Dalam sunyi yang mencengkam jiwa
Ada rasa cinta dan lara
Yang membawa khabar gembira dan duka
Yang tak terluah dengan tawa dan hiba
Tika subuh membawa pagi
ku rasa sinar nurani
kian terbuku di lubuk hati
Menanti singkapan tabir cinta
Cuba memahami erti derita
Sabar ini terlalu indah untuk dihayati
Walaupun pahit manisnya tersembunyi
Walaupun pedih relakanlah diri
Mengenang nikmat yang berlalu pergi
Sabarlah wahai hati
Destinasi yang diimpi pasti kutawan
Walaupun jauh seribu keindahan
Jalannya penuh duri dan ujian
Hidup ini adalah perjuangan
Sabarlah wahai hati
Nikmat yang hilang akan kembali
Sabarlah dengan seluruh jiwa raga
Kerana hanya sabar ini yang tinggal
Setelah hilang segala-galanya
Monday, May 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment