Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Friday, June 17, 2011

Kerajaan Mamalik Dan Sumbangannya Dalam Mengalahkan Tentera Monggul.

Perkembangan Kerajaan Mamalik Dan Sumbangannya Dalam Mengalahkan Tentera Monggul.

Zaman kegemilangan Islam yang pernah dikecapi satu ketika dahulu merangkumi pelbagai kisah tragis dan kemenangan. Beberapa kerajaan keagungan Islam seperti Bani Umaiyah, bani Abasiyah serta Turki Uthmaniyah telah membuktikan keperkasaan Islam dalam segala aspek kehidupan terutamanya dari segi ketenteraan.


Namun, kecemerlangan Islam tidak hanya terletak pada kerajaan-kerajaan besar ini sahaja. Kejayaan beberapa kerajaan Islam kecil yang mampu muncul sebagai salah satu kuasa besar di dunia masa lalu membuktikan bahawa tamadun dan perkembangan islam mampu dicapai oleh semua pihak tanpa mengira jumlah tentera mahupun kemajuan teknologi tetapi atas dasar menegakkan panji-panji Islam.


Zaman pemerintahan Kerajaan Islam Mamalik tidaklah dianggap besar dan hanya meliputi Mesir, Syam dan Hijaz sahaja. Namun kecekapan dan kebijaksanaan dalam pentadbiran melalui pemerintah-pemerintah yang dahulunya adalah golongan hamba menjanjikan masa depan yang cerah bagi menegakkan Islam ketika itu.


Sejarah yang tercipta pada 658 sehingga 923 Hijrah ini semasa zaman perpecahan kerajaan-kerajaan Islam yang lain yang sering dilanda pemberontakan dan perebutan kuasa di kalangan pembesar. Sejarah Mamalik ini bermula setelah hamba-hamba sahaya yang dibeli oleh sultan-sultan islam dan diajarkan tentang Islam dan apa yang terkandung di dalamnya. Atas kecekapan dan kebijaksanaan golongan hamba ini, mereka telah dilantik sebagai pembesar-pembesar di istana kerajaan.


Hamba-hamba ini kemudiannya dibebaskan oleh Sultan Soleh Najmudin bagi mengimbangi kekuatan tentera lawannya iaitu raja-raja Ayibiyah.Golongan hamba yang dipanggil Mamalik ini berkembang maju dan menjadi bertambah ramai sehinggalah individu yang pertama dari golongan ini yang dilantik sebagai sultan iaitu Izudin Aibak yang mengahwini puteri Sultan malik iaitu Syajaratuddur.


Kemudian berlakunya peperangan antara tentera Mamluk dan Bani Ayub kerana ketidakpuasan hati bani Ayub atas perlantikan beliau sebagai sultan. Setelah memenangi peperangan itu, Sultan Aibak telah meminang puteri Bani Ayub yang telah menyebabkan hubungan beliau dengan Syajaratuddur menjadi tegang. Syajaratuddur yang kemudiannya telah membunuh Aibak hasil pakatannya dengan bani Ayub akhirnya telah dibunuh oleh hamba Aibak.


Semasa pemerintahan Sultan Ali, tentera Mamalik dan Bani ayub cuba untuk menyerang Masir tetapi gagal. Namun, kejayaan besar yang telah dikecapi oleh kerajaan mamalik adalah menghapuskan serangan Monggul terhadap dunia Islam. Kerajaan ini juga telah mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Baybars.


Sultan yang terkenal antara 47 orang sultan Mamalik ini telah berusaha untuk menghidupkan kembali khilafah Abbasiyah. Namun kerajaan ini telah dikalahkan oleh kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1517 hijrah.



Mengalahkan Tentera Monggul.

Peperangan antara tentera Monggul dan kerajaan Mamalik berlaku pada akhir abad ke-13 masihi. Ia berlaku di tempat yang bernama Ain Jalut. Walaupun berperang dengan jumlah yang tentera sedikit namun kemenangan tetap di pihak tentera Islam.


Dengan ini tentera mamluk bukan sahaja telah menyelamatkan bumi suci mekah dan madinah daripada dicerobohi tentera kafir tetapi juga menyelamatkan seluruh umat Islam dari terus dibunuh dan disiksa oleh orang kafir. Mereka juga telah berjaya menerapkan nilai-nilai Islam kepada tentera musuh yang menyebabkan ramai di kalangan orang Monggul yang akhirnya memeluk Islam. Dengan ini agama Islam makin tersebar luar dan berkembang pesar di seluruh dunia.

Muhamad Fairuz Bin Ali

PID04003

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates