Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Sunday, June 26, 2011

Tidak ada percintaan kecuali dengan perkahwinan


Tidak ada percintaan kecuali dengan perkahwinan..(Maksud Hadith)

Terdapat ayat al-Quran tentang manusia itu dicipta berpasang-pasangan khususnya dalam surah Yasin, tetapi ayat itu ditujukan kepada atau merujuk kepada perkahwinan. Tidak halal berpasangan sebelum perkahwinan kerana itu mengundang kepada maksiat yang berleluasa dan maksiat terang-terangan namun ramai yang buta terhadapnya.

Remaja Islam dilalaikan dengan hiburan yang melampau, pergaulan yang bebas dan berbagai-bagai lagi perkara sehingga menjauhkan mereka dari amalan yang sepatutnya.

Bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan mahram hukumnya haram kecuali darurat. Maksud darurat, sekiranya tidak sentuh maka salah seorang akan mati (Doktor dengan pesakit, lelaki selamatkan wanita lemas dan seumpamanya)

Namun remaja sudah jauh melangkaui had ini bukan sahaja sengaja bersentuhan bahkan tiap-tiap hari bila-bila sahaja berjumpa. Bahkan lebih memburukkan keadaan, muncul pula golongan-golongan pelajar agama yang turut terjebak dalam perkara ini sehingga golongan biasa itu tadi menganggap perkara ini tidak bercanggah dengan Islam.

Apabila pelajar-pelajar aliran agama turut berdating dengan alasan cara islamik, maka itu sendiri memberitahu masyarakat bahawa ia dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu dan mereka juga yang melanggar syarat-syarat itu. Islam mensyaratkan bertemankan mahram, tidak mendatangkan fitnah dan bertujuan untuk perkara-perkara yang amat penting sahaja, namun pelajar agama ini turut hanyut dan lalai dengan dunia yang sedikit. Akhirnya umat akhir zaman ini tenggelam dek kejahilan dan nafsu angkara mereka sendiri.

Justeru saya menyeru remaja islam termasuk saya sendiri yang sudah di akhir remaja agar mencari agama itu. Agama tidak akan datang kepada mereka yang tidak mencarinya. Umpama kejayaan yang tidak mampu dicapai melainkan dengan usaha berterusan, begitu juga dengan agama yang tidak mampu dicapai kecuali dengan usaha kita menuju ke arahnya. Dengan Islam dan Iman yang kuat di dalam hati mampu membuang kebesaran dunia yang bertapak sejak sekian lama dan digantikan dengan keagungan akhirat.




0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates