Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Wednesday, June 15, 2011

Kalam 2010

Sebaik sahaja kita beranjak dari alam persekolahan kepada alam institut pengajian tinggi, kita juga bergerak dari sebuah dunia yang serba kekurangan kepada dunia yang serba berlebihan. Kita tidak perlu lagi mempropagandakan permainan kalah-mati di mana johannya hanya dapat ditentukan di atas kertas peperiksaan. Kini tiba masanya kita memasuki dimensi baru yang mana kejayaannya bergantung pada sejauh mana kualiti pemikiran dan pembudayaan ilmu setiap individu melalui segala aspek.


Ibarat sebuah syarikat yang mencari strategi baru, idea baru dan teknologi baru untuk mengembangkan lagi ekonomi mereka, begitulah diumpamakan kehidupan kita di IPT ini. Zaman kanak-kanak, pelajar sekolah dan budak hingusan telah pun berlalu.


Kini, kita beranjak ke destinasi yang semakin pantas dan mencabar di mana penghuninya terdiri di kalangan golongan yang berfikiran profesional, berusaha dan berdikari. Kita mungkin hanya sekadar penumpang sekiranya kita masih di takuk lama yang jumud atau mempunyai pemikiran yang beku.


Kita mungkin kehilangan pengaruh sekiranya pusat pengajian kita ketinggalan dari aspek pembangunan dan taraf institusi berbanding dengan IPT yang lain, namun sekiranya pelajarnya ketinggalan dari aspek pemikiran, kita akan hilang segala-galanya.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates