"Kau dah pandai cakap bahasa kafir sekarang semenjak balik dari luar negara."
"Buat apa belajar bahasa inggeris? Bukankah itu bahasa kafir?"
Dua dialog ini biasa didengar oleh orang kampung atau orang tua di kalangan kita. Dialog ini berkait dengan Islam dan Kafir dalam sesuatu perkara. Namun, hakikatnya adakah Bahasa Inggeris Bahasa Kafir?
Soalan ini membawa penulis mengkaji dan mencari jawapan untuk menyelesaikan spekulasi dan pemikiran ini. Secara teknikal. tiada bahasa yang kafir. Yang ada hanyalah orang yang kafir apabila dia tidak memeluk agama Islam. Ia tidak berkaitan dengan bahasa yang digunakan.
Umat Islam terdapat di mana-mana di seluruh dunia dengan pelbagai kaum. Setiap kaum ini pula merujuk kepada bahasa yang berlainan. Salah satunya sudah tentu umat Islam di Amerika atau England yang bebrtutur dalam Bahasa Inggeris. Jadi, adakah mereka juga kafir jika menggunakan bahasa ini? Sudah tentu tidak.
Justeru, tidak ada bahasa yang kafir. Bahasa Inggeris juga boleh mengjadi penghubung kepada umat Islam di seluruh dunia selain Bahasa Arab. Jadi, pelajarilah bahasa agar kita tidak tersesat dan tertipu.
[]:-)=
1 comments:
tu la pasal. ini mungkin disebabkan penggunaan bahasa rojak yang berleluasa di kalangan golongan bandar/orang kaya/selebriti. bukan saja aibkan martabat BM di depan bukan melayu sampai jadi baahn ketawa, bahkan juga menjatuhkan air muka BI di depan org2 kampung. Walaupun BI gah di dunia sekarang ia tak terkecuali dari 'jatuh muka'
Post a Comment