkan menyerang balas. Menang atau kalah itu nombor dua, yang penting kita mesti bertindak sekarang!” tegas Komander Orrey.


“Sabar Komander. Bukankah aku sudah kata tindakan itu sia-sia sahaja. Selepas ramai rakyat kita terkorban, penduduk dunia akan bangkit dan mendesak Pihak KALA agar keluar dari negara kita,” tingkah Presiden Zeto.


“Tapi Tuan, benarkanlah pihak tentera kita memerangi musuh. Sia-sia sahajalah aku belajar ketenteraan dan strategi selama ini jika tidak digunakan ada masa yang amat diperlukan,” desak Komander Orrey.


“kau patut tahu mengapa aku tidak membenarkan kau membuat serangan ke atas tentera musuh. Kekuatan yang mereka ada boleh menghapuskan seluruh tentera pejuang dan rakyat kita bila-bila masa sahaja. Aku selama ini secara diam-diam telah membuat perjumpaan secara rahsia dengan ketua pihak KALA. Mereka hanya mahu menangkap penjenayah antarabangsa. Setelah mereka memastikan ia tiada di bumi ini, mereka akan keluar,” ujar Presiden.


“Jadi, Tuan percaya dengan kata-kata mereka?” balas Komander Orrey. “Sudah pasti aku tidak percaya. Namun rundingan antara kami hanya untuk melengahkan masa sahaja sementara menunggu jabatan perisikan kita meminta bantuan luar. Serangan balas kau secara tidak langsung akan membangkitkan kemarahan mereka dan peperangan yang lebih besar lagi akan tercetus,”terang Presiden.


* * * * * * *

KO35 bergolak lagi. Tentera pihak KALA datang dan menyiksa rakyat yang ada di sana. Harta benda penduduk habis dirampas. Sesiapa yang melawan akan diberi hukuman yang kejam.


Rakyat hanya mampu berpeluk tubuh. Tidak mampu melawan. Sedang tentera pihak KALA berkumpul ramai-ramai dihujung penempatan KO35, datang seorang perempuan tua ke arah tentera tersebut. Tentera pihak KALA terkejut dan mendekati perempuan tua itu.


“hahaha, perempuan tua ini sungguh berani. Dia tak takut akan kematian yang berada di depan matanya,” kata salah seorang dari tentera itu. “Dia sudah gila agaknya,” kata seorang lagi dan disambut dengtan hilai tawa sepasukan tentera pihak KALA yang berada di situ.


Bang! Satu lagi letupan kuat yang kedengaran di kawasan pedalaman KO35. Penduduk terdiam seketika. Ketakutan. Adakah itu serangan jet pejuang tentera pihak KALA atau serangan pihak Gamma? Atau pun pasukan Artileri KALA telah tiba iaitu sepasukan tentera yang menggunakan senjata meriam yang amat kuat yang dikatakan akan tiba di negara ini bila-bila masa sahaja.


Namun tiada searang bunyi serangan mahupun jet pejuang yang kedengaran lagi. Sebahagian penduduk yang agak berani menyusun langkah perlahan-lahan menuju arah letupan tadi walaupun tahu risikonya amat tinggi. Di sana kelihatan cebisan-cebisan mayat yang bergelimpangan. Umumnya penduduk sudah dapat menduga apa yang telah terjadi.


Wanita tua itu telah memasang bom C4 pada badannya dan apabila tentera pihak KALA menghampirinya, dia segera meletupkan bom itu. Dengan kekuatan bom C4 yang sememangnya sering digunakan untuk meletupkan bangunan, maka tentera pihak KALA yang berada berdekatan dengannya pasti terkorban.

* * * * * * *


Bersambung da...




Siri Belajar Daripada Alam (Burung)


Belajarlah daripada burung-burung yang berterbangan. Ketuanya tidak memberi arahan untuk terbang. Namun, ketua itu terbang dahulu dan barulah diikuti oleh anak buahnya yang lain di belakangnya sehingga menampakkan bentuk V.

Penulis juga sebentar tadi berkesempatan untuk berterawih seperti biasa. Cuma malam ini penulis memilih tempat strategik iaitu di sebelah budak-budak. Golongan suci ini lebih mudah diajar dan disuruh. Kita buat dan dia akan ikut.

Penting bagi mereka untuk mengetahui sebab mengapa kita membuat setiap ibadah itu. Kita tidak boleh hanya menyuruh mereka mengerjakan solat atau meluruskan saf dan merapatkannya tanpa memberitahu hikmah.

Secara tak langung kita dapat menyampaikan dengan lisan dan tauladan walaupun diri penyampai tidak sempurna mana. Manusia itu akan sempurna bila mereka berjemaah. Pada masa ini mereka akan saling melengkapi.


Selamat Berjemaah []:-) =


Thursday, August 11, 2011

Jamuan Ramadhan


Ramai yang gemar membuat jamuan dan rumah terbuka semasa syawal. Hari Raya ke-10 masih ada rumah terbuka yang entah bila memberi kita ruang untuk berpuasa enam yang nilainya sama seperti berpuasa selama setahun.

Namun sedarkah kita bahawa rumah terbuka dan jamuan sebaiknya dilakukan semasa Ramadhan. Ganjaran pahala sedekah dan memberi makanan yang enak kepada tetamu dan tetamu turut membawa rahmat ke dalam rumah itu dipandang sepi.

Masyarakat hanya tertumpu kepada terawih dan berbuka dengan banyak tanpa mengambil kira semua amalan adalah berganda 70. Jadi, sedekah, memberi makan, menjemput tetamu, dan lain-lain juga akan berganda.

Justeru, pilih hari yang lapang dan jemputlah rakan dan jiran untuk berbuka di rumah anda. Jika tidak mampu, belikan mereka juadah berbuka atau berkongsi juadah agar kita mendapat pahala yang banyak berbanding jika dilakukan di bulan Syawal.

p/s : 70 lebih baik dari 1. jd, jangan beri ALASAN. Hanya orang yang kedekut sahaja yang tidak memberi dan mengharapkan pemberian. Jika ingin memiliki, maka kita perlu memberi.

(Gambar sekadar hiasan)

[]:-) =

Mari Belajar Balaghah (Arab)


Balaghah dalam arab bermaksud sesuatu ayat atau frasa itu mempunyai unsur sastera yang tinggi yang boleh mempengaruhi pembaca atau pendengar. Seperti mana bahasa Melayu, Bahasa Arab juga membahagikan Balaghah kepada beberapa bahagian :-)

1. Ilmu Bayan
Lebih kepada penerangan atau perumpamaan serta personifikasi.

contoh : Dia seperti singa di sekolah itu.
Jiwaku tersenyum.


2. Ilmu Maani
Mengutamakan maksud dalam frasa atau ayat.

contoh : Rezeki turun dari langit (Sebenarnya bukan rezeki tapi hujan, dan hujan yang menumbuhkan pokok yng seterusnya memberi rezeki)

3. Ilmu Badi'
Aspek keindahan bahasa

contoh : Matanya bersinar apabila dia berjaya memperoleh mata kemenangan. (Mata 1 bermaksud mata sebenar, mata 2 bermaksud markah)


Contoh di atas amat sedikit dan ringkas jika dibandingkan dengan ilmu Balagha yang penuh. Ia hanya sekadar perkongsian ringkas dari penulis dengan ilmu yang sedikit ini.


Wednesday, August 10, 2011

Rakan Masjid


Apabila masjid dipenuhi dan jemaah semakin ramai, barulah ternyata kelemahan Umat masa kini. Data ini seakan-akan terbalik dengan apa yang sering disebutkan iaitu masjid dipenuhi tanda umat kuat.

Penulis sebenarnya bermaksud, apabila masjid didatangi dengan orang yang kurang ilmu agamanya termasuk diri ini, maka banyak kesilapan yang berlaku.


Saf yang tidak rapat, anak-anak kecil yang bising di belakang dan jemaah solat di hadapan, masih berbual walaupun imam mengangkat takbir, saf kosong yang tidak di isi dan beberapa perkara lain yang boleh diperbaiki.

Nyata, kita masih perlukan bimbingan ustaz dan para alim ulamak untuk membimbing kita keluar dari masalah ini. Hari demi hari dan Ramadhan tiba di pertengahan, masjid yang dulunya penuh pada hari pertama juga telah tiba di pertengahan. (Jemaah tinggal separuh)

Maka, dengan sedikit ilmu tentang solat yang kita miliki perlu ditambahkan dengan menghadiri kelas-kelas agama, kuliah maghrib dan mendalaminya pada bila-bila masa. Ia nampak seperti perkara-perkara remeh dalam solat jemaah tetapi jemaah inilah yang menunjukkan kekuatan sebenar ummah bukan sekadar masjid yang penuh tetapi penuh kesilapan.

p/s : Ramadhan bukan sekadar menambah amal dan memenuhi masjid tetapi tentang memperbaiki kesilapan []:-) =




Tuesday, August 9, 2011

HPA : EQ Minda


PENGENALAN

EQ MINDA merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.

Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapata melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.


TAKRIF EQ (EI)

Para sarjana telah membuat definisi EQ sebagai:

“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies that predict positive outcomes at home with one’s family, in school and at work. People who possess these are healthier, less depressed, more productive at work and have better relationships.”

Perbezaan di antara EQ dan IQ adalah IQ mudah diukur dan stabil setiap waktu, manakala EQ sukar diukur dan tidak stabil sepanjang masa. Hanya sistem pendidikan yang sempurna dan bersifat Rabbani yang mampu melahirkan bukan hanya generasi minda kelas pertama tetapi ilmuan cemerlang lagi muttaqin.


RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA

1. Madu Lebah (Honey)
2. Badam (Almond)
3. Habbatus Sauda’ (Black Seed)
4. kacang Adas (Lentil)
5. Kurma (Dates)
6. Tin (Figs)
7. Kismis (Raisins)
8. Zaa’rafan (Saffron)
9. Halia (Ginger)


PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA


1. MADU LEBAH (HONEY)

Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.


2. BADAM (ALMOND)

Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia.

Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:

35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)
20% DV bagi magnesium
15% DV bagi phosphorus
13% DV bagi riboflavin
8% DV bagi kalsium
6% DV bagi iron dan zink
4% DV bagi asid folik dan niasin


3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)

Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.


4. KACANG ADAS (LENTIL)

Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61).

Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.


5. KURMA (DATES)

Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.


6. TIN (FIGS)

Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.


7. KISMIS (RAISINS)

Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.


8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)

Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.


9. HALIA (GINGER)

Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi.

Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.


Penggunaan EQ Minda:
Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari


Ulasan Pengarah Urusan HPA tentang produk ini:


Penyakit kuning selepas bersalin

Bagi mengelakan berlakunya penyakit kuning pada anak-anak kecil selepas bersalin , para ibu bolehlah mengamalkan ubatan HPA yang terdiri dari :-

1. Eq minda – pengambilan mestilah sejak dari tujuh bulan mengandung (2 sudu besar x 3 kali/hari)

2. omega 3 kapsul – 2 x 3

3. Spirulina kapsul – 2 x 3

Kesemua herba diambil sejak dari 7 bulan lagi. Anak yang lahir bukan sahaja tidak terkena demam kuning tetapi menunjukan kecerdasan minda dari kecil lagi.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 50
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM
Nilai Mata (NM): 10


HPA : Bermula sekarang


Segala jenis perniagaan atau punca pendapatan tidak datang bergolek. Ia tidak mudah untuk dimiliki kecuali keajaiban berlaku, sama ada kita menang dalam pertandingan atau menerima bonus hujung tahun.

Begitu juga dengan Bisnes MLMS ini. Multilevel Marketing Syariah milik HPA. Ia tidak boleh menjana keuntungan dalam masa semalaman. Bahkan sepuluh tahun belum tentu boleh merubah hidup kita.

Hanya beberapa individu yang hebat sahaja boleh menyara hidup dengan HPA ini setelah beberapa ketika berusaha dan berjaya. Bagi individu biasa, sudah tentu ini memakan masa yang lama atau paling singkat adalah 5 tahun.

Namun, perkara yang paling penting dalam perniagaan ini ada kita perlu BERMULA SEKARANG. Jika kita menunggu waktu terdesak baru memulakan perniagaan ia akan terlambat dan bertambah sukar.


Selamat Bermula []:-) =



Miskin & Kaya


Apabila diuji dengan kemiskinan maka bersabarlah

Apabila diuji dengan kekayaan maka bersyukurlah

Kerana ujian, kekayaan dan kemiskinan itu datangnya dari Allah

Maka Syukur dan Sabar akan menjadi milik kita.



HPA : Istiqamah


Waktu susah dan senang silih berganti. Kadang kala kita lihat waktu susah itu lebih panjang. Kadang kala waktu senang itu seakan-akan tidak berpenghujung.

Begitulah hidup ini yang seperti roda. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Masalahnya adalah apabila kita berada di bawah, kita merasa lemah, tidak berdaya keluar dari keadaan sukar itu serta hilang panduan dan pedoman.

Namun, ingatlah bahawa sesukar mana waktu yang kita lalui, ia tidak mustahil dan tidak mendatangkan masalah bagi mereka yang TABAH dan ISTIQAMAH.

Terus membina ketabahan dalam diri melalui pendekatan rohani dan jiwa yang kuat serta terus kekal dengan watak itu agar tidak lemah kembali apabila sekali lagi berada di bawah.


Gambar : Radix Isotonik Baru :-) =



HPA : Berani Mencuba




Mencuba adalah perkara yang paling penting untuk dilakukan oleh seseorang. Namun, ia mempunyai risiko yang tersendiri yang dipanggil GAGAL.

Ramai yang tidak berani untuk mencuba terutama kepada perkara yang diluar kemampuan mereka atau perkara yang dirasakan sukar kerana takut kepada sindron keGAGALan ini.

Sejauh mana ia menghantui diri kita? Hayati kata-kata di bawah ini :-)=

1. Sebenarnya manusia boleh dan perlu menerima keGAGALan kerana ia adalah lumrah hidup, kita cuma tidak boleh menerima GAGAL tanpa mencuba...

2. KeGAGALan sebenarnya adalah satu masalah yang menanti kita untuk menyelesaikannya.

3. GAGAL tidak bermakna kita tewas. Kita hanya tewas jika kita PUTUS ASA.

4. Kita GAGAL bukan kerana tidak kuat atau kecap tetapi kurang CITA-CITA.

Jadi, apa tunggu lagi? Keluar dan tunjukkan bakat kita dalam setiap yang kita ceburi dan hendak ceburi...

:-)=


Template by:
Free Blog Templates