Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Monday, May 30, 2011

“PERUMPAMAAN BAYANIYAH DALAM HADITH SAHIH AL-BUKHARY”

Islam datang dengan rahmat untuk sekalian alam. Diutuskan seorang Rasul sebagai petunjuk dan memandu manusia ke arah jalan yang lurus. Kita sedia maklum bahawa hadith An-Nabawi adalah tentang apa yang dikaitkan dengan Rasulullah saw seperti kata-kata, perbuatan, persetujuan, sifat-sifat, dan sirah kehidupan Baginda sama ada sebelum diangkat menjadi utusan Allah atau pun selepasnya. Rasulullah juga memiliki segala kelebihan. Antaranya adalah dari segi perkataan Baginda yang fasih dan berhikmah. Di samping itu, terdapat juga perumpamaan dalam hadith-hadith Baginda yang dikesan hampir seribu perumpamaan sebagaimana diberitahu oleh Abdullah bin Umar Bin Al-‘As, “Sesungguhnya aku telah menghafaz seribu hadith Nabi yang mengandungi perumpamaan.”

Hadith-Hadith Rasulullah juga diriwayatkan supaya kekal sebagai panduan melangkaui zaman. Di sinilah peranan dan munculnya ulamak hadith terkenal dalam zaman-zaman yang pelbagai. Kitab-kitab himpunan hadith yang terbesar adalah Sahih Al-Bukhary, Sahih Muslim, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Sunan At-Tarmizi, Sunan Abu Daud, Sunan An-Nasai, dan Sunan Ibnu Majah dan Imam Malik. Maka, tesis ini akan mengkaji tentang ‘Perumpamaan Bayaniyah Dalam Hadith Sahih Al-Bukhary’. Perumpamaan Bayaniyah adalah sebahagian daripada ilmu Balaghah. Ia mengandungi perumpamaan tamsil, kata pinjaman, perbandingan, persamaan, kinayah dan perorangan. Tesis ini akan membincangkan tentang hadith-hadith dari segi balaghah atau gaya bahasa untuk kita memahami unsur kecantikan dan ketinggian bahasa Arab Rasulullah saw.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates