Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Friday, June 17, 2011

Berpada dalam Bercinta


وقد روى أبو داود وغيره عن رسول الله قال: أحبب حبيبك هونا ما عسى أن يكون بغيضك يوما ما، وأبغض بغيضك هونا ما عسى أن يكون حبيبك يوما ما. صححه الألباني .

Pengajaran : Cintailah orang yang kamu sayang dengan berpada-pada kerana mungkin suatu hari nanti ia akan membenci kamu, dan bencilah orang yang kamu benci dengan berpada-pada kerana mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu sayang...

Kerajaan Mamalik Dan Sumbangannya Dalam Mengalahkan Tentera Monggul.

Perkembangan Kerajaan Mamalik Dan Sumbangannya Dalam Mengalahkan Tentera Monggul.

Zaman kegemilangan Islam yang pernah dikecapi satu ketika dahulu merangkumi pelbagai kisah tragis dan kemenangan. Beberapa kerajaan keagungan Islam seperti Bani Umaiyah, bani Abasiyah serta Turki Uthmaniyah telah membuktikan keperkasaan Islam dalam segala aspek kehidupan terutamanya dari segi ketenteraan.


Namun, kecemerlangan Islam tidak hanya terletak pada kerajaan-kerajaan besar ini sahaja. Kejayaan beberapa kerajaan Islam kecil yang mampu muncul sebagai salah satu kuasa besar di dunia masa lalu membuktikan bahawa tamadun dan perkembangan islam mampu dicapai oleh semua pihak tanpa mengira jumlah tentera mahupun kemajuan teknologi tetapi atas dasar menegakkan panji-panji Islam.


Zaman pemerintahan Kerajaan Islam Mamalik tidaklah dianggap besar dan hanya meliputi Mesir, Syam dan Hijaz sahaja. Namun kecekapan dan kebijaksanaan dalam pentadbiran melalui pemerintah-pemerintah yang dahulunya adalah golongan hamba menjanjikan masa depan yang cerah bagi menegakkan Islam ketika itu.


Sejarah yang tercipta pada 658 sehingga 923 Hijrah ini semasa zaman perpecahan kerajaan-kerajaan Islam yang lain yang sering dilanda pemberontakan dan perebutan kuasa di kalangan pembesar. Sejarah Mamalik ini bermula setelah hamba-hamba sahaya yang dibeli oleh sultan-sultan islam dan diajarkan tentang Islam dan apa yang terkandung di dalamnya. Atas kecekapan dan kebijaksanaan golongan hamba ini, mereka telah dilantik sebagai pembesar-pembesar di istana kerajaan.


Hamba-hamba ini kemudiannya dibebaskan oleh Sultan Soleh Najmudin bagi mengimbangi kekuatan tentera lawannya iaitu raja-raja Ayibiyah.Golongan hamba yang dipanggil Mamalik ini berkembang maju dan menjadi bertambah ramai sehinggalah individu yang pertama dari golongan ini yang dilantik sebagai sultan iaitu Izudin Aibak yang mengahwini puteri Sultan malik iaitu Syajaratuddur.


Kemudian berlakunya peperangan antara tentera Mamluk dan Bani Ayub kerana ketidakpuasan hati bani Ayub atas perlantikan beliau sebagai sultan. Setelah memenangi peperangan itu, Sultan Aibak telah meminang puteri Bani Ayub yang telah menyebabkan hubungan beliau dengan Syajaratuddur menjadi tegang. Syajaratuddur yang kemudiannya telah membunuh Aibak hasil pakatannya dengan bani Ayub akhirnya telah dibunuh oleh hamba Aibak.


Semasa pemerintahan Sultan Ali, tentera Mamalik dan Bani ayub cuba untuk menyerang Masir tetapi gagal. Namun, kejayaan besar yang telah dikecapi oleh kerajaan mamalik adalah menghapuskan serangan Monggul terhadap dunia Islam. Kerajaan ini juga telah mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Baybars.


Sultan yang terkenal antara 47 orang sultan Mamalik ini telah berusaha untuk menghidupkan kembali khilafah Abbasiyah. Namun kerajaan ini telah dikalahkan oleh kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1517 hijrah.



Mengalahkan Tentera Monggul.

Peperangan antara tentera Monggul dan kerajaan Mamalik berlaku pada akhir abad ke-13 masihi. Ia berlaku di tempat yang bernama Ain Jalut. Walaupun berperang dengan jumlah yang tentera sedikit namun kemenangan tetap di pihak tentera Islam.


Dengan ini tentera mamluk bukan sahaja telah menyelamatkan bumi suci mekah dan madinah daripada dicerobohi tentera kafir tetapi juga menyelamatkan seluruh umat Islam dari terus dibunuh dan disiksa oleh orang kafir. Mereka juga telah berjaya menerapkan nilai-nilai Islam kepada tentera musuh yang menyebabkan ramai di kalangan orang Monggul yang akhirnya memeluk Islam. Dengan ini agama Islam makin tersebar luar dan berkembang pesar di seluruh dunia.

Muhamad Fairuz Bin Ali

PID04003

Wednesday, June 15, 2011

Siri Belajar Daripada Alam


Belajarlah dari helang. Tatkala dikatakan “Jangan terbang tinggi, kalau jatuh parah.” Lalu helang menjawab, “kalau kita tidak cuba terbang tinggi, sampai bila pun kita takut untuk mencuba. Lagipun kita tetap mendapat nikmat berusaha…”




Kalam 2010

Sebaik sahaja kita beranjak dari alam persekolahan kepada alam institut pengajian tinggi, kita juga bergerak dari sebuah dunia yang serba kekurangan kepada dunia yang serba berlebihan. Kita tidak perlu lagi mempropagandakan permainan kalah-mati di mana johannya hanya dapat ditentukan di atas kertas peperiksaan. Kini tiba masanya kita memasuki dimensi baru yang mana kejayaannya bergantung pada sejauh mana kualiti pemikiran dan pembudayaan ilmu setiap individu melalui segala aspek.


Ibarat sebuah syarikat yang mencari strategi baru, idea baru dan teknologi baru untuk mengembangkan lagi ekonomi mereka, begitulah diumpamakan kehidupan kita di IPT ini. Zaman kanak-kanak, pelajar sekolah dan budak hingusan telah pun berlalu.


Kini, kita beranjak ke destinasi yang semakin pantas dan mencabar di mana penghuninya terdiri di kalangan golongan yang berfikiran profesional, berusaha dan berdikari. Kita mungkin hanya sekadar penumpang sekiranya kita masih di takuk lama yang jumud atau mempunyai pemikiran yang beku.


Kita mungkin kehilangan pengaruh sekiranya pusat pengajian kita ketinggalan dari aspek pembangunan dan taraf institusi berbanding dengan IPT yang lain, namun sekiranya pelajarnya ketinggalan dari aspek pemikiran, kita akan hilang segala-galanya.

Wednesday, June 8, 2011

Rahsia Jutawan Muslim


ada satu rahsia terbesar yang tersembunyi yang diamalkan oleh hartawan-hartawan islam. Rahsia yang kita semua sudah sedia maklum tetapi masih tidak sedar akan kepentingannya. Mungkin kerana keyakinan dan keteguhan hati yang masih rapuh. mungkin juga kerana kita hanya melihat aspek-aspek material semata-mata.

Ingatlah kisah Abdul Rahman Al-Auf yang bermula dari kosong, menjadi jutawan di Mekah. Kemudiah setelah hijrah yang mana harta-hartanya masih di Mekah, beliau sebatang kara di Madinah. Namun rahsia ini membantu beliau kembali menjadi jutawan.

Dan rahsia itu adalah....























SEDEKAH

Lupakan 2 perkara

2 perkara yang perlu kita lupakan :

Kebaikan kita pada orang
kejahatan orang kepada kita.

Sunday, June 5, 2011

Kembara di Bumi Mesir (Siri 1)






Hari Pertama : Tiba di Kaherah dan mendaftar di Rumah Wilayah, Hayy Sabi'.

Saturday, June 4, 2011

Siri Belajar Daripada Alam


Belajarlah dengan Ular. Tatkala ditanya, "Bagaimana engkau hidup dan makan sedangkan dalam mulutmu dipenuhi racun berbisa?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya Allah yang memberi rezeki dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu."


Peluang terbuka...

Setiap hari-hari yang kita lalui adalah peluang. Peluang beribadah, peluang menambah bekalan, peluang langsaikan hutang peluang mendekatkan diri, peluang berjihad, dll... siapa tahu mungkin hari ini adalah peluang kita yang terakhir....

Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Tanah dan Manusia



Manusia seperti tanah. Tidak berguna pun sehinggalah digali untuk mencari hasil galian. Setelah itu barulah kita akan menjumpai khazanah-khazanah bernilai yang ada di dalamnya seperti emas, perak, petrolium, timah dan sebagainya.


Begitu juga dengan manusia yang asalnya kosong sehinggalah datangnya Islam membawa cahaya kepada hati-hati manusia. Manusia yang dahulunya tak berguna malah hina tetapi menjadi buruan malaikat dan bidadari kerana Islam tersemat di hati.

Siapa sangka seorang bapa yang menanam anak perempuannya hidup-hidup, setelah menerima Islam beliau menjadi pemimpin terbilang?

Dalam diri manusia sebenarnya ada banyak kebaikan. Bergantung kepada mereka sendiri bagaimana hendak mengeluarkannya. Kerana setiap apa yang kita lakukan akan mendapat balasan.

Thursday, June 2, 2011

Jumaat : Perayaan Umat Islam

Umat Islam tidak perlu khuatir dengan sambutan perayaan yang pelbagai yang kadangkala menimbulkan banyak fitnah, pembaziran, dan melebihi dari batasan agama. kita sememangnya sudah dianugerahkan dengan dua hari perayaan bagi umat ini : Hari Raya dan Hari Jumaat.

Jumaat adalah penghulu segala hari dengan segala kebaikan yang terkandung di dalamnya. terdapan ibadat seperti mandi sunat Jumaat, perbanyakkan sedekah, serta Khutbah dan solat Jumaat.

Namun, sekali lagi kejahilan menjadi pemisah antara Syurga dan Neraka, antara baik dan buruk, antara adat dan ibadat serta antara semangat dan lemahnya umat masa kini..

Kejahilan dan ilmu yang tidak turun ke hati menjadikan ramai remaja dan tidak remaja sering mengabaikan hari ini. Malamnya yang disunatkan membaca Surah Al-Kahfi tidak dimanfaatkan, setidak-tidaknya Surah Yasin..

Siangnya pula disibukkan dengan hal-hal kerja yang kononnya mencari rezeki sehingga menunggu azan baru kaki melangkah ke masjid. Terus berlengah-lengah, dan apabila sampai sahaja tersengguk-sengguk seperti itu adalah masa terbaik untuk TIDUR.

Betapa lemahnya kita apabila 100 000 mampu berdiri di tengah panas bertujuan untuk melihat artis kesayangan, juga berjaga malam menonton bola sepak tetapi hanya setengah jam untuk DUA KHUTBAH namun gagal.

Alasan lapuk seperti tidak cukup tidur, kepenatan, terkejar-kejar, terlebih makan, mula bermain di fikiran dan bertutur di bibir jika diajukan soalan tentang Tidur semasa khutbah.

Justeru, pada 1 Rejab esok, marilah sama-sama berazam untuk meraikan Jumaat ini kerana kita hanya ada DUA Perayaan sahaja yang perlu disedari. Enam hari yang berlalu dengan rezeki yang sempurna, tubuh badan sihat, akal cerdas harus disyukuri dengan merayakan Hari JUMAAT ini.

Bersyukur juga bukan sekadar ucapan yang meniti di bibir tetapi dengan amalan untuk dicatatkan. Itulah bukti nyata di mana bila di tanya kelak kita ada bekalan yang KEKAL selain dari dunia yang SEMENTARA ini.

Wednesday, June 1, 2011

Rejab ini..

Rejab kembali lagi. Bulan yang mulia dengan amalan terutama puasa. Juga sebagai persediaan menghadapi Ramadhan. Hiasi Rejab ini dengan ilmu dan iman. Alangkah ruginya seseorang itu sekiranya tidak mengambil kebaikan yang dijanjikan Allah semata-mata kerana hiasan dunia yang tidak kekal ini..

Rugi jugalah bagi mereka yang apabila datang kepadanya satu bulan yang penuh berkat tetapi mereka tidak mendapat manfaat daripadanya..

Permulaan Al-Quran ada menyebut tentang ciri-ciri orang yang beriman. Iaitu percaya kepada perkara-perkara ghaib. Iaitu mereka yang percaya tentang ganjaran Allah terhadap segala ibadah dan mengamalkannya...

Justeru, biarlah rejab ini menjadi permulaan kepada sebuah kehidupan yang penuh dengan amal. Janganlah biarkan Rejab ini berlalu tanpa kita berubah ke arah kebaikan...

Ar-Rabi' Fil Jamiah




Tema Majlis Makan Malam Pelajar Bahasa Arab UPM Tahun Akhir 2011.

Tuesday, May 31, 2011

Orang-orang yang berjaya

Saya tak cakap perkara ini senang, tetapi ramai je yang berjaya melakukannya. sekiranya tak, mungkin ini perkara susah dan mustahil. tapi tiap2 tahun mesti ada yang grad. jd ia tidak mustahil.-Dr -R-

Cantik Solat..

Apabila cantik solat, ibadah lain juga akan menjadi cantik. Bermula dengan solat iaitu doa kepada Allah serta zikir-zikir mengingatiNya, ia mendidik jiwa kita patuh kepada lima waktu, tidak bertangguh, serta banyak lagi tarbiyah kepada diri.

Setiap ibadah itu sebenarnya adalah kepada manusia itu sendiri. Allah tidak kurang sedikit pun sekiranya kita beribadah atau tidak. Sebaliknya kita yang akan terkesan sekiranya melalaikan sesuatu ibadah tersebut.

Bermula dengan menutup aurat dengan sempurna, dan berdiri tegak bagi yang mampu, diikuti janji-janji kepada Allah, ia memberi kesan kepada yang fokus dalam solat itu. sekiranya tidak, solatnya tidak ada apa-apa kecuali penat dan sia-sia.

Monday, May 30, 2011

iklan....

Minum milo anda jadi sehat dan kuat..!!!
Mai secawan..!!! (Radix)

Apakah tujuan iklan? untuk memberitahu? menyampaikan? mempromosi?

Segala maklumat, tepat, ringkas, kreatif digabung bagi membentuk satu impak pada penerima, dan yang paling penting sekali adalah iklan perlu berulang kali. Kadang-kadang 1 jam 4 5 kali.

Dengan kata yang lain, ia bertujuan memberi kesan kepada minda dan otak agar mengingati barang jualan dan mempengaruhinya agar membeli barang itu...

Persoalannya, adakah iklan sama dengan dakwah?

Matlamat sama iaitu memberi kesan kepada minda tetapi implementasi agak berbeza walaupun pada asasnya sama.

Dakwah juga perlu kepada penyampaian kepada kumpulan sasar, perlu kreatif tidak terhad kepada syarahan semata-mata, dan yang paling penting perlu berulang kali...

Yakinlah setiap kali kerja dakwah ini dilakukan, Allah akan buka hati kita agar istiqamah dalam apa yang kita lakukan. Jangan berasa selesa dengan apa yang kita ada sekarang kerana harga Syurga itu sangat tinggi. Adakah kita fikir kita akan mendapat Syurga sedangkan kita bersenang lenang di dunia?

Fikir-fikirkan..:)

Jalan Kejayaan

Pakaian untuk apa...?

Wahai hati-hati yang beriman..Tutuplah aurat dengan sempurna terutama bagi wanita muslimah. Allah tidak melihat apa yang kita pakai tetapi kita pakai untuk apa. Rugilah bagi mereka yang pakaiannya untuk menunjuk2 dan bermegah2 dengan kecantikan tetapi berbahagia bagi mereka berpakaian untuk menjaga auratnya...
perkara Aurat ini nampak remeh, tetapi ia boleh menjadi pemisah antara Syurga dan bakal penghuninya...

Jagalah aurat zahir (Lelaki: lutut hingga ke pusat). pmpuan: kecuali muka n tapak tgn) 2. bayang2 aurat (sbb pakaian nipis) 3. bentuk badan (sbb pakaian ketat)

nampak sukar terutama bagi wanita tetapi perkara yang sukar itulah menjanjikan ganjaran yang besar berlipat ganda..

wanita muslimah di dalam solat n di luar solat adalah sama..mereka boleh sembahyang walaupun tanpa telekung. sekiranya mereka berasa tidak sah atau ragu2, maka ada sesuatu yang tak kena dengan pakaian mereka..(tidak mencukupi syarat sah solat iaitu menutup aurat)



Sabarlah Wahai Hati

Dalam sunyi yang mencengkam jiwa
Ada rasa cinta dan lara
Yang membawa khabar gembira dan duka
Yang tak terluah dengan tawa dan hiba

Tika subuh membawa pagi
ku rasa sinar nurani
kian terbuku di lubuk hati
Menanti singkapan tabir cinta
Cuba memahami erti derita

Sabar ini terlalu indah untuk dihayati
Walaupun pahit manisnya tersembunyi
Walaupun pedih relakanlah diri
Mengenang nikmat yang berlalu pergi

Sabarlah wahai hati
Destinasi yang diimpi pasti kutawan
Walaupun jauh seribu keindahan
Jalannya penuh duri dan ujian
Hidup ini adalah perjuangan

Sabarlah wahai hati
Nikmat yang hilang akan kembali
Sabarlah dengan seluruh jiwa raga
Kerana hanya sabar ini yang tinggal
Setelah hilang segala-galanya

Sayang Kepada Agama

Sifat manusia sayang atas apa yg dia usaha. Berusaha untuk dapatkan harta, rumah dan pangkat kita akan sayang kepada tiga perkara ini. Berusaha untuk mencari teman hidup kita akan sayang dan jaganya sepenuh hati. Alangkah baiknya kita berusaha atas agama, memperbaiki ibadah, memperbanyakkannya, menyampaikannya, mengikutinya…kita akan sayang kepada agama kita..
Allah uji kita dengan harta dan wanita,kita menganggapnya sebagai nikmat namun ia juga satu dugaan..
Kita terlalu sibuk dengan uruskan tentang kehidupan sedangkan urusan sebenar adalah tentang kematian

Template by:
Free Blog Templates