Dan orang-orang yang bijaksana itu sentiasa mengambil peluang bukannya sekadar menunggu...

Friday, August 26, 2011

Motivasi Kegagalan : Gagal Lagi


Baru-baru ini penulis berasa terkilan kerana tidak mendapat pekerjaan setelah banyak mencuba. Pekerjaan itu pula amat sukar kerana perlu disesuaikan dengan jadual kuliah serta kini berada di rumah. Hanya berurusan melalui jarak jauh.

Tekanan kian memuncak apabila manuskrip yang memakan masa tiga bulan juga turut mendapat nasib yang sama : tidak berjaya diterbitkan. Justeru, membuatkan penulis berfikir adakah ini kegagalan yang dimaksudkan oleh kebanyakan buku-buku motivasi atau siri mereka yang berjaya di kaca TV?

Motivasi adalah bagaimana kita membina dorongan dalam diri supaya mengatasi kesusahan yang ada. Ia mengajar kita untuk bangun apabila jatuh, untuk berdiri apabila ditolak, untuk terus mara walaupun dalam arus yang amat pantas, serta bangkit dan terus berusaha setelah GAGAL.

Namun, ada sesuatu yang tidak dapat kita pelajari dari buku-buku atau kaca TV : Kaedah implimentasi segala ajaran itu. Kesemuanya ini adalah teori yang berlegar di sudut pandangan orang yang pernah GAGAL namun bagaimana caranya untuk kita terjemahkannya dalam kehidupan seharian.

Bersyukur kepada Allah dan Berterima kasih kepada seorang rakan yang telah menyedarkan penulis tentang prinsip dan asas motivasi. Sebenarnya apa yang kita harus lakukan adalah BERUSAHA dan HASILnya kita serahkan kepada Allah.

Hanya Allah yang menentu dan memberikan hasil kepada kita, namun usaha itu lebih bermakna di sisiNya.

Sekian....

Semoga keGAGALan ini menambahkan ilmu di dada supaya sedar bahawa Ilmu Allah Maha Luas.




0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates