Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Wednesday, July 13, 2011

Sahabat


Engkau mencerminkan warna pelangi


Muncul setelah gerimis berlalu


Bersinar memukau pandangan mata


Menghilangkan segala getaran di dada




Engkau yang berada di dalam jantungku


Bebas bergerak menghidupkan hati


Merawat duka mengubati resah


Bersamaku walau jauh aku berlari




Engkaulah yang digelar sahabat


Aku harap ia tiada akhirnya


Walaupun ia baru bermula


Di sini kita berkongsi khabar gembira


Dan air mata kita bergenang bersama




Engkau mengingatkanku pada Tuhanku


Dengan kegembiraan yang kau bawa kita bersyukur


Dengan perpisahan yang menjelma kita berdoa


Dengan persahabatan ini mencari redhaNya




Engkau mencerminkan diriku


Baik buruk sama mempengaruhi


Bimbingi aku dari daerah langit yang kelam


Bawalah aku bersama mencapai sinar


Membuka impian seluas dunia


Perjalanan


Mari memulakan perjalanan kita hari ini untuk menuju ke arah kejayaan. Pandanglah ke belakang untuk memastikan anda sedang bergerak.


Doa Malaikat kepada mereka yang Infaq di Jalan Allah

Tuesday, July 12, 2011

Habbatus Sauda’


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).


Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).


Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.


Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 48
Sabah & Sarawak: RM 58


Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 38
Sabah & Sarawak: RM 48


Nilai Mata (NM): 12



HPA : Berani Menjual



Dalam hidup perlu ada perancangan, gerak kerja dan perlaksanaan. Begitu juga dalam bidang jualan. Kita tidak dapat lari dari menjual dalam hidup. Kita menjual barang keperluan, menjual kereta lama untuk mendapatkan yang baru, menjual idea, menjual barang sampingan untuk pendapatan tambahan dan sebagainya.

Tidak kurang juga di kalangan kita yang terlubat dalam perniagaan HPA (Herba Penawar Al-Wahida). Walaupun ia tidak memerlukan jualan untuk mendapatkan pendapatan, namun, HPA tidak lari daripada meyakinkan rakan dan prospek dalam mencari hiraki downline yang lebih tinggi.

Justeru, untuk berjaya dalam bidang ini ada beberapa perkara dasar yang sering kita abaikan. Di sini diutarakan beberapa perkara itu, yang dipetik dari buku 'Berani Menjual' semoga menjadi panduan dalam perniagaan khususnya HPA ini.

1. Proses menjual bermula apabila prospek mula mengatakan 'tidak'.

2. Menual bukanlah menyuruh seseorang itu melakukan apa yang dia tidak mahu lakukan.

3. Menjual adalah salah satu seni memujuk orang lain.

4. Iklan adalah kemahiran menjual secara cetakan dan maya.

5. Lebih ramai prospek, lebih banyak perkongsian, dan lebih panjang perbincangan. Bermakna lebih banyak meuntungan.




Monday, July 11, 2011

TV5 (Cerita dari Kubur)



Tujuan utama televisyen dan radio dicipta adalah untuk menyampaikan maklumat kepada pendengar dan penonton. Ia bermula sejak sekian lama dan memasuki Tanah Melayu untuk menyampaikan maklumat tentang merdeka, berita semasa, peringatan dan sebagainya.

Namun, hari demi hari, dua entiti penting ini bertukar menjadi alat hiburan semata-mata dan maklumat di dalamnya hanya sekitar lima peratus sahaja.(5%).

Justeru, jika statistik ini berkekalan dan bertambah, maka rakyat Malaysia ini akan digambarkan sbagai rakyat yang suka pada hiburan yang melampau dari terbit matahari sehingga mereka lelapkan mata semula.

Dan lama-kelamaan berita tentang merdeka itu tidak akan lagi bermain di fikiran kerana sudah dipenuhi dan dikuasai oleh hiburan. Fikiran mereka cuma ada satu matlamat, agar hiburan ini selari dengan kehendaknya dan hiburan itu juga bermatlamatkan sedemikian.

Maka wujudlah pertandingan-pertandingan seperti Mari Menari, Akademi Fantasia, Mentor, Malaysia Idol, Bintang Kecil, Idola Kecil dan yang terbaru yang akan menyempitkan lagi kubur-kubur manusia ini : Kilauan Emas.

Justeru, tanggungjawab menyedarkan masyarakat ini bukanlah terletak di bahu ustaz-ustaz sahaja, dan bukan juga pemimpin-pemimpin Islam, tetapi ia adalah tanggungjawab semua manusia yang di jiwanya ada Syahadah : Kalimah yang mengesakan Allah.



Siri Belajar Daripada Pepatah (Arab)



Siri belajar daripada Pepatah : Orang yang jahil itu telah mati sebelum mati. Jasad itu adalah kuburnya. (Pepatah Arab)


Gagal & Berjaya (Mimpi & Realiti)




Aku sering bermimpi,


Tentang satu tempat yang jauh


Seakan-akan ia mengalu-alukan kedatanganku


Dan menunggu aku untuk


Orang ramai mula bersorak


Apabila melihat kehadiranku sebagai wira


Satu suara yang terus berkata


‘Mengapa engkau masih di situ’




Aku sering bermimpi


Dan mimpi itu tidak menjadi realiti


Aku bertanya tentang masa depan


Adakah tempat itu destinasiku?


Adakah mereka akan bersamaku?


Untuk membantu menghadapi apa jua rintangan




Aku melihat tempat itu


Ada liku-liku dan banyak persimpangan


Setiap langkah itu akan memberikan aku kekuatan


Apabila aku melangkah setapak


Aku tidak lagi boleh berundur


Jalan itu adalah jalan yang tidak diketahui


Aku rasakan mimpi ini sangat panjang




Sampai bila aku harus bermimpi


Dan dalam mimpi itu aku masih menanti


Adakah seribu tahun akan mengubah segalanya


Atau mungkin seumur hidup aku merana


Aku pernah gagal dan kecewa


Dalam gelita aku meratapi cahaya


Dan kini aku terpaku di sini


Dalam mimpi yang tidak mahu pergi




Aku menoleh ke belakang dan tidak ada sesiapa


Mereka semua berada di depanku


Dan aku melangkah ke landasan itu


Aku tahu aku perlu mencuba


Tidak kira rebah dan jatuh aku pasti berjaya


Siapa yang tidak pernah gagal dan kecewa?

Siapa yang tidak pernah meratapi cahaya?


Yang penting adalah bangun dan terus berusaha.




Terjaga aku dari mimpi itu


Dan aku akan menjadikannya realiti.



Sunday, July 10, 2011

Di taman ini




Di taman ini
Ku lihat embun pada bunga yang layu
Lalu warnanya menjadi pudar
Ke mana menghilang bunga yang lain
Seperti bunga matahari
Aku rindu untuk menatapnya sehingga fajar
Aku sedang menunggu hari itu. . .


Di taman ini
Bukankah itu bunyi tangisan
Kerana bulan telah kehilangan senyuman
Ubati duka dengan tersenyum sendirian
Dalam cahaya lampu
Dedaun pilu memukul pandangan
Dan angin mula menerjah


Di taman ini
Semata-mata menanti cahaya bulan
Agar memberi kebahagiaan pada setiap mimpi
Mencuri sinarannya sebagai harapan

Sebagai mengubat segala derita
Biarlah kenangan itu hidup semula



Aku sedari
Kita tidak boleh mengalahkan takdir
Walaupun seorang pejuang

Atau pengembara jalanan
Dan terimanya dengan rela
kerana tidak lama lagi tiba masa untuk aku pergi



Sabarlah wahai tamanku

Kita perlu menunggu matahari terbit
Berjaga-jaga memikirkan kehidupan yang baru
Dengan pengorbanan dan harapan
Kerana apabila fajar datang menjelma
Malam ini akan menjadi ingatan
Dan hari baru akan bermula sekali lagi



Maafkan aku

Kerana menghilangkan seri taman ini

Dan jangan kau hindar dariku
Semata-mata kerana ingatan ini

Bukalah matamu seluas dunia
Kau akan memahami apa kebahagiaan

Lihatlah kepada sinaran merah itu
Hari baru telah bermula




Template by:
Free Blog Templates