Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Thursday, June 2, 2011

Jumaat : Perayaan Umat Islam

Umat Islam tidak perlu khuatir dengan sambutan perayaan yang pelbagai yang kadangkala menimbulkan banyak fitnah, pembaziran, dan melebihi dari batasan agama. kita sememangnya sudah dianugerahkan dengan dua hari perayaan bagi umat ini : Hari Raya dan Hari Jumaat.

Jumaat adalah penghulu segala hari dengan segala kebaikan yang terkandung di dalamnya. terdapan ibadat seperti mandi sunat Jumaat, perbanyakkan sedekah, serta Khutbah dan solat Jumaat.

Namun, sekali lagi kejahilan menjadi pemisah antara Syurga dan Neraka, antara baik dan buruk, antara adat dan ibadat serta antara semangat dan lemahnya umat masa kini..

Kejahilan dan ilmu yang tidak turun ke hati menjadikan ramai remaja dan tidak remaja sering mengabaikan hari ini. Malamnya yang disunatkan membaca Surah Al-Kahfi tidak dimanfaatkan, setidak-tidaknya Surah Yasin..

Siangnya pula disibukkan dengan hal-hal kerja yang kononnya mencari rezeki sehingga menunggu azan baru kaki melangkah ke masjid. Terus berlengah-lengah, dan apabila sampai sahaja tersengguk-sengguk seperti itu adalah masa terbaik untuk TIDUR.

Betapa lemahnya kita apabila 100 000 mampu berdiri di tengah panas bertujuan untuk melihat artis kesayangan, juga berjaga malam menonton bola sepak tetapi hanya setengah jam untuk DUA KHUTBAH namun gagal.

Alasan lapuk seperti tidak cukup tidur, kepenatan, terkejar-kejar, terlebih makan, mula bermain di fikiran dan bertutur di bibir jika diajukan soalan tentang Tidur semasa khutbah.

Justeru, pada 1 Rejab esok, marilah sama-sama berazam untuk meraikan Jumaat ini kerana kita hanya ada DUA Perayaan sahaja yang perlu disedari. Enam hari yang berlalu dengan rezeki yang sempurna, tubuh badan sihat, akal cerdas harus disyukuri dengan merayakan Hari JUMAAT ini.

Bersyukur juga bukan sekadar ucapan yang meniti di bibir tetapi dengan amalan untuk dicatatkan. Itulah bukti nyata di mana bila di tanya kelak kita ada bekalan yang KEKAL selain dari dunia yang SEMENTARA ini.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates